Hak Kamu Untuk Free Hair, Hak Kami Untuk Bertudung - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, August 27, 2015

Hak Kamu Untuk Free Hair, Hak Kami Untuk Bertudung


Hak Kamu Untuk Free Hair, Hak Aku Untuk Bertudung | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Jadi panas pulak aku bila nowadays, ada manusia-manusia yang mula pertikaikan kenapa orang bertudung itu bertudung. Patut tak aku panas? Aku tak de post pun kenapa orang free hair tu free hair. Lol. Busybody jugak korang sinonim dengan cakap kitorang ni busybody kan? Haissyyy, kata orang judgemental. Yang korang tengah buat ni apa benda? Open minded sangat? I DONT THINK SO!

INI MEMANG KHAS UNTUK ORANG YANG SUKA MEMPERTIKAI. KALAU TAK MEMPERTIKAI, TAK PERLU TERASA K. :)

Setahu aku, artis-artis Malaysia yang bertudung pun, dorang setakat cakap, 'tak sampai hidayah lagi', 'belum bersedia lagi', bila bersedia, saya akan bertudung'. Tak de lagi yang kata,"Bertudung tak wajib. Menutup aurat tak wajib. Bertudung bukanlah usaha menutup aurat.". Korang lagi hebat weh. Hebat sungguh. Mempertikai yang sudah diwajibkan. Siap compare gambar tutup dada, dengan gambar tutup rambut, pastu tanya yang mana lagi bagus. Kalau aku, aku tutup jelah dedua, dada ngan rambut pun. Apa susah? Dah dedua pun aurat. Napa nak kena tutup salah satu je? Ke bagi korang wajib tutup salah satu? Korang belajar ngan sapa? Aku pun nak tahu jugak.

ikut je yang ni hah. kalau korang betul nak lah. tak payah nak compare compare dah. apalah yang korang dok buang masa sangat? ke sebab korang memang tak nak. opss!

Nak ada ideologi macam mana pun, it is up to you. Korang nak rasa pakai tudung tu tak wajib sebab pakai tudung bukan tutup aurat, ikut koranglah. Yang aku tak boleh nak terima sekarang, aku cukup terasa dengan tuduhan ke atas orang bertudung macam aku nih. Walaupun tak sebut nama, aku cukup tacing. Guess what? Aku pun bertudung tahu. Antara tuduhannya:

  • bertudung kerana ramai orang bertudung. so aku pun bertudung.
  • bertudung, tapi tak tutup aurat. pakai ketat. aku lagi bagus.
  • bertudung kerana ingin diterima dalam kalangan masyarakat
  • bertudung kerana ingin nampak baik depan semua orang
  • bertudung kerana takut pada jabatan agama Islam
  • bla.. bla.. bla...
Amboi-amboi. Seriously, korang main kasar. Korang sapa nak judge kitorang? Dulu korang kata kami yang suka judge. It seems that, it is the opposite now. Aku boleh cakap korang yang judgemental sekarang. Sesuka hati cakap macam-macam kat kitorang. Korang ada mata x-ray ke nak check satu-satu kenapa wanita tu bertudung? Hebat permainan judging korang. Tuduh kitorang judgemental di saat you are doing it in public. Well done! :D


Yang aku nak tanya, orang yang cakap ni memang dah tanya ke setiap orang bertudung tu kenapa diorang bertudung? Pastikah dia yang orang tu bertudung atas sebab-sebab di atas tu? Pasti? Kalau tak pasti, layakkah kau nak buat general statement gitu? Boleh jatuh fitnah tu. Walaupun bukan untuk aku exactly, sebagai manusia wanita bertudung, aku pun jadi tacing sekali. Kalau orang buat kat dia, tahu tacing. Believe me, you are in a state of denial. Rasa bersalah, tapi nak tunjuk innocent. Yeah, those people in denials are the great debaters. Kan? -_-


Aku sendiri pernah free hair. Kena marah dengan adik aku. Boleh je aku nak kekal free hair. It all depends on me. Tapi, aku tak anggap adik aku tak baik or memaksa bila dia buat begitu. For me, Allah datangkan dia untuk aku. Dia datang sebagai petunjuk bagi aku sebab Allah sayangkan aku. Supaya aku sedar. Tidak pulak aku rasa aku dipaksa. Or maybe at first, tapi kewajipan memang bermula dengan paksaan. Sebelum lama-lama dia jadi kebiasaan. Dan insya Allah, ikhlas itu ada. It is all about how we see things. Positive or negative. So, how do you see things around you? Orang cakap, bila manusia ni negative, they attract negative vibes around them. Can you feel them?

Kalau korang nak paranoid, go on but, korang sapa nak judge proses untuk kami yang bertudung ni? Kalau korang nak benci orang yang menyuruh kepada menutup aurat, yang Allah datangkan kepada kamu untuk kebaikan kamu, you are allowed to. Tapi, please mind your own business, the way you ask us to mind our own business. Not to forget, mengajak korang menutup aurat is our business sebab berdakwah itu tugas setiap muslim. It is your right nak ikut ke tak. Nak ignore or take it into consideration. It is all up to you. It is just that, you have to be brave enough to face the consequences. Kan kita dah biasa dengar, berani buat, berani tanggung. 

Bagi aku, bertudung itu simbol wanita Islam. Bila orang Islam bertudung berjalan sebelah orang bukan Islam, at least orang yang tengok dari belakang, takkan tertanya-tanya yang mana satu Islam, yang mana satu bukan Islam. Ke dedua bukan Islam? Kalau sampai jadi begitulah, korang rasa? Believe me, bila dia dah berani ajak kamu ke jalan kebenaran (you actually know, it is.), they actually care. You should be proud you have someone who care or love you enough to bring you to the right path. Aren't you proud? Tak ramai yang ada kawan yang ada kawan seberani itu k. You are one in a million.



Ya, ramai yang bertudung, tapi masih tak sempurna. Termasuk aku. Insya Allah, makin hari akan makin sempurna. Tapi bukankah bertudung pun salah satu usaha nak menutup aurat. Bukan ke the effort that counts? Kenapa nak kena compare, tutup kepala tapi tak tutup dada, dengan bukak kepala tapi tutup dada? Combine je tutup kepala dengan tutup dada kan boleh? At least, we have done that. At least, setiap peluh yang keluar boleh jadi bukti you have done something for the sake of our religion. Our belief. Have you done anything for yours? 

Have you done anything selain nak pertahankan, 'aku tak bertudung, tapi aku baik giler. at least aku HONEST than them.' In what sense? Honest sangatkah? Dok sebarkan merata-rata 'Aku bertudung sebab terpaksa.' Perlu ke korang beritahu? Ada ke orang tanya? Itukah yang korang maksudkan honesty? Allah selalu simpan aib kita. Kita ni yang selalu terhegeh-hegeh nak buka. Pelik sungguh yang namanya manusia.

Siapa kau nak pertikaikan honesty seseorang? Sapa kau nak cakap aku bertudung sebab takutkan Allah, bukan sebab sayangkan Allah. Wowww! Are you that good in Malay sampai perkataan takut dengan sayang pun boleh korang putar belit untuk pertahankan ideologi ciptaan sendiri? Bijaklah katakan. Pembacaaan pun banyak. Kalau macam nilah, betullah orang kata. Bila belajar sendiri, baca buku sendiri tanpa berguru, guru kita tu Syaitan. Pastu mulalah ilmu menjadi ilmu tak bermanfaat. Pernah baca tak benda nih? So, korang ni berguru dengan siapa sebenarnya? :)

Seriously, aku tak kisah korang tak nak bertudung. Ramai kawan aku yang free hair dan aku masih berkawan dengan dorang. Bukan setakat tulah, lebih daripada tu pun ada. Yang pakai kain belah, nampak peha, nipis ke hape. Weird ke when they are still my friends? Dorang tak de pulak dok bagitahu aku dorang tak bertudung sebab dorang rasa bertuung tu tak wajib. Bertudung yang in a sense yang kena tutup aurat I mean. Tapi, ada pulak makhluk Allah yang cakap dia bertudung sebab takut tak diterima dalam masyarakat. Ko yang pilih duduk dalam masyarakat tu sebenarnya.

Memang tak pernah ada yang nak kawan dengan korang ke time korang free hair? Masa sekolah tak de orang ke yang nak kawan dengan kau? Yang korang pergi kawan dengan orang yang tak boleh terima korang seadanya tu apa kes? Ke dorang tak nak kawan ngan korang sebab mulut korang yang keep telling, 'Oh, aku terpaksa. Aku dipaksa. Pengurusan teruk. Kementerian tak betul. Oh, aku honest, aku bertudung sebab nak kawan ngan korang je.'? Begitu ke? Patut pun dorang tak nak kawan ngan korang. Kihs. Kesian sangat orang macam ni. Free hair jelah. Kalau orang tak suka, korang tak yah nak dekat ngan orang tu. Simple. Aku pun being honest ni. The way you like. You kan suka being honest. Suka?

Yang peliknya, ada yang mengaku bertudung sebab ingin diterima dalam masyarakat. Tapi, pada masa yang sama, dok heboh satu dunia yang dia tu bertudung sebab terpaksa. Bukan ke itu bertentangan dengan intention yang pertama tadi? Dia ni nak diterima ke tak nak diterima dalam masyarakat? Pening r...

And adakah sebab korang rasa malas dan 'tak honest' nak bertudung, korang perlu persoalkan kewajipan pemakaian tudung? Ye, bukan tudung yang wajib, tutup aurat tu yang wajib. Ni pun korang nak persoalkan. Aku pakai tudung tu sebab aku nak tutup aurat lah. Apalah korang ni. Tu pun tak leh nak grab the gist. Nak jugak fikir jauh-jauh. Kalau korang rasa rambut tu tak perlu nak tutup, bukak je. Tunjuk jela kat semua orang. Simple.

Ini tak. Jabatan agama yang menjadi badan pelaksana pun kena kutuk. Kewujudan 4 mazhab pun korang tak setuju. Korang tetap persoal kenapa ada mazhab berbeza. Perkara aurat yang keempat-empat mazhab dah bersetuju pun korang query. Semua salahlah. Korang je betul. Korang hidup nak rebel je. Kan? Seriously, korang tak tahu ke mazhab berbeza atas faktor tertentu seperti tempat tertentu untuk memberi kemudahan kepada orang Islam? Mengikut kesesuaian orang Islam? Seriously, korang tak tahu yang Islam ni agama yang memudahkan? Agama yang syumul?

Memang, tiada paksaan dalam Islam. Memang dah tercatat. Tapi, jangan dilupa. Setiap perbuatan walau sebesar sebijik sawi, ada pembalasan. Kalau baik perbuatan, maka baiklah pembalasannya. Begitu jugak sebaliknya. Walaupun seorang pelacur menasihati, ambillah nasihat yang baik. Golongan yang banyak membaca, bijak bestari, takkanlah tak pernah dengar ungkapan ni? Still nak tegakkan benda yang basah kerana kapasiti otak yang banyak? Tak tahukah ada limitations to every human brain? Tak tahukah yang sampai sekarang saintis tak dapat mengerti kenapa manusia memerlukan O2 sedangkan O3 boleh buat manusia mati?

Senang cerita, korang kekalkan free hair. Kitorang kekalkan bertudung. We live our life our own separate ways. Tak payah nak persoalkan honesty oranglah. Korang pun bukan honest sangat. Mengaku baik. Bukan baik sangat. Sama je kita. Ayat korang yang persoalkan sebab-sebab kitorang bertudung nih memang menyakitkan hati aku. Tuduhan yang sangat tak berasas bagi aku. 

Kalau betullah korang tu honest just because korang have the guts nak beritahu seluruh dunia yang korang bertudung semata-mata masyarakat, then i guess honesty is no longer the best policy. It is your own definition of honesty. For me, it is more like korang nak kumpul orang yang ada ideologi sama dengan korang so that you feel stronger in your denials. So, how? Feeling strong enough bila ada manusia yang suka baca your posts, pastu support. Sure you feel innocent enough kan. Happy?

By the way, apa kepercayaan kamu sebenarnya?

ps- aku tak de masalah dengan yang free hair. aku ada masalah dengan yang free hair tapi dok question why manusia bertudung. this entry goes to those yang rasa sesuai dengan dia. yang rasa tak berkenaan, tak payah nak tacing sangat. anggap je aku tak cakap pasal korang. wassalaam.

12 comments:

  1. fuh penat baca.dlm opis yong 2 org je pkai tudung termasuk yong. sorg lg bos, dia pn dlm proses berubah dlu free hair. Alhamdulillah, setakat ni xda lg yg pertikai psl yong pakai tudung. semoga diorang pun dpt berubah satu hari nnt. btw peliks lahorg yg persoal org pkai tudung tu mcm xtau hukum agama je.hehe

    jemput baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah la.. rsa tacing sungguh la..

      Delete
    2. Banyakkan bersabar.. Mereka ni golongan yg tak mengetahui...

      Delete
    3. Banyakkan bersabar.. Mereka ni golongan yg tak mengetahui...

      Delete
  2. dulu akk x bertudung.. then my hosmate ni bertudung..dia kerja dengan org korea.. pastu dia dok pertikaikan kami kenapa akk x bertudung, hosmate ni pakai tudung.. tak memasal dia suruh hosmate akk ni bukak tudung.. bengang je rasa..tak memasal kena maki..

    ReplyDelete
  3. fuhh panjang lebar Muja..kak ana setuju sangat dah tu..pendapat Muja :)

    ReplyDelete
  4. Salam mujahidah.
    Panjang luahan hati ;)
    Nak share, Bos tempat saya kerja dulu nak ambil new staff memang tengok dulu pakai tudung atau tak. Dia kata dia taknak subahat ambik org free hair yg muslim keje sama2. Mungkin yg free hair ni sama ada malu nak pakai tudung sbb kawan2 ramai free hair atau rasa kolot ke atau rasa tak cantik ke, apa pun kita doakan Allah bukakan hati diorg untuk pakai tudung (tutup aurat)...
    Salam jumaat :)

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. setelah bertahun bertahan dalam hati.. ni tahap tak boleh nak tahan dah ni my.

      Delete
  6. memang geram bila ade orang pertikaikan pasal bertudung ni..duk diam-diam sudahla..

    ReplyDelete