Restoran Jeddah- Restoran Makanan Arab Terbaik di Kelantan - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, September 10, 2015

Restoran Jeddah- Restoran Makanan Arab Terbaik di Kelantan

Restoran Jeddah- Makanan Arab Terbaik di Kelantan | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Hari ni tak de kelas sebab my last observation by my lecturer dah tamat semalam. Dalam nak cari idea tulis blog, terjumpa pulak gambar masa pergi Restoran Jeddah. Restoran ni bukan terletak kat Jeddah arab nun tau. Dok kat Kota Bharu, Kelantan ni je. Kih3

restoran jeddah, jeddah restaurant, arab cuisine, makanan arab di kelantan
Model tak berapa kurus. Mmmm
Sebenarnya kitorang pergi sana untuk Iftar jam'ie, buka puasa berjemaah. So, selain entri sebelum ini, entri ini jugak merupakan entri basi yang aku rasa masih boleh blog aku ni terima. Cik Epal pun update entri tahun lepas kat blog beliau. Kih3

restoran jeddah, jeddah restaurant kota bharu, makanan arab terbaik kelantan
Passengers loaded.
Restoran Jeddah ni terletak di Lundang, Kota Bharu, Kelantan. Kalau dari Kubang Kerian, sebelum sampai Billion, dah boleh nampak restoran ni kat sebelah kiri. Lot memula sekali dalam sebuah dereta bangunan. Senang je nak jumpa. When there's a will, there's a way kata orang. Hehehe.

Alamat: No. 923, Jalan Dato' Lundang, 15200 Kota Bharu, Kelantan. 
No. Telefon: +609 743 3389

restoran jeddah, jeddah restaurant, arab cuisine, makanan arab terbaik kelantan
Group photo is a must when going somewhere together.
Ada dua pilihan untuk tempat makan bagi para pelanggan. Kalau kat bawah, boleh makan ramai-ramai dengan orang lain. Meja orang lain sebelah sebelah. Sesuai untuk orang yang suka tengok orang ramai time makan. Tapi, bagi kitorang yang hampir sekelas ni, and risiko buat riuh tu tinggi, kitorang memilih berbuka dalam bilik makan. Privacy is classy. Tak gitu? Aku nak cakap banyak pun tak lah malu. Kalau tetiba ayam terbang pun, boleh tumpang gelak sekali. Hihi

restoran jeddah, makanan arab terbaik kelantan, jeddah restaurant, arab cuisine
Naim memang suka kengkonon solat kat meja makan.

Bab rasa makanan, memang tak leh nafi kesedapannya. Memang terasa rempah nasi arabnya. Side dishes pun banyak. Macam-macam yang aku pun tak sempat tanya nama. Ayam pun bagi sekor terus. Boleh la bagi-bagi yang minat bahagian dada ke, peha ke. Semua dapat. Kalau kat restoran arab ni, dia masak ayam tu dengan nasi terus. Banyak cara rupa-rupanya nak masak nasi arab ni. 

makanan arab restoran jeddah, jeddah restaurant, restoran jeddah, makanan arab terbaik kelantan
Sedap hooooi

Cuma, bab kuantiti tu kurang. Tak de la sikit sangat. Sedang-sedang. Mungkin sebab aku punya tangki ni besar. Harga pun sedang-sedang, tapi sesuailah dengan suasana dan rasa. Eksklusif gak dapat bilik khas untuk kita je makan sesama kita. Boleh la kalau setakat nak pergi 3 kali setahun. Tapi kalau kuantiti tu boleh up lagi, lagi power Restoran Jeddah ni. *mohon pemiliknya baca. Kih3

restoran jeddah, restoran makanan arab terbaik kelantan, arab cuisine, makanan arab
Am not a good vege eater so this went to others' stomach.

restoran jeddah, restoran makanan arab terbaik, makanan arab kelantan
Aku pelik orang lain cakap benda ni tak sedap sangat. Sedap hooooiii

nasi arab, restoran jeddah, makanan arab terbaik kelantan
Close up main menu. Yummeyyhhh


restoran jeddah, restoran makanan arab terbaik, nasi arab kelantan
Baru lengkap hidangan makanan Arab.

Perghhhh. Pandainya aku edit gambar. Hahahaha
So, buat orang Kelantan khususnya, kalau korang nak rasa makanan arab or, ada orang mengidam nak makan nasi arab, boleh la datang ke Restoran Jeddah ni. Tak rugi. Mesti nak datang lagi. Nak ajak abah pergi sinilah nanti. Lama tak dinner sesama. Wassalaam.


5 comments: