Kenapa Tudung Bawal Crepe Pilihan Remaja? - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Tuesday, October 13, 2015

Kenapa Tudung Bawal Crepe Pilihan Remaja?

tudung bawal, bawal crepe, tudung bawal crepe, bawal crepe murah, tudung bawal crepe murah

Kenapa Tudung Bawal Crepe Jadi Pilihan Remaja | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tahun demi tahun, dah bermacam-macam trend tudung silih berganti. Mula dengan tudung Ariani, Fareeda, instant shawl dan sekarang tudung bawal crepe.

Bagi aku, tudung Ariani dan Fareeda disukai sebab senang nak pakai dan nampak glamour untuk wanita dewasa. Sesuai untuk wanita korporat dan berkerjaya besar.Dengan coraknya, dengan berliannya. Masalah dengan dua jenis tudung ni adalah, harga dia yang mahal

Macam mana dengan remaja? Remaja pun ingin bergaya. Pergi kelas nak nampak lawa. Tapi, remaja suka tudung yang simple dan sesuai dengan gaya hidup aktif. Mereka tak perlukan manik bergemerlapan, yang susah nak jaga. Maka, tudung bawal crepe jawapannya.

bawal crepe, tudung bawal crepe, bawal crepe murah, bawal crepe terbaik, bawal crepe cantik
Pergi kelas dengan tudung bawal crepe yang tak banyak songeh. Ngeh ngeh ngehhhh...


Kenapa bawal crepe, bukan tudung bawal biasa? Sebab, banyak sangat kelebihan yang ada pada bawal crepe, tiada pada bawal biasa.

Kelebihan Tudung Bawal Crepe


  • harga yang jauh lebih murah daripada bawal biasa
  • material yang sangat senang dibentuk dan tidak berkelepet
  • menjimatkan masa sebab sangat senang hilang kedut apabila digosok
  • material yang selesa, tidak panas dan tidak merimaskan
  • tampak kemas dan cantik kerana warnanya yang menarik
  • tahan lasak kerana material yang tidak mudah rosak
  • sesuai dipakai dalam semua keadaan dan aktiviti harian
Paling penting sekali,

WANITA DEWASA PUN SESUAI PAKAI TUDUNG BAWAL CREPE JUGA!

Mula-mula aku tengok tudung bawal crepe, sebenarnya masih tidak jatuh hati. Bila dah nampak adik aku selalu pakai dan nampak cantik, rasa berkenan menusuk-nusuk dalam hati. Dia pun tak nampak kalut kalau kitorang nak keluar memana on the spot sebab dia tahu tudung dia senang je nak gosok. Senang je menjadi. Aku nih? Rungsing hoi fikir tudung buat perangai ke tak nanti. Huh.

Kalau dulu, siap berdoa lagi supaya tudung bawal tu terletak elok dan nampak cantik. Tak buat onar. Kini tidak lagi dengan adanya tudung bawal crepe pujaan hati. Hehehe


bawal crepe, tudung bawal crepe, bawal crepe murah, tudung bawal crepe murah
Remaja memakai tudung bawal crepe untuk sesi interview. Cantik terbentuk tudung dorangkan?

Cantik, anggun, dan comel pelajar dengan tudung bawal crepe ni kan? Simple, tapi menawan. Tanpa manik atau labuci still nampak karisma. Sebab tu orang kata, less is more. Tudung bawal crepe memang sesuai untuk gadis-gadis muda yang sukakan gaya hidup yang bebas, tapi masih in trend. 

Yelah, budak manalah suka nak gosok tudung yang penuh dengan manik tu. Leceh!

Dapatkan Tudung Bawal Crepe Murah Di Sini


Buat mereka yang mahukan tudung yang baik perangai, tak leceh, tahan lama, meh order bawal crepe ni. Macam-macam warna untuk korang pilih. Terang ada, pucat ada. Boleh kumpulkan semua warna tahu sebab harga dia pun murah sangat. Kalau korang beli Fareeda sehelai, dah dapat beli 30 helai bawal crepe ni tau.

Pilihan warna tudung bawal crepe


Harga Tudung Bawal Crepe di Mujadafewa dot My


Tudung Bawal Crepe Bidang 45 - RM10
Tudung Bawal Crepe Bidang 60- RM15
Pos Semenanjung- RM7
Pos Sabah/Sarawak- RM11

Apa yang murah sangat tudung bawal crepe ni??? Setiap warna ada sehelai atau 2 helai sahaja. Rugi kalau tak rembat awal-awal. Kot- kot kena rembat dengan orang lain nanti. Order cepat-cepat tahu. Kalau beli lebih daripada 5 helai, percuma pos. Best kan?

Whatsapp nombor 01126947035 untuk order. 


Wassalaam.

5 comments:

  1. hmm ok bnyk jenis tudung yang ada. saya surrender untuk hafal jenis jenis tudung ni haha

    ReplyDelete
  2. tudung bawal crepe ni pemakai akan nmpak muda gitu...:)

    ReplyDelete
  3. Bawal crepe memang senang. Nak iron pon senang. Hehe :D

    ReplyDelete
  4. gigihnyo mu edit nok wak prile jerawat aku hahahahaha

    ReplyDelete
  5. tapi bentuk dia macam keras tak flowy kan?

    ReplyDelete