Kafe Dip 'n Dip- Kenangan Kuala Lumpurku - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Tuesday, July 28, 2015

Kafe Dip 'n Dip- Kenangan Kuala Lumpurku

Kafe Dip 'n Dip, Kenangan Kuala Lumpurku

Dip n Dip- Kenangan Kuala Lumpurku | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Lama sungguh aku tak jejak kaki ke Kuala Lumpur lepas aku masuk ipg. Kalau pergi pun, under program ipg yang memang terhad la jangkah kaki. Teringat kenangan ke Kuala Lumpur Performing Arts Centre. Lepas pergi sana, tengok gajah kat Kuala Gandah, terus balik Kelantan. Sadis di situ.

Aku berpeluang lagi jenjalan ke Kuala Lumpur time adik Huda nak masuk UPM (sekarang tak study sana dah. -_-). Masa tu dekat dah dengan exam tapi aku redah juga sebab lama sangat dah nak jenjalan sana. My family doesn't travel much tau. KL pun dah cukup lejen bagi aku. Fyi, time tu, baru second time kitorang satu family pergi KL tahu. Aku bersungguh je beli tiket AirAsia walaupun first time jugak tu tempah sendiri. Pastu, terlambat masuk kapal, agak memalukan. Kih3

Kafe Dip 'n Dip, Kenangan Kuala Lumpurku

Antara benda best time pergi KL mestilah masa pergi IOI City Mall dengan sepupu aku, Kak Ina dengan suami dia. Actually, Zie nak beli Asus Zenfone 2. Tup tup, Kak Ina ajak makan kat Dip 'n Dip. First time dengar sebenarnya walaupun Zie cakap benda ni famous amous kat Instagram. Mmm.. Aku hadap je. Sedap pulak. Sedap sedap makanan kat sini, tak sesedap makan kat Nasi Ulam Cikgu kot. Sebab benda ni cepat muak. Makan sekali sekala tak pe la.. Buat hilang mengidam. Huhuu.

'A Taste Will Make You :)

Silalah jilat screen semuanya ye. :)

Kafe Dip 'n Dip, Kenangan Kuala Lumpurku


Kafe Dip 'n Dip, Kenangan Kuala Lumpurku


Kafe Dip 'n Dip, Kenangan Kuala Lumpurku


Kafe Dip 'n Dip, Kenangan Kuala Lumpurku

Honestly, makanan kat sini agak mahal, agak pricey sikit. Kalau taraf aku ni, dalam setahun sekali bolehlah kot jejak kaki kat sini. Buat hilang terliur tengok gambar orang dok share gambar chocolate itu chocolate ini. Tu pun pilih satu dessert, satu beverage. Tu jela yang mampu. However, thank you sangat dengan Kak Ina n husband yang dah relakan diri membelanjakan sepupu mereka yang jakun jejak kaki kat KL nih. Huhuu

Toodles. Wassalaam. :)

3 comments:

  1. nasib baik tengok time dah kenyang, takde rasa apa dah, owh, mujahidah ni orang kelantan rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa.. tp kan.. tak de la sedap sgt pun.. buat rasa boleh la.. :)

      Delete