Hari Ketenangan Murid Darjah 6 di Chalet Pantai Perkasa, Bachok - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Sunday, October 04, 2015

Hari Ketenangan Murid Darjah 6 di Chalet Pantai Perkasa, Bachok

Hari Ketenangan Murid Darjah 6 Di Chalet Pantai Perkasa, Bachok | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Blurr betul datang IPGKB balik lepas 2 bulan praktikum. Kesian lak kat budak asrama blok A yang kena pindah sebab nak buat renovation. Aku harap, renovation kat blok E ni buat lepas aku dah memberambuskan diri dari sini. Malas weh nak hangkut barang. Pffttt. I feel them. ~~~

Aku sekarang baru je menamatkan praktikum Fasa 2 di Sekolah Kebangsaan Melor. Sempat gak aku membusykan diri dengan bebudak darjah 6 sebelum dorang duduki UPSR hari tu. Biarpun aku tak mengajar dorang, rasa sayang tu automatik ada. Itu yang aku nak cerita hari ni.

Kerja Dalam Kumpulan Sebelum Bergerak ke Bachok


Sebelum ke Bachok, kitorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki mereka dan mencipta bendera dan moto masing-masing. Nasib aku baik sangat sebab dapat ahli kumpulan yang sangatlah bijak, kreatif, bertanggungjawab dan rajin. Tak payah aku nak perah otak fikir bebanyak. Dorang boleh buat sendiri. Selamat aku. Kih3

Group Photo is just a must kan? :)

Betul tak aku cakap semua budak aku rajin dan bersemangat? Tulah korang tak cayaa.

Nama kumpulan kitorang dah The Champion. Mana boleh lawan. Kah3
Bila sampai kat sana, bebudak ni banyak duduk dalam dewan je sebab dorang ada kelas khas untuk beberapa subjek UPSR. So, sebagai fasilitator pun, aku tak busy sangat. Memang best la. Bekerja cum bercuti je kat chalet nih. Tenang weh boleh tengok pantai tetiap hari. Tu kot tujuan Allah cipta pantai. Nak bagi ketenangan kepada orang yang tengah serabut. Aku tak serabut pun. Buat-buat serabut ada la. Sikit. :P

Pemandangan Matahari Terbit di Bachok


Terima kasih sangat dekat si Fariena yang kejut aku pagi-pagi esoknya tu. Sebab usaha beliau, aku sempat tengok pemandangan Matahari terbit. Dialah yang beria. Dia jenis romantik. Aku jenis follow je. Sambil nak belajar jadi romantik. Kesian kat husben aku dapat bini tak berapa romantik lak. Hehe

pemandangan matahari terbit
Pimpin anak cikgu buat jadi model. Cool sungguh beliau.

pemandangan matahari terbit
Fariena dengan model yang sama. Haiisssyy, susah gak nak teka mana satu Fariena nih. Hehehe

Subhaanallah. Cantik sungguh laa...

Takkan jemu.

Bebudak.. Suka ambil kesempatan.

Lepas breakfast, peserta mula membanjiri.

Petang tu, peserta ke pantai untuk aktiviti membina kota pertahanan alias istana pasir. Aktiviti rutin kalau buat program tepi pantai. Macam tak cukup fun kalau tak de kan? So, here are the pictures of them making their dream castles. :)

Kumpulan aku memang kreatif, hebat, mantap, anggun. Eh.

Sporting lak tuh. Cayaalah!

Bersungguh-sungguh semuanya. 

mandi manda di pantai
Padahal, ini yang dorang betul-betul tunggu sebenarnya. Ceh.

Lepas je dah dapat keputusan kota pertahanan terbaik, Cikgu Zul bagi chance kat dorang untuk mandi-manda dalam laut. Tapi kejap jelah. Tak lama lepas tu hujan. Aku tumpang gelak je kat dorang yang kecewa. Kah3

Aku fasilitator yang bangga. Hek3

Pulang dengan Seribu Kenangan


Tak sesia jadi fasi. Dapat hadiah.

Aku harap sangat bebudak yang aku sayangi ni dapat keputusan cemerlang dalam UPSR nanti. Korang tahu tak? Mereka yang dapat 5A akan berpeluang ke Kuala Lumpur menaiki kapal terbang dan bercuti di sana tajaan Menteri Ahmad Maslan? Perghhh. Aku dulu. Dapat 5A, dapat la basikal sebuah. Punya mewahnya la rasa masa tu. Tu pun dah kena curik tak lama lepas dapat. T_T

Ada iras la pulak dorang ni. 

Sedih sungguh nak tinggalkan sekolah tu sebab aku tak rasa tak banyak sekolah yang bagi budak praktikum guna printer dan mesin fotostat sewenang-wenangnya. Kalau korang tahu memana sekolah di Kelantan yang amalkan sistem pandai guna, pandai jaga macam kat sana, tolonglah bagitahu aku. Still tak decide sekolah mana nak berpraktikum semester depan. 

Yup. Praktikum Fasa 1 dan Fasa 2 di Sekolah Kebangsaan, Melor tamat sudah. Seriously, I don't think that I will experience kindness even kinder than what has been given to me by teachers there. Semua sangat baik, memahami, memanjakan, toleransi. Harap silaturrahim tak putus antara kami. Nak makan free bebanyak kali. Terima kasih sangat-sangat to all of them. 

ps- Harap-harap, dapat sekolah yang sejenis macam SKM di masa akan datang. Amiin.

2 comments:

  1. cantiknya pemandangan di pantai tu Muja, semangat tengok cikgu comel dengan anak-anak didiknya :)

    ReplyDelete
  2. SERIUS .. CANTIK SGT PEMANDANGAN TU .. KOTA PERTAHANAN YG DAK2 WAT TU PUN COMEI2 .. :)

    ReplyDelete