iLancee.Com- Pusat Jual Beli Servis Malaysia - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, October 31, 2015

iLancee.Com- Pusat Jual Beli Servis Malaysia

iLancee.Com, Pusat Jual Beli Servis Malaysia, buat duit online, lubuk duit blogger, blogger jana pendapatan

iLancee.Com- Pusat Jual Beli Servis Malaysia | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Mohon sedar blogger sekalian! Blog percuma yang kita ada ini boleh buat duit! Percayalah yang hobi menulis blog ini boleh jadi punca rezeki. Tolonglah buka mata.

Kerjaya yang paling menyeronokkan adalah mendapat pendapatan atau senang cerita duit dengan melakukan hobi yang pastinya kita suka. Aku dah rasa betapa bestnya bila di tangan ada kepingan kertas berharga. Pendapatan itu pula hasil usaha penat lelah sendiri. Nikmatnya.. Tak terhingga! :D

iLancee.Com Untuk Servis Murah, Menarik dan Berkualiti


iLancee.Com, Pusat Jual Beli Servis Malaysia, lubuk duit blogger, peluang blogger jana pendapatan, buat duit secara online

iLancee.Com adalah sebuah laman web yang membolehkan para blogger seluruh Malaysia menawarkan apa-apa sahaja servis digital yang mereka ada. Blogger yang menawarkan servis dikategorikan sebagai Seller. Buyer pula adalah mereka yang mencari dan membeli servis yang ditawarkan oleh blogger. Setiap servis yang ditawarkan dinamakan Gig.

Kenapa Blogger Mesti Tawarkan Servis Mereka Di iLancee.Com


iLancee.Com, Pusat Jual Beli Servis Malaysia, lubuk duit untuk blogger, web jana pendapatan blogger, blogger buat duit
Pilihan servis digital di iLancee.Com

Banyak kelebihan yang ada apabila blogger diberi peluang untuk menawarkan servis mereka secara online di dalam satu laman web. Bukan hanya kepada Seller, malah kelebihan kepada Buyer juga.

  • pendaftaran sebagai Seller dan Buyer adalah secara percuma
  • membolehkan Seller memberitahu Buyer tentang servis yang ada untuk ditawarkan
  • membolehkan Buyer memilih servis dan membuat perbandingan dengan mudah
  • mengelakkan berlakunya kes penipuan kerana sistem yang selamat dan mudah
  • iLancee.Com akan mempromosikan servis dan hanya perlu tunggu Buyer

Contoh Servis Yang Boleh Ditawarkan di iLancee.Com


iLancee, Pusat Jual Beli Servis Malaysia, lubuk blogger buat duit, blogger jana pendapatan, peluang jana pendapatan untuk blogger
Profile Mujagirl92 di iLancee.Com

Di bawah ini adalah senarai gig yang aku buat di iLancee.Com setakat ini. Korang boleh klik. Manalah tahu korang nak idea servis yang korang boleh buat. Manalah tahu korang nak buat tempahan ke. Aku tengah tak de kerja nak buat ni. Kih3 :P

  1. Review Produk dan Servis di Instagram
  2. Servis Advertorial Untuk Bisnes di Blog
  3. Servis Pengiklanan Banner di Blog
  4. Terjemah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu



Bukan servis di blog sahaja yang kita boleh tawarkan. Media sosial lain seperti Instagram, Facebook dan Twitter pun boleh digunakan. Untuk yang pandai mengarang panjang-panjang, boleh jual e-Book. Yang pandai design, boleh reka banner. Yang pandai buat video, gunalah DSLR atau handphone untuk rakam video. Yang pandai menyanyi, menyanyilah. Asalkan ada bakat pape, korang buat Gig. Kena kreatif. Insya Allah, peluang dapat buyer tu ada.

Testimoni Servis Yang Telah Diselesaikan di Mujadafewa dot My

ilancee, pusat beli servis digital malaysia, lubuk duit blogger, blogger jana pendapatan, web blogger tawarkan servis
Feeling good bila pelanggan berpuas hati dengan servis yang diberi. Nanti, hubungilah lagi. :)

Setakat ni, aku memang berpuas hati dengan iLancee.Com sebagai tempat untuk aku jana pendapatan sebagai pengamal media terutamanya menggunakan blog ni. Korang pun boleh! Klik

-iLancee-


dan daftarlah sekarang. Chaiyok! Usaha tangga kejayaan. Wassalaam. :D

1 comment: