Berbuka Puasa di Hotel Ridel-First Time Berbuka Puasa Dengan Famili Plus Husband - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Wednesday, December 16, 2015

Berbuka Puasa di Hotel Ridel-First Time Berbuka Puasa Dengan Famili Plus Husband

Berbuka Puasa di Hotel Ridel-First Time Berbuka Puasa dengan Famili Plus Husband | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Astaghfirullahalazim. Dah nak abis tahun lagi dua minggu baru nak update bukak puasa sesama dengan family and suami for the first time! Insaflah Muja hoiiihh. Dah jadi isteri pun still suka practise procrastination. Grr!!!






Aku tak suka sangat simpan gambar dalam laptop. Berat laptop jadinya. Biasanya, aku akan update blog so that aku boleh upload gambar beserta dengan bercerita pasal gambar tu sekali. Lebih bermaknakan? Disebabkan aku ternampak gambar-gambar ni, terupdate juga entri berbuka puasa di Hotel Ridel bulan puasa yang lepas. Moga masih ada yang sudi baca. Kih3


Sebab aku nak berterima kasih kepada famili aku yang dah bersusah payah untuk persiapan perkahwinan aku, aku belanjalah diorang pada hari terakhir puasa tahun ni. Nak duduk semeja tahun ni juga. Lama nak tunggu tahun depan. Aku nak berbuka puasa dengan famili aku plus my newly wedded husband. Sesuai sangatlah dengan husband yang dirindui baru balik ke Kelantan dari Johor.


Sehari sebelum tu, buka puasa di rumah mertua.  Survey punya survey, pakej berbuka puasa di Hotel Ridel paling berpatutan. Memang murah. Total untuk 9 orang makan, habis RM200 lebih je untuk 5 jenis lauk. Spesifiknya tak ingat dah berapa. Paling reasonable dengan poket aku. So, aku on jelah. Abah umi paling suka. Parents mana tak suka anak dorang belanja sekali sekala.


Hotel Ridel ni terletak dalam bangunan kedai di tepi sungai tau. Kalau datang dari bandar Kota Bharu, pergi je stret ke arah sungai dan belok kiri apabila sampai di tepi sungai. Landmarknya, Masjid Muhammadi. Senang je jumpa. Cuma kitorang keliru sebab sungai tu je la. Ingatkan tak boleh pergi stret dah bila nampak sungai. Nasib baik sempat jumpa sebelum berbuka. Kih3


Aku rasa Hotel Ridel best. Makanan sedap, layanan okay. Nak solat pun senang. Surau bersih. Ada air-condition lagi.



Alhamdulillah, rezeki aku dengan blogging agak memberangsangkan. Bila ada rezeki lebih, memang terasa nak berkongsi dengan famili. Sekali sekala jela. Tak mampu nak tiap hari. In my heart, i just hope that my family can feel happy because of me and i want them to know how much i love them. I love you all. 

Muahhhssss.....

ps- looking forward to in the days where i have you in them, husband.

2 comments:

  1. pasangan suami isteri cikgu/cikgi yg cantik sepadan ni.

    ReplyDelete