Cara Mengurangkan Berat Badan: Cara Memperbaiki Leptin Resistance - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, November 26, 2015

Cara Mengurangkan Berat Badan: Cara Memperbaiki Leptin Resistance

Cara Mengurangkan Berat Badan- Cara Memperbaiki Leptin Resistance | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Setelah tiga artikel mengenai leptin sudah aku tulis 2 tahun yang lalu, hari ni masa untuk artikel keempat yang merupakan artikel paling penting iaitu cara untuk kita membaiki Leptin Resistance (Apa itu Leptin Resistance). Paling penting, kita elakkan faktor penyebab leptin resistance dulu. Jangan lupa baca 3 keadaan leptin dalam badan.

leptin, leptin resistance, cara kurangkan berat badan, cara atasi leptin resistance
Yup, pakailah tudung bawal bunga-bunga untuk lebih semangat bersukan.


Memperbaiki Leptin Resistance dengan Cara Mengawal Pemakanan.


1. Makanan Yang Harus Diambil

  • Protein dan lemak sihat seawal pagi untuk kenyang lebih lama. Kalau boleh, sejurus bangun tidur. Ini akan menjadi bahan untuk memproses hormon. Contoh protein, telur hancur dan daging. Contoh lemak sihat, kelapa, minyak kelapa, buah avokado, mentega, kekacang dan lemak haiwan.
  • Omega-3 seperti ketam, ikan, udang, walnut, sardin, ikan salmon, ikan kod, benih chia, daging lembu organik, 
  • Zincsumber mineral utama yang memperbaiki sistem imunisasi kita dan pada masa yang sama membantu untuk membolehkan leptin berfungsi pada tahap yang optimum.makanan laut, daging kambing, daging lembu, kacang, gajus, gandum, bayam, labu, ayam, koko

2. Makanan Yang Harus Dielak (Dikurangkan)

  • Gula dan fruktos- minuman manis, kek
  • Bijirin dan lectin- oat melekat pada leptin receptor menyebabkan otak tidak menerima isyarat kenyang daripada leptin.
  • Makanan proses- Hapuskan toksin daripada hidup kita kerana ia memberi tekanan pada badan. 
  • Omega-6 - minyak sayuran, daging proses, bijian untuk menyelakkan keradangan dan membantu mengekalkan tahap leptin yang sihat.

3. Rancangan Pemakanan

Mengelakkan daripada memakan makanan yang menyebabkan radang adalah sangat penting kerana keradangan mengganggu fungsi leptin dalam badan. Protein C-reaktif ialah bahan yang terhasil daripada keradangan yang menyebabkan rintangan Leptin.

Jangan makan secara berterusan untuk mengelakkan daripada hati dan hormon terpaksa sentiasa bekerja. Jarakkan 4 jam antara waktu makan. Jangan makan dalam 4 jam sebelum tidur. Jadi, kalau tidur pukul 10, waktu makan terakhir adalah sebelum pukul 6 petang. Ini termasuklah minuman berkalori tinggi. Teh herba, air, kopi atau teh tanpa gula dan krim dibenarkan.

4. Pengurusan Stress atau Tekanan

Ramai yang boleh dikatakan gagal dalam pengurusan stress. Tekanan yang tidak terkawal menyebabkan peningkatan tahap cortisol yang menyebabkan peningkatan selera makan yang menjurus kepada pengambilan makanan yang berlebihan. Cortisol kemudiannya akan mengganggu fungsi leptin lalu menyebabkan badan kurang sensitif kepada leptin.

  • Tidur sebelum pukul 10 malam tanpa alasan.
  • Keluar rumah dan berjalan-jalan. Paling baik kalau berjalan kaki ayam pada waktu tengah hari.
  • Jangan bersenam dulu. Bagi masa untuk badan sembuh beberapa hari. Kemudian, tambahkan senaman pada waktu petang, elakkan waktu pagi untuk membantu hormon. Apabila mula bersenam, buat angkat berat, berjalan atau berenang. Jangan buat kardio semata-mata kerana ia memberi tekanan kepada badan. Angkat berat dan senaman intesiti tinggi amat baik untuk membuatkan hormon bekerja tanpa tekanan berbanding kardio berlebihan. Kita akan merasai kesannya lebih beberapa minggu.
cara kurangkan berat badan, cara perbaiki leptin resistance, leptin resistance, leptin
Kalau suami aku tak percaya aku memang workout, bolehlah luku dia berjemaah lepas ni. 

Menyelesaikan masalah rintangan Leptin ini tidak seharusnya menjadi sebuah usaha yang menjemukan dan menakutkan. Ia merupakan salah satu penyebab berat badan tidak turun. Dengan beberapa perubahan kecil dalam cara kehidupan, kita akan mampu mengawal fungsi leptin dalam badan yang akan membolehkan kita menjalani kehidupan yang lebih sihat di masa akan datang.

ps- tahun depan nak join gym kat kawasan Taman Tengku Anis, Pengkalan Chepa selama 3 bulan. ada tak yang nak join workout berjemaah?

Wassalaam.

No comments:

Post a Comment