Mendaki Bukit Keluang Itu Nikmat- Lepas Stress Pre-Exam - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, October 24, 2015

Mendaki Bukit Keluang Itu Nikmat- Lepas Stress Pre-Exam

bukit keluang, mendaki bukit keluang, bukit keluang besut, pantai bukit keluang
Papan tanda Bukit Keluang sebagai bukti. Kih3

Daki Bukit Keluang- Lepas Stress Pre-Exam Part 1 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Selalunya kita lepas stress selepas exam. Cliche sangat tu. Sebagai spesies manusia yang istimewa tak cliche sangat, kami perawalkan perlepasan stress dengan mendaki Bukit Keluang 3 minggu sebelum exam.

Haissyyy, dok taip entri pun tak tenang bila teringatkan exam lagi 3 minggu. 2 kertas pun macam nak putus nyawa gak tuh. Kih2

Bukit Keluang, Mendaki Bukan Lagi Pengalaman Biasa-biasa


Selama ini, aku cemburu tengok orang mendaki Gunung Everest, Gunung Kinabalu. Tak patut betul sebab Bukit Keluang yang sejengkal je dengan rumah aku ni pun tak kurang hebatnya. Sejengkal tu adalah dalam setengah jam dari rumah mertua aku aka rumah ma ayah Nik Nashram merangkap suami aku. Kalau dari rumah umi abah aku, adalah dalam sejam. Sejengkallah tu kan?

bukit keluang, pantai bukit keluang, mendaki bukit keluang, pemandangan bukit keluang
Sedihnya dia bila iPhone dia tak de. So berSamsunglah anda. Kah3

bukit keluang, pantai bukit keluang, pemandangan puncak bukit keluang, puncak bukit keluang
Friendship forever. Promise?

Ideanya memang terlampau mengejut oleh Saudari Nadiah dengan Saudari Wahafizah. Jadinya, Saudara Bahij yang dah beli tiket nak balik Kedah pun terus sedih sebab tak boleh join. Yelah, tiket dari Kelantan ke Kedah bukan murah bagi pelajar macam kitorang ni. Makanya, makan hatilah beliau. Hanya mampu melihat gambar-gambar dalam group Whatsapp Tesl 2. Kih3

bukit keluang, mendaki bukit keluang, pantai bukit keluang, puncak bukit keluang
Yeahhh! We made it!

bukit keluang, pantai bukit keluang, puncak bukit keluang, mendaki bukit keluang
Nak rehat kat pondok ramai orang. Wefie jelah.

Sebagai kakak sulung, tak sanggup tengok adik-adik melangut tak tahu nak buat apa di hujung minggu, dengan senang hati aku ajak Huda dan Hana untuk join program tidak rasmi kitorang ni. Huda yang takut jalan sengsorang tu, ajak pula kawan di Si Hawa untuk teman dia. Jadi, akulah peserta yang paling banyak bawa adik hari tu. Pedulikanlah nak kena perli ke ejek ke pastu. Kih3
bukit keluang, mendaki bukit keluang, pemandangan di puncak bukit keluang, pantai bukit keluang
I am the Queen of the world!


bukit keluang, pantai bukit keluang, puncak bukit keluang, pemandangan di puncak bukit keluang
Enjoying myself to the fullest.

Mendaki Bukit Keluang Sebagai Gaya Hidup Sihat


Dulu aku pernah daki Gunung Tebu dan Gunung Tahan, sekarang aku turun pangkat sikit. Panjat pula Bukit Keluang yang terletak di Besut, Terengganu nih. Walaupun bukit je namanya, lelah dia tu boleh tahan. Nasib baik aku pandai cover. Kalau tak, mahu terjelir lidah menahan penat. Dengan curam, akar, orang ramai. Hana yang tak de asma pun lelah macam hapa nak habis panjat. 

bukit keluang, pantai bukit keluang, mendaki bukit keluang, pemandangan puncak bukit keluang
Hana can do it!

bukit keluang, pantai bukit keluang, pemandangan di puncak bukit keluang, mendaki bukit keluang, pendakian bukit keluang
I told you. :P

Sebenarnya, aku risau tengok saiz badan adik bongsu aku yang sorang ni. Dia sebenarnya kuat dan sanggup je aktif kalau dia diberi peluang. Tahun ni, dia masuk bola tampar dengan bola baling. Kalau ajak workout, dia tak bagi banyak alasan. Dia nak je. Cuma kena ada yang ajak jadi pendorong. Aku harap kami istiqamah dengan gaya hidup aktif macam ni. Yeahh! Misi kurus 2016 insya Allah.

Pemandangan Indah di Puncak Bukit Keluang


Satu hal tentang mendaki ni, kepuasan hati yang sangat tak boleh bayang bila dah sampai puncak. Dengan pemandangan indahnya, dengan ketinggiannya, terus rasa dunia ini ana yang punya! Rasa berbaloi biarpun nafas tercungap-cungap. Dengan nak support adik aku yang nak putus asa peringkat awal lagi. Huhu. Aku cukup bangga dengan Hana hari tu sebab dia dah tunjuk yang dia mampu. :')

mendaki bukit keluang, puncak bukit keluang, pemandangan di puncak bukit keluang
Jerebu yang mengganggu. Sedih tak nampak langit membiru.

papan arah di puncak bukit keluang, puncak bukit keluang, bukit keluang, pantai bukit keluang
Kalau aku, aku nak pergi Tokyo. Kah3

Dulu, kami sekelas pernah datang ke Pantai Bukit Keluang untuk program Bina Insan Guru kalau tak silap. Pergi sana pun sekadar buat aktiviti tepi pantai, bina istana pasir, main straw, ramai-ramai dengan kelas lain. Agak tak mencabar. Tak cukup lagi nampaknya, kami cukupkan dengan kedatangan kali kedua kali ni untuk mendaki Bukit Keluang pula. Khas untuk kelas kitorang je.

mendaki bukit keluang, bukit keluang terbaik, bukit keluang besut, pemandangan puncak bukit keluang
So, where is next?

bukit keluang, pantai bukit keluang, mendaki bukit keluang, pendakian bukit keluang, bukit keluang besut terengganu
We are all ready for next adventure!

Tak de pengalaman dalam hidup ni yang tak berharga. Mungkin sebab tulah kitorang suka sangat ambik gambar. Kalau dulu, nak ada kamera sebiji punyalah susah. Umilah yang cerita. Sekarang, dalam jerebu pun, kitorang gagahkan juga naik bukit ni dan ambik gambar. Boleh juga bakar kalori banyak-banyak walaupun lepas tu akan topup balik dengan lebih banyak lepas turun bukit nanti. Kih2

bukit keluang, mendaki bukit keluang, pantai bukit keluang, trekking bukit keluang, bukit keluang besut
Anak Pak Cik Mail boleh!

bukit keluang, pantai bukit keluang, mendaki bukit keluang, trekking bukit keluang, panjat bukit keluang
This is Girl Power!

bukit keluang, pantai bukit keluang, mendaki bukit keluang, pendakian bukit keluang, trekking bukit keluang
Di saat orang lain tiada kelihatan.

bukit keluang, pantai bukit keluang, pemandangan bukit keluang, trek pendakian bukit keluang
Eh, pokok tu cantik.

bukit keluang, pantai bukit keluang, pemandangan bukit keluang, mendaki bukit keluang
Kalaulah abbang ada.. Pakai baju abbang sebab rindu abbang.. I wish you know..

Walaupun aku Kelantanese sejati, keindahan kawasan pantai di Terengganu tidak boleh dinafi. Bukan di Bukit Keluang saja, Pantai Air Tawar yang aku pergi hari tu pun best jugak. Jiran je Pantai Air Tawar dengan Pantai Bukit Keluang ni. Dua-dua kat Besut. Besut ni dah macam negeri Kelantan. Semua cakap dialek Kelantan. So, kira aku anggap negeri aku pun tak pelah kan?

Pasni aku sambung lagi entri Bukit Keluang ni ye.

ps- Satu je pesanan aku, sebelum daki bukit, stretching kaw kaw dulu. Cramp kat atas nun, tak larat nak bawak turun. Wassalaam. 

1 comment: