Cara Lelaki Luahkan Perasaan Cinta - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, September 10, 2015

Cara Lelaki Luahkan Perasaan Cinta

Cara Lelaki Luahkan Perasaan, cara lelaki bercinta, lelaki yang bercinta, cinta lelaki

Cara Lelaki Luahkan Perasaan | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Honestly, i really think that my husband is not really someone yang senang meluahkan perasaan cinta. Aku rasa, ini memang normal dalam kalangan lelaki terutamanya lelaki Melayu. Sebab, aku tengok lelaki omputeh, selamba je kiss bini dia, pegang tangan, tangan kat bahu dengan bini dia depan orang lain. Yelah, budaya kita dengan dia lelain kan. Lain cara dia jatuh cinta. :)

Aku mengaku, susah jugak aku nak adapt dengan husband aku ni memula. Yelah, no romantic proposal. Dia termengaku dia suka kat aku pun sebab aku ugut tak nak contact dah ngan dia lepas dia publish entri pasal Nur. Yelah, nanti tak memasal Nur serang aku.

Aku pernah kena serang ngan sorang perempuan ni. Really bad. Tak memasal Nik terpaksa gitau. Nur tu aku. Aku ni gelabah beruk. Padahal Nur tu aku. Bayangkan kalau aku tak ugut masa tu, alamat bujang lagi kitorang pada September 2015 ni. Kalau dah jodoh. Hehehe.

Lelaki ni, dia nak kena ada penyebab barulah dia akan luahkan perasaan sayang ke, cinta ke kat kita. Kita yang perempuan ni pulak, sejenis spesies yang forever overly insecure. Kalau boleh nak bukti tetiap hari, terutamanya masa period tetiap bulan tu. Mulalah fikir yang bukan-bukan.

Mulalah kes-kes luar yang hari-hari dok tengok kat Facebook tu berlegar dalam kepala. Terus insecure. Takut jadi kat diri sendiri. Mulah tulis entri tanda kemusnahan cinta. Padahal si suami, elok je dok kat pejabat buat kerja. Yang cikgu elok je dok mengajar and marking paper. Kih3

Kengkadang penat juga nak merajuk tetiap bulan. Merajuk pun bukan dia faham yang kita nak. Lelaki ni banyak yang clueless weh. Maafkanlah dia. Tambah-tambah yang tak kenal sangat. Macam aku dengan husband. Kahwin lepas setahun lebih kenal each other.

Cara kami kenal pun lain daripada yang lain. We live far from each other. So, it takes more time to adjust, to adapt and adopt. So, aku buat keputusan untuk melihat sisi lain suami yang menunjukkan kasih sayangnya pada aku. Cara kami bercinta pun dah lain. Apatah lagi dia dengan orang lain kan?

Kalau dah mulut sukar ucapkan cinta, mungkin dia luahkan perasaan dengan cara lain. Cer recall balik. Ok, i am recalling. :)

cara lelaki luahkan perasaan, lelaki luahkan cinta, cara lelaki bercinta


1. Panggilan telefon hari-hari

Alhamdulillah, sampai sekarang, hari-hari husband call walaupun tak whatsapp, tak sms. Walaupun dia tak banyak cakap, dengar suara aku pun dah cukup bagi dia. Nak dengar aku mengadu. Kalau aku marah pun, dia tak pernah cakap nak berenti cakap. Hari-hari, aku jugaklah yang hentikan. Hehehe.

2. Kalau aku sakit

Aku kat sini ada abah, umi, ayah, ma, adik beradik. Kalau aku sakit, terus suruh aku pergi kat rumah ma dia. Dia tahu ma dia akan jaga aku untuk dia. Padahal umi aku tu doktor. Rungsingnya dia. Masa dia sakit, hanya suara aku menyuruh pergi jumpa doktor yang mampu aku berikan. :'(

3. Memberi selagi ada

Aku pernah baca, isteri patut bersyukur. Suami aku sanggup ambil tanggungjawab daripada abah untuk jaga aku sedang kami tiada pertalian darah. Rela menanggung dosa kalau tanggungjawab tak terlaksa. Besarnya pengorbanan dia. Akan memberi selagi mampu. Saling ada untuk each other.

cara lelaki luahkan perasaan cinta, lelaki dan perasaan, cinta lelaki, cara lelaki bercinta
Cara aku bercinta dengan suami melalui fesyen. So, aku beli baju saiz S untuk dia. :P

4. Menenangkan di kala duka

Perempuan ni, tak duka sangat pun dorang tacing. Kalau 'kawan baik' aku datang, memang air mata senang je menjejer keluar. Rasa insecure menyerang. Asyik rasa nak gaduh je dengan suami. Masa tu, dia yang berusaha meyakinkan sayang dia pada aku. Time tu, Allah, tenangnya rasa.

5. Sayangkan keluarga kita seperti keluarga sendiri

Aku ni jenis kurang common sense. Dia selalu bawa buah tangan tiap kali datang rumah umi abah. Aku lak selalu lupa bawak untuk ma ayah yang baik sangat. Sayang aku macam sayang anak sendiri. Best sangat. Tq so much to all his family members sebab terima aku yang serba kurang nih.

Entri ni lebih kepada entri muhasabah diri untuk aku yang selalu insecure, curiga dengan suami. Rasa berdosa. Time tu, memang aku sengaja buat sakit hati dia just because aku nak dia luahkan sangat cinta dia yang dia tak reti sangat nak ucap dengan kata-kata. Bila dah normal balik, baru reti nak menyesal. Baru nak mintak maaf.

Nasib baik suami aku ni jenis, 'ok je.' Kalau jenis macam aku? Disaster weh. Nik ada pesan, kalau rasa tak tenang time period, ingat satu je,

"Insecure sebab period ni. Bukan betul pun."


Yelah bang.  -_-'
Wassalaam.


8 comments:

  1. so sweet muja and nick.. kak ana selalu mengikuti kisah both of you dari blog nick mulanya.. kak ana doakan semoga kebahagiaan milik kalian hingga syurga.. amin. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin. insya Allah. tq for the doa. moga mujarab. hehe

      Delete
  2. bertuah badan muja dapat suami dan mertua macam tu.. semoga berkekalan muja.. hehehe... kalau kawan baik dtg, xde pakwe pun boleh insecure.. kekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah masalah utama perempuan.. sekali sebulan kena gak menangis terutama bila kawan baik dtg.. hehehe

      Delete
  3. salam sis muja i love reading ur blog especially part tips cintan cintun ni hihi
    saya baru setahun dlm blogging, nak tanya saya lihat sis muja punye google+ paling ramai followers among bloggers n peningkatan followers pun cepat
    boleh x sis buat post sharekan cara nak dapat byk followers di google+ ya sis sbb sy x tau nak refer mana coz x de blogger melayu yg buat post pasal g+ .. mostly blogger indon
    papepun keep sharing tips ya sis. love ur entries x) -Rina strawberry-

    ReplyDelete
    Replies
    1. salaam rina. seriously, muja pn tak tahu macam mana follower g+ boleh jadi ramai. maybe sebab muja antara yang awal guna g+ dan dulu muja selalu share entri kat group g+. sampai sekarang pun, muja buat setting autopost ke g+ tiap kali siap satu entry. hope this helps. tq for reading my blog. :)

      Delete