Menara Alor Setar- Tempat Menarik di Kedah - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Tuesday, August 04, 2015

Menara Alor Setar- Tempat Menarik di Kedah

Menara Alor Setar, Tempat Menarik di Kedah
Menara Alor Setar gah di Kedah.

Menara Alor Setar- Tempat Menarik di Kedah | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Korang tahu tak, selain Kuala Lumpur Tower, ada satu lagi tempat yang bentuk menara dia boleh kata sebijik dengan KL Tower. Cuma ketot sikit. Boleh kata adik sikit je daripada KL Tower. Kalau korang nak tengok, korang bolehlah ke Menara Alor Setar, Kedah. Kalau korang dari Kelantan, singgahlah di Air Panas Ulu Legong, Baling. Best jugak.

Menara Alor Setar, Tempat Menarik di Kedah
Menara Alor Setar best woooo...

Nak naik Menara Alor Setar ni kena ada tiket. Tiket dia tak sampai RM10. Kalau pergi ramai-ramai, pandai bodek kerani kaunter tu, lagi murah jadinya. Pandai-pandai koranglah ye. Ketinggian Menara Alor Setar adalah 165.5 meter. Ada lif untuk naik. Kat atas ada macam binakular untuk tengok objek kat bawah. Sebenarnya, menara ni untuk telekomunikasi tapi bila dah cantik and kita boleh nampak pemandangan menarik dari atas, jadilah dia tarikan pelancong di Kedah.  

Menara Alor Setar, Tempat Menarik di Kedah
Biasalah.

Selain pemandangan indah, tingkat atas Menara Alor Setar daripada tingkat aku berdiri ada sebuah restoran berputar. Harga makanan taraf hotel. Kalau time-time anniversary, orang Alor Setar bolehlah datang sini. Romantik jugak makan, sambil berputar, sambil tengok lampu warna warni kat bawah. Mohon bawak panadol. jugak. Kot-kot pening macam masa kitorang pergi Muzium Padi kang. Kih3

Menara Alor Setar, Tempat Menarik di Kedah
Jarang-jarang je kita boleh nampak atap tau.

Memang menarik bagi aku bila kita berpeluang untuk melihat pemandangan alam ni daripada sudut yang lain. Selalunya, asyik tengok dari sudut 180 darjah. Dari Menara Alor Setar, boleh jugak tengok sudut 90 darjah. Ofkos, perasaan dia jadi lain. Selalunya kita nampak pintu bangunan. Bila kat atas kita nampak atas bangunan. Kan ke lain tu? Perspektif hidup aku pun berubah jugak. Mmm

Menara Alor Setar, Tempat Menarik di Kedah
Buat menara semua!!!

Sebelum bergerak ke destinasi seterusnya, kitorang amik gambar kat dataran di sekeliling Menara Alor Setar. Feeling like a family. Nampak tak yang baju belang merah putih tu? Tulah pensyarah kitorang Encik Ibrahim. Siyesly, kalau kami ni kanak-kanak, beliau macam baby. Aktif, fit, open-minded. Kalau ada lawatan lagi, boleh consider ajak beliau jadi pensyarah pengiring. Ekekeke
Menara Alor Setar, Tempat Menarik di Kedah
Sampai terkangkang kawan aku sorang tu. Excited sangat kerwww -_-

Korang kalau pergi Kedah, mohon jangan lepaskan peluang untuk ke Menara Alor Setar. Memang best. Aku kalau laki aku nak lawat IPG dia kat ke nanti, aku nak gi sekali lagi kat menara ni. Nak rasa gak candle light dinner kat restoran berputar di tempat tinggi cenggini. Cool siott. Hehehe. 

Korang kalau pergi Kedah pergi mana?

j

8 comments:

  1. saya orang kedah, tapi pernah naik sekali je menara alor setar. tu pun masa umur dah 23 tahun..ish3x.sebab dekat dengan rumah kot tu yg tak rasa sangat nak pergi.Langkawi pun best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa muja gi langkawi dulu, tak de blog lagi. tak de kamera digital lagi.. one day nak pergi balik lah insya Allah. :D

      Delete
    2. oo yeke..takpe lepas ni bt trip g honeymoon ke langkawi. hehe :)

      Delete
    3. wahhh.. bestnyaaaa la kalau dapat pergi Langkawiiiiii

      Delete
  2. CN pi aloq star semata-mata nak cari makan utk dinner. tak sempat singgah menara ni. hehe.. next trip in shaa Allah :)

    ReplyDelete
  3. Sy org sana pon tak pernah naik lg menara tu hehe..

    ReplyDelete
  4. dah naik dah masa belajar dekat kedah..ehhehe..

    ReplyDelete
  5. Mercu tanda negeri Kedah.wajib naik.

    ReplyDelete