Kerinduan Isteri Pada Suami - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Tuesday, July 07, 2015

Kerinduan Isteri Pada Suami

Rindu pada tunang dengan rindu pada suami lain giler. Aku boleh cakap dengan pasti yang rindu pada suami adalah berganda ganda lebih daripada rindu pada tunang or boyfriend. Tambah tambah kalau jenis perkahwinan jarak jauh macam aku dengan laki aku nih.

Memula tu, rasa malu jugak nak mengaku sebab tak biasa dengan status baru. Kalau dulu mana nak mengaku rindu, ego, malu. Takkanlah perempuan nak lelebih pulak teringat kat lelaki. Tapi, benda dah berubah. Yang dulu tunang dah jadi suami. Yang dulu haram dah jadi halal. Seriously, aku rindu sangat dengan suami aku. :'(

Di sini bukan lagi tempat untuk aku. Betullah, tempat isteri di sisi suami. Aku sekarang bukan berada di tempat sepatutnya. Bagi aku, i no longer belong anywhere but with my husband. That's it.

Dalam seminggu lepas aku balik dari Johor,
tetiba ibu jari kaki kanan aku sakit yang teramat. Boleh jugak kata tanpa sebab. Memang aku tak ingat pun terjatuh kat memana. Memang tiba tiba. Suami aku pulak tak de. Salah. *menangis

Pernah sekali, suami aku demam teruk. Pakej sekali dengan batuk selesema. Ulser pulak dalam mulut. Nak cakap pun susah. Puasa lagi. Panas. Aku tak de. Tak de sape nak jaga dia. Sangat salah. *menangis

Tapi, terpaksa. Desakan dunia. Pelajaran aku di IPG memang kena habis. Setahun setengah dengar macam kejap je, tapi orang yang lalui je yang boleh rasa. Patutlah, lecturer aku pernah cerita. Dia dah lalui berjauhan dengan family masa ambik master. Memang terus tertutup niat nak sambung untuk pHd pula. Tak sanggup dah dia. Jauh dengan family, suami, jawapannya derita.

Dari jauh, aku hanya mampu menunggu. Kalau kalau ada cuti or hari minggu. Manalah tahu, terpacak suami yang dirindu. Tetiba tersengih di muka pintu. Alangkah sendu. Pilu hatiku. Abang, jangan lengah lagi. Pulang cepat ke pangkuanku. T.T

Mohon doakan masa setahun setengah ini cepat berlalu. Cepat juga aku tamatkan degreeku. Tanak tangguh ke, tunda ke, tamatkan jadi nombor satu.

12 comments:

  1. awwwwww sweet ! cantiklah kak muja hehehehe

    ReplyDelete
  2. Biasalah bila berjauhan, terindu rasa di hati tatkala berjauhan. Sorang di sana dan sorang di situ. Hanya doa mengiringi agar di sana sihat sejahtera dan menunggu masa untuk bertemu kembali. Itu yang best...

    ReplyDelete
  3. Semoga terus bertabah ye, cinta jarak jauh dalam perkahwinan memang membuat kita rindu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgh tabahlah ni.. susah.. tpi x leh nak buat apa.. T.T

      Delete
  4. Sabar yer Muja, semoga dipermudahkan segalanya...

    ReplyDelete
  5. Jangan lupa call mr.hubby hari-hari ye hehe

    ReplyDelete
  6. wah, tasabarnya nak kawen jugak, hehehe, btw CP pun risau hubungan jarak jauh macam nih, yelah kalau tak kawen lagi jauh takpelah, lagi bagus tapi kalau dah kawen nanti macam mana...

    ReplyDelete