Salaam Maal Hijrah dari Mujadafewa.My - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Wednesday, October 14, 2015

Salaam Maal Hijrah dari Mujadafewa.My

Salaam Maal Hijrah dari Mujadafewa.My | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sedar tak sedar, hari ini sudah memasuki tahun baru dalam takwim hijrah. Sedar tak sedar, azam tahun lepas macam banyak yang tak tertunai. Hmm.

Tak pe. Everyday is a new day. Every year is a new year. Chilllah. :)


1 Muharram 1437 Hijrah.
Selamat Tahun Baru semuanya.

Semoga tahun baru ini akan menjadi tahun yang lebih baik untuk kita berbanding tahun sebelumnya.
Semoga kita menjadi hamba Allah yang lebih bertakwa
Semoga kita beribadah kepada Allah dengan berlebih-lebihan
Semoga kita berupaya membaca Quran berbanyak-banyakan
Semoga kita berjaya menjadi pasangan yang membawa ke Jannah
Semoga yang rasa dah lama membujang dapat pasangat terbaik 
Semoga kita mencapai target dan impian yang dihajati 
Semoga kita dikurniakan rezeki yang melimpah ruah
Semoga rezeki yang dikurniakan menjadikan kita Muslim yang lebih berkualiti
Semoga kita boleh bersedekah dengan frekuensi yang lebih tinggi

Amnya, semoga kita menjadi lebih baik dalam setiap aspek kehidupan seorang Muslim pada tahun ini dan yang akan datang. Insya Allah. :)

3 comments:

  1. waalaikumsalam, salam maal hijrah buat Muja juga, Amin...Ya Rabb :)

    ReplyDelete
  2. Salam ukhuwah ... salam maal hijrah muja .

    ReplyDelete