Bukit Bendera, Air Itam - Tempat Menarik Pulau Pinang - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Tuesday, August 04, 2015

Bukit Bendera, Air Itam - Tempat Menarik Pulau Pinang

Bukit Bendera, Air Itam, Tempat Menarik Pulau Pinang
Bukit Bendera, here I comes again. :)

Bukit Bendera, Air Itam - Tempat Menarik di Pulau Pinang | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Lepas melawat Kedah di Air Panas Ulu Legong, Muzium Padi dan Menara Alor Setar, malam tu jugak kitorang bergerak ke Pulau Pinang. Esoknya, kitorang ke destinasi pertama iaitu Bukit Bendera, Air Itam. Suka betullah jenjalan kat Pulau Pinang sebab kawasan dia dekat-dekat je.

Bukit Bendera, Air Itam, Tempat Menarik Pulau Pinang
Kawasan ruang legar Bukit Bendera pun makin cantik sekarang.
Bukit Bendera, Air Itam, Tempat Menarik Pulau Pinang
Tempat menunggu sebelum naik Bukit Bendera pun selesa. Nampak muka Bahij tu? Bukti. :D
Untuk harga tiket ke Bukit Bendera, boleh check di Bukit Bendera Ticket Fares. Harga berbeza untuk pemegang Mykad dan pelancong asing. Jadi, pastikan bawa kad pengenalan. Jangan memandai tinggal bawah katil ke, kat almari solek ke. Tak masal kena bayar lebih. Kalau korang punya soft skills bagus, lagi murah bila pergi ramai-ramai. Tu pandai-pandai koranglah ye. Malas nak campur. Haa!! Aku tengok ada zumba hujung minggu. Kalaulah ku penduduk Air Itam. Boleh slim melim. :P

Bukit Bendera, Air Itam, Tempat Menarik Pulau Pinang
Ambiklah seketul gambar aku dengan my glasses. Buruk. I know. :'(

Bukit Bendera, Air Itam, Tempat Menarik Pulau Pinang
Bila lagi ye nak lagu ni

Masa sekolah rendah dengan menengah dah pernah jejak kaki kat Bukit Bendera ni, tapi the excitements are different. Masa kecil, jalan dengan cikgu. Ikut cikgu je ke hulu ke hilir. Masa belasan, jalan dengan long lasting crush, kena cover ayu, nervous sepanjang masa. Sekarang, bila dah jadi bini, jalan dengan kawan rasa lain pulak. Lama tak rasa tenang macam ni. Tulah lainnya. So, tak rugi pun pergi tempat sama banyak kali sebab the place will be different each time. Believe me. :)

Bukit Bendera, Air Itam, Tempat Menarik Pulau Pinang
I miss this moment. :')

Bukit Bendera, Air Itam, Tempat Menarik Pulau Pinang
Sebab tak de yang sudi ambil gambar aku.

Cuaca kat atas Bukit Bendera sejuk macam pasang ekon sederhana. Tak panas sampai berpeluh. Tak sejuk sampai menggeletar. Just nice, just the way I like. Udaranya nyaman, masih terselamat daripada pencemaran. Pokok menghijau, bunga warna warni. Ada pulak kera dok jalan-jalan. Nature sangat uols. Jangan tak tahu, kat atas ada balai polis, gereja, masjid dan kuil sebab kat atas bukit tu ada penduduk. Untunglah dorang ye. Bangun tidur, buka tingkap, terus hilang stress. Bestnya hidup. :D

Bukit Bendera, Air Itam, Tempat Menarik Pulau Pinang
Praktikum memisahkan. -_-

Bukit Bendera, Air Itam, Tempat Menarik Pulau Pinang
Bagus juga ada dataran macam ni. Boleh amik family photo macam ni. :D

Aku perasan banyak juga perubahan kat Bukit Bendera ni. Kereta api warna merah kecil dulu dah bertukar saiz, bertukar warna. Ramai pelawat dah boleh naik sekali gus. Tempoh perjalanan pun dah kejap bila kereta api dah laju. Kalau dulu, beratur punya lama. Slow je naik. Sempat gak tidur kot. Gambar tak ambil dalam tu, jimat filem nak ambil gambar kat atas bukit. Sekarang, dalam kereta api tu boleh berselfie bagai. Dengan monopod bagai. Lainkan?

Bukit Bendera, Air Itam, Tempat Menarik Pulau Pinang
Love Locks, Bukit Bendera pun nak k-pop jugak ke?

Dulu mana ada kawasan Love Locks kat atas Bukit Bendera ni. Kalau ada dlu, mesti dah ada love lock aku dengan crush. Eceyyyh. Dah berlaki pun tak buat. Konon sangat la kalau dengan crush pun aku nak buat. Bazir pitis yang susah nak dapat hoi. Tapi dulu ada Bird Park, sekarang dah tak de tapi diganti dengan a better one, Own Park. Restoran Skypark pun ada for those yang rasa ada fulus lebih. Tak de salahnya nak rasa sekali sekala. Lain hokey makan pada takat 2750 kaki dari aras laut.

Bukit Bendera, Air Itam, Tempat Menarik Pulau Pinang
Kau rasa, kalau abang ada, abbang sudi tak teman duduk sebelah?

See why i tell you it is never a waste to repeat the journey? When time moves, things change. So, appreciate every moment you have because you will never have it for the second time. Lama dah aku tak rasa best macam ni. Terima kasih sangat to all my classmates yang suggest datang sini for our assignment. It was worth the effort seriously. 

So, what's next?

2 comments:

  1. CN stress giler nak snap pic dkt kerusi love lock tu. huhu... sbb ada org tak sabaq2 nak jgk duk situ. nmpk dah ada org duk sibuk nak snap gmbq, dia pn nak jgk. aishh... jemputlah singgah blog CN. CN pn ada story mory psl trip ke penang :)

    ReplyDelete
  2. memang best bukit bendera ni...kat ats tu macam-macm ada

    ReplyDelete