10 Sebab Kenapa Diet Atkins Pelan Diet Terbaik di Dunia! - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Friday, October 09, 2015

10 Sebab Kenapa Diet Atkins Pelan Diet Terbaik di Dunia!

panduan diet atkins, teknik kurus dengan diet atkin, diet atkins untuk kurus

10 Sebab Kenapa Diet Atkins Pelan Diet Terbaik | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Suami aku memang suka jaga badan dan kesihatan. Sebagai isteri, aku memang nak ikut kesukaan dia. Untuk kebaikan aku juga. Takkanlah nak biarkan dia berketough, aku bergemuk? Malu la pulak. Ramai suami yang suka kalau isteri ni ramping, cuma tak ramai yang jenis mengaku macam suami aku nih. Dia jenis terus terang je. I like him that way. Hehe

Baru-baru ni, Nik bagi aku link Kelab Diet Atkins di Facebook. Ada je yang berkongsi gambar testimoni sebelum dan selepas mengamalkan Diet Atkins. Aku memang rasa terinspirasi bila nampak kejayaan mereka. Aku selalu tertanya-tanya juga macam mana mereka boleh jadi sehebat itu? Sampai 30kg hilang dalam masa beberapa bulan je? Biar betul. Aku yang bersenam di gym sampai 2 jam sehari selama sebulan ni, 2kg pun susah nak hilang. Sakit nya hati!

Kenapa Diet Atkin ni pelan diet terbaik? Banyak sebabnya. Nah, Aku dah senaraikan kat bawah ni.

10 Sebab Kenapa Diet Atkins Pelan Diet Terbaik


diet atkin, pelan diet terbaik di dunia, sebab diet atkins pelan diet terbaik,


  1. Diet Atkins 100% menggunakan lemak sebagai sumber tenaga untuk kehidupan seharian. Tidak akan membazir nutrisi lain seperti protein dan calcium.
  2. Pembakaran lemak sangat pantas dengan Diet Atkins sehingga kita dapat melihat perubahan drastik dalam masa kurang daripada seminggu. 3 hari je dah kurus??? Biar betul???!!!
  3. Diet Atkins dijamin tidak melibatkan kelaparan. Perut yang lapar hanya menurunkan metabolisme badan. Siapa sanggup penat sedangkan kerja banyak nak kena buat? Heh!
  4. Diet Atkins dijamin tidak melibatkan sebarang produk kurus yang kena beli dan beli sepanjang hayat. Diet Atkins adalah ilmu, sejenis 'something' yang takkan habis! Wow!
  5. Diet Atkins membentuk jisim otot dengan efektif. Otot yang terbina akan buat kita lebih bertenaga. Tiada lagi lenguh-lenguh badan setakat shopping sejam. Heaven! :D
  6. Diet Atkins mempunyai 1001 resipi dan menu yang akan menjadikan pelan diet ini sangat menyeronokkan dan tidak memberikan tekanan. Ramai yang sudi kongsi.
  7. Diet Atkins membuatkan kita lebih sihat, bertenaga, dan cergas. Bila otot banyak, badan lebih kuat. Otot banyak-banyak tu, kita guna bagi hilang lagi banyak lemak. Puas hati?
  8. Diet Atkins sangat berkesan untuk mengatasi masalah ketagihan gula dan makanan yang ramai antara kita alami. Menggigil kalau tak dapat makan. Sedih tau?
  9. Diet Atkins membuatkan kita kenyang lebih lama sekaligus menjadikan pelan diet ini sebagai rutin diet yang paling sesuai danmudah untuk dijalani oleh semua orang.
  10. Diet Atkins adalah pelan diet paling popular dan telah mendatangkan jutaan kejayaan dalam menurunkan berat badan di seluruh dunia. Hebat sungguh!

Testimoni Kejayaan Diet Atkins


Yang lebih hebatnya, Diet Atkins ni sesuai untuk lelaki dan wanita. Tiada bias. Tiada rasis. Semua boleh lebih kurus, lebih sihat, lebih cantik, lebih kacak dengan Diet Atkins. Tengoklah kejayaan para Atkiners di bawah ni. Semua dah berjaya turun berpuluh-puluh kilogram dengan Diet Atkins

Kita bila lagi?

testimoni diet atkins, diet atkins diet terbaik, panduan diet atkins, kejayaan atkiners

testimoni diet atkins, diet atkins diet terbaik, pelan diet terbaik, sebab diet atkin pelan diet terbaik


testimoni diet atkins, sebab diet atkins pelan diet terbaik, diet atkins untuk kurus, teknik kurus dengan diet atkins


testimoni diet atkins, diet atkins, sebab diet atkins pelan diet terbaik, diet atkins diet terbaik


Semua gambar ini dari group facebook Kelab Diet Atkins. Sangat menakjubkan!

Buat mereka yang baru hendak mulakan Diet Atkins, korang bolehlah download Panduan Teknik Kurus Dengan Diet Atkin di link di bawah ni.

- Klik Panduan dan Teknik Kurus dengan Diet Atkins-


Untuk semua yang sedang berusaha untuk kurus, Diet Atkins adalah pelan diet yang terbaik untuk mencapai tubuh badan sihat dengan berat badan ideal. Itulah target kita semua kan? Nak hidup sihat sepanjang hayat. Aku doakan semua yang sedang berusaha keras supaya berjaya. Jom kita berjaya kurus berjemaah k. :)

Ps- kalau korang berjaya, aku pun rasa berjaya tahu.
Wassalaam.



4 comments:

  1. kalau nak kurus memang kena banyak berusaha....kipidap muja

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni, mampu kurangkan karbo dan guna. belum tahap tak amik langsung. huhuu

      Delete
  2. Tak pernah mengamalkan diet.. Dok usaha naj gemuk pula skarang ni..

    ReplyDelete
  3. Satu motivasi yg terbaik utk yg nk kurus. Tp blh x bgi menu makanan utk stiap hari selama sebulan. Cth sarapan. Lunch. N dinner. Tq

    ReplyDelete