Spa Kecantikan Best di Kelantan- Baiduri Beauty & Spa - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Friday, October 16, 2015

Spa Kecantikan Best di Kelantan- Baiduri Beauty & Spa

spa kecantikan kelantan, kelantan beauty spa, baiduri beauty & spa, spa kecantikan best di kelantan
Jom pergi spa? :)

Spa Kecantikan Best di Kelantan- Baiduri Beauty & Spa | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Memula sekali, sorry sangat sebab gambar dalam entri ni maybe tak cantik sangat sebab suasana dalam spa memang gelap sikit untuk efek tenang. Kalau terang-terang sangat, mata pun jadi letih. Macam tak bermaknalah pulak pergi spa ye dak?

Pergi Baiduri Beauty & Spa, Wakaf Che Yeh Sebelum Kahwin


Macam biasa. Peristiwa ni dah berlaku berbulan lepas. Sebelum aku kahwin lagi. Better late than never orang kata. Nak dijadikan cerita, sebab aku ni jenis suka tiru orang, aku pergi spa sebab orang lain pergi spa sebelum dorang kahwin. Nak kasi naik seri katanya. Mmm. Maybe sebab ramai benar kata aku cantik masa kahwin. Tak tahulah niat dorang tu nak dapat doorgift lebih ke hape. Kih3

baiduri beauty & spa, spa kecantikan kelantan, spa best di kelantan
Macam-macam untuk anda.

Aku pergi spa ni dalam seminggu sebelum majlis. Sembunyi-sembunyi je sebab tak nak kasi abah marah. "Nak gi spa buat gapo diyo gak?? Comey doh nyo." Kan ke terganggu proses kalau jadi macam tu? Sekali je pun. Aku gagahkan juga pergi sorang diri. Nak ajak orang takut orang tu bosan sebab nak habiskan segala mak nenek makan 3 jam jugak.

Pakej Perkahwinan di Baiduri Beauty & Spa


Facial dan urutan badan


baiduri beauty & spa, spa kecantikan di kelantan, rawatan facial kelantan

Aku ni sebenarnya tak ingat dah pakej macam mana yang aku ambik. Seingat aku, pakej tu termasuklah urutan badan, facial, pedicure, manicure, mandi bunga, sauna, dan basuh rambut. Dalam MR200 gitu harga dia. Bagi aku sangat berbaloi sebab banyak sangat servis yang dia bagi.

Masa mula melangkah masuk tu, alahai muzik dia. Membuai sungguh. Sesuailah dengan konsep spa yang mengutamakan ketenangan. Lepas tu, dia akan bagi macam kain batik dan bra sementara (dah macam bra pakai buang pun ada). Malu pulak rasa di hati. Ekekeke.

Mulah proses urutan badan. Sesedap rasa adik tu raba aku. Memula layan borak dengan dia. Tak lama lepas tu, kroooh.. Aku harap aku tak berdengkurlah masa berlayar ke alam mimpi tuh. Pastu buat facial nak buang semua serba serbi makhluk asing kat muka.

Tapi, yang macam teruk sangat, masih tak membaik, dia tak buang sebab aku pergi spa lewat sangat. Dia takut lubang still tak hilang masa majlis. Buruk mekap tu nanti. Jadi, mohon pergi buat facial dalam sebulan sebelum majlis kahwin.

Sebenarnya aku lupa aku kena urut ke facial dulu. Bangun-bangun je dah siap sekali dengan pedicure dan manicure. Perghhh!!! Tak sedar beb. Betapa syoknya! Hahaha

Rawatan Sauna


baiduri beauty & spa, spa kecantikan di kelantan
Kerusi untuk sauna.

Lepas tu, duduk pulak atas kerusi untuk sauna. Seksa jugak nak habiskan sesi menyaunakan diri nih. Panas hoihh. Menjejer tak hengat peluh keluar sekali dengan bahan kumuh toksik bagai. Dia letak herba sekali kot. Entahlah. Aku main ikut arahan je. Dia suruh duduk aku duduh la.

Mandi Bunga


spa kecantikan terbaik kelantan, baiduri beauty spa
Tub mandi yang best! :D

Aku ingatkan mandi bunga ni untuk perempuan yang lambat jodoh. Rupa-rupanya, orang yang dah nak berjodoh pun kena mandi bunga. Bath tub besar dia ni best sangat. Penuh dengan bunga. Tak kurang 7 jenis jugak dorang taruk. Minyak macam-macam jenis pun aku syak dorang curah sekali.

baiduri beauty & spa, spa kecantikan terbaik di kelantan
Letih je boleh rehat sini.

Harum tahap rasa tak nak keluar dari tub. Tapi kalau nak tinggal dalam bath tub tu, masalah jugak kan? Bila dah rasa 'Ye, aku kena paksa diri keluar.', datanglah Kak Maz yang peramah tu bacakan doa untuk aku. Doa naik seri pengantin katanya. Siap mintak nama ibu. Risau jugak memula. Tapi, doa dalam Quran je. Supaya aku tak sakit-sakit badan lepas berurut tu.

Rawatan Rambut


spa kecantikan best di kelantan, baiduri beauty spa
Impian menjadi kenyataan. Kih3

Akhir sekali, rawatan rambut pulak. Takut jugak kalau pengalaman suami aku pertama kali tengok rambut aku menjadi pengalaman ngeri. Jadi, rawatan rambut pun aku buat sekali. Mana tahu boleh jadi cantik macam rambut Rapunzel. Keh3

Dia just basuh rambut pastu masuk dalam mesin besar atas kepala tu. Hari tu memang macam impian menjadi kenyataan. Dah lama kot aku nak try masukkan kepala dalam mesin tu. Nak tengok terbakar ke tak. Tak terbakar rupanya!!! Alhamdulillah lega. :)

Testimoni Aku Pergi Spa


spa kecantikan terbaik kelantan, baiduri beauty spa
Bersusu produk kecantikan untuk dimiliki.

Hey future brides! Future groom! Your wedding is so special! Perhaps once in a lifetime experience. Jadi, go for the best. Kalau ada bajet, pergilah berurut dan buat facial. Kalau pergi spa boleh buat korang rasa cantik rasa lawa macam pakai NV, mohon pergi. Sebab aku mengaku memang best.

Spa time is the time for you girls. Memang lega segala urat.  Lepas majlis kahwin seharian pun bertenaga lagi. Kul 5 petang tu gerak pulak ke Beris Lalang untuk outdoor photoshoot. Menyesal pulak tak pergi dua or tiga kali sebelum kahwin. Mungkin akan lebih gagah perkasa. Ehem.. ;)

Hubungi Baiduri Beauty & Spa


Baiduri Beauty & Spa ni terletak di bangunan Ariani, Wakaf Che Yeh, Kelantan. Kalau korang nak pergi, boleh buat temujanji dengan Kak Na yang sangat friendly di nombor 019-9108009. Jangan risau. Beliau makan nasi dengan makanan asasi manusia yang lain je. :)

-------

Setakat ni jelah kot. Pergi spa tau. Manjakan diri korang buat kali terakhir sebagai seorang yang bujang. Satu lagi, kalau korang nak dapatkan panduan kahwin, boleh klik --

-Panduan Kahwin Muda dan Kaya-


Semoga korang dapat yang terbaik. Insya Allah.

ps- lepas dah selesai rawatan rambut, aku memang kelaparan. 1 percent je lagi nak jadi mangsa kebuluran. dihulurnya biskut. aku makan je sampai habis. peduli hape. dah dia bagi. agagaga

Wassalaam.

2 comments:

  1. MENARIK PENGALAMANNYA TU MESTI CANTIK BERSERI NAIK PELAMIN SETELAH BERSPA DULU...

    ReplyDelete
  2. nampak menarik...Sally pernah jugak review satu spa...kualiti dia pun bagus dan tenang je...hbs masa dalam 5 jam sbb dia bg try semua benda :D

    ReplyDelete