3 Laman Web Untuk Blogger Tawarkan Servis Sebagai Pengguna Media Sosial - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, October 17, 2015

3 Laman Web Untuk Blogger Tawarkan Servis Sebagai Pengguna Media Sosial

3 Laman Web Untuk Tawarkan Servis Sebagai Pengguna Media Sosial | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku habiskan masa berjam-jam apabila sudah mula duduk depan laptop berblog. Aku mengaku. Aku bukan menulis untuk diri sendiri baca. Aku menulis untuk berkongsi dengan orang lain.

Aku nak, ramai orang baca blog aku. Kalau sendiri baca, dekat Word pun boleh. Untuk buat orang baca, memang tak boleh lari daripada menggunakan media sosial untuk mempromosikan blog. Berjam-jam masa habis dekat situ. Kalau dah promosi kita tu berjaya, apa salahnya kita mengumpul pendapatan sedikit.
To kill two birds with one stone
Kepuasan menulis dapat. Duit pun dapat.

Macam mana cara cari duit melalui blog?


Blog boleh buat kita dapat duit dengan kita menawarkan servis kita sebagai blogger. Biasanya, dengan menawarkan servis advertorial. Advertorial atau editorial adalah penulisan untuk mempromosikan sesuatu atau mereview sesuatu. Tapi, kita boleh jadikan penulisan kita tu sesuai yang kreatif juga.

Don't do things you do good for free..

Dekat mana kita nak tawarkan servis kita sebagai blogger?


Bila kita dah tahu servis yang ada untuk kita tawarkan, sekarang masa untuk kita mencari tempat untuk menawarkan servis tersebut. Di bawah ni, aku cadangkan 3 laman web yang membolehkan blogger mempromosikan servis untuk advertiser di seluruh Malaysia dan dunia.

1. Fiverr.Com

laman web blogger cari duit, tawarkan servis blogger di sini, lubuk wang untuk blogger
Baru dapat $4 dari Fiverr.

Laman web antarabangsa. Menggunakan bahasa Inggeris dan istilah gig. Bermula dengan $5. Boleh ditambah mengikut servis tambahan sendiri.

2. iLancee.Com

jana pendapatan sebagai blogger, laman servis blogger, tawarkan servis blogger di sini
Dah dapat RM20 dari iLancee.Com.
Menggunakan konsep sama dengan Fiverr. Laman web Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu. Boleh tetapkan sendiri harga permulaan dan bayaran untuk servis tambahan.


3. advertorial.my

laman web untuk blogger, tawarkan servis sebagai blogger, jana pendapatan sebagai blogger
Daftar -- ADVERTORIAL DOT MY
Konsep yang hampir sama juga. Laman web Malaysia. Kena selalu update servis sebab akan expire dalam masa 2 minggu. Boleh buat duit dengan affiliate juga. 

Cadangan Servis Blogger Untuk Ditawarkan

  • penulisan advertorial dan review
  • menyewakan tapak banner di blog
  • perkongsian gambar dan bisnes di Instagram dan media sosial lain
  • menyewakan blog untuk meletakkan link
  • servis terjemahan kalau mempunyai kepakaran

Banyak tempat dan cara untuk blogger menjadi pendapatan. Ramai juga yang mula membina blogshop. Aku sendiri pun ada set up sebuah blogshop. Tapi, suami aku tak suka pula url dia. Tengah fikir url baru. Kih3.

Tak pun, korang daftar di H12 Media. Baca lebih pasal - H12 Media untuk blogger.

Nak tunggu lagi sebenarnya. Tapi, takut RM makin naik. Rugi pulak. Hehehe


Aku bru cashout $107.88 lebih lepas dah berjaya verify akaun Paypal. Kalau darab dengan 4, haisssy, dapat juga dalam RM400 lebih. Yabeda beduu kan? 

Wassalaam.

No comments:

Post a Comment