Aku Sebagai Isteri Macam Isteri Lain Juga - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Tuesday, December 22, 2015

Aku Sebagai Isteri Macam Isteri Lain Juga

Aku Sebagai Isteri Macam Isteri Lain Juga | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku kahwin 5 Jun 2015 and till this date, i have become one for dalam 8 bulan. It is not easy. It is never easy. It takes a lot of effort, more sacrifices. Aku anak sulung. I am too used to having people listening to me. Aku tak biasa dengar arahan orang. Selalunya, aku yang mengarah, aku yang decide. Aku yang control. Aku yang boleh cakap macam-macam for my siblings. They depend on me a lot.

Smile when facing problems. It helps a lot.

One more thing, aku terlalu biasa dengan mendapat semua yang aku nak kalau aku rasa benda tu aku sepatutnya boleh dapat. Abah umi selalu bagi everything that i need even with a little conflicts at first, aku still akan dapat. Aku pernah tak dapat kasut sukan untuk main basketball sebab umi rasa kasut tu mahal, and it still hurts till today. Tidak dapat sesuatu yang aku nak memang beri kesan berat dalam hidup aku. Aku akan ingat how frustrating, how hurtful it feels.

Yup, I call it an ego. Ego yang tercalar berat setiap kali aku tak dapat apa yang aku idamkan, usahakan, yang aku kehendaki. After being married, things have changed. I  have lost the control. Apa-apa aku nak, tak boleh mintak dengan my parents, but husband. The fact is, my husband is not them. They are different. Arahan suami dah macam arahan daripada abah, umi dan cikgu. Aku sebagai isteri wajib buat, aku kena buat, walaupun aku tak reti nak buat, tak boleh nak jadi.

I should even defy my parents kalau they go against my husband when he still is on the right track of Islamic teaching. Hopefully, aku takkan pernah berada dalam keadaan kena memilih antara kedua-duanya. It would be terrible. Aku takkan tahu nak buat apa. Nak keluar rumah setapak pun rasa berdosa kalau tak mintak izin. How much wives have done to adapt as being a wife. Nobody knows. Aku nak jadi wife that never objects but aku rasa this big tension and pressure rumbling in me.

Nikmati setiap saat menjadi isteri. :)

Aku selalu terbaca tentang ciri-ciri isteri yang baik seperti Siti Khadijah dan rasa ingin menjadi seperti beliau tapi tidak mampu. Yang sentiasa do the best for her husband. Lastly, rasa berdosa sebab aku tak mampu. Yup, inilah dilema setiap isteri rasa. Aku pasti. Alhamdulillah, suami memahami. Tolong aku memasak sebab aku tak pakar. Bagi aku shopping kalau aku rasa nak shopping. Pernah tolong basuhkan kereta. Tak sambung merajuk kalau aku start buat hal. :)

Aku cuma nak stresskan kat sini. Wanita adalah makhluk yang tidak akan dewasa. Tapi, wanita yang menjadi isteri berusaha keras untuk suami yang dicintai. Berusaha untuk buat semua benda yang suami minta. Jadi manusia yang suami nak. Mungkin suami tidak nampak. Percayalah, banyak benda yang dia nak, dia tak dapat. Banyak benda dia nak mengaku, tapi dia malu. Banyak benda yang dia tak nak buat, dia masih buat. Banyak benda yang dia tidak puas hati, dia simpan dalam hati.

Mungkin kadang-kadang, kekurangan terserlah. Air mata mengalir, muka tak seindah, suara tak semerdu. Tapi, percayalah. Dia dah lakukan yang terbaik semampunya. Apa lagi yang lebih menyakitkan daripada meninggalkan keselesaan rumah sendiri untuk bersama suami? Meninggalkan ibu bapa yang sentiasa berikan yang terbaik untuk hidup dengan suami? Melahirkan zuriat untuk suami walaupun mungkin melayang nyawa sendiri? Betapa berharganya suami pada dia. Hargailah..

Lastly, thank you husband for your patience in me. Dengan all my bad habits, my cengeng, my tears, annoying, you still be there as my husband. Sentiasa bagi masa untuk saya adjust dengan situasi. Saya tahu abang pun banyak tolerate dengan saya and i thank you a lot for everything you have done. I love you till Jannah insya Allah.. :)

Love till Jannah. :)

4 comments:

  1. mcm tu jugak saya. dah 6 tahun nikah.. up n down. yg penting saling tolak ansur.. hii

    ReplyDelete
  2. semoga dapat jadi isteri solehah. tolak ansur sangat penting dan dedua kena banyak2 sabar

    ReplyDelete