Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling- Tempat Menarik di Kedah - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Sunday, August 02, 2015

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling- Tempat Menarik di Kedah

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah- Tempat Menarik di Kedah | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Best sungguh jadi budak IPG. Sambil siapkan esaimen pun, kitorang berpeluang untuk jalan-jalan. Untuk semester 6, kitorang kena buat satu program dan buat laporan pasal program tu. For us, memang tak de program lain la yang lagi best selain lawatan.

Kali ni, kitorang pilih Kedah dengan Pulau Pinang. Seriously exciting!!! :D

air panas ulu legong, tempat menarik kedah, pusat rekreasi
Orang tak minat mandi air panas. Huhuu

Aku ni baru je kahwin, honeymoon dengan classmate je. Abbang sabar ye. Nanti ada rezeki, kita bercuti kat Korea k? :) Destinasi pertama kitorang adalah Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah. Sebenarnya tak plan nak pergi sini. Alang-alang lalu ikut Baling untuk ke Alor Setar, kitorang singgah kejap. Boleh mandi-mandi, then solat Subuh. Bijak tak? :P

Sampai-sampai je amik gambar. Nasib baik tak nampak taik mata. -_-

Malam tu, kitorang bergerak lambat sebab Maizatul Syuhada accident. Patutnya, kitorang sampai sana pukul 3 pagi, tapi kitorang sampai dalam pukul 5.40 pagi. Sesuai dengan waktu solat Subuh. Air dalam kolam baru tukar, panas giler weh. So, tak enjoy sangat kat sini. For those yang suka mandi guna heater, tolong datang awal ye. Aku ni memang jenis suka mandi air sejuk. Hehehe



Eh bebudak nih. Suka sangat dorang. -_-

Kolam air panas kat sini jenis buatan manusia. Ada beberapa buah kolam yang dorang masukkan air panas. Waktu terbaik untuk mandi-manda kat Air Panas Ulu Legong ni dalam pukul 3 pagi sebab masa tu cuaca tengah sejuk ke tulang sum sum dan air memang panas suam. Cuaca sejuk, masuk dalam air panas, memang syok woo.


Kebersihan kena lebih sikit kalau buat pusat rekreasi jenis berair ni.

Cuma satu je. Kurang gemar bab pintu surau perempuan. Dia guna cermin yang boleh nampak dari luar. Kalau pihak sana terbaca entri ni, mohon tukar ye. Susah kitorang nak amik wuduk dari dalam tu. Kalau bajet lebih, besarkan sikit surau tu pun ok jugak. Hehehe

air panas ulu legong, baling, kedah, tempat menarik di kedah
napa ngan muka aku tu? :'(

Next, nak cerita pergi Muzium Padi pulak. Tak sangka aku akan tersuka giler pergi muzium sebab muzium tu memang lain daripada yang lain. Tungguuuu....

Wassalaam. :D

5 comments:

  1. heheehe....wah menjelajah kedah rupanya...mai la try kat Hotspring Sungai Klah dekat ngan kampung CP, air panas ada, sejuk ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tahu one day pergi sana jumpa cp pulak.. :D

      Delete