Billah Coffee Pasir Puteh- Minuman Perisa Paling Sedap di Kelantan - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Monday, December 14, 2015

Billah Coffee Pasir Puteh- Minuman Perisa Paling Sedap di Kelantan

Billah Coffee Pasir Puteh- Minuman Perisa Paling Sedap Di Kelantan | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tajuk aku macam good good je kan tapi honestly, this is an honest opinion from me tau. Asalnya, adik aku Huda yang addicted dengan Billah Coffee Green Tea. Dok merengek suruh bawak dia pergi beli. Aku sebagai kakak penyayang, terpaksalah bawak kereta dari Selising ke bandar Pasir Puteh semata-mata nak belikan minuman kegemaran dia nih.

Excited lebih bila dapat Billah Coffee

Billah Coffee- Kopi Sedap Menenangkan Hati


Masa kecil, aku tinggal dengan cek dan mok (atuk dan nenek). So, dari kecil lagi, aku memang suka minum kopi sebab nenek aku selalu buatkan kopi untuk kitorang. Dalam kesejukan angin pagi, duduk kat beranda, makan biskut kering cicah kopi hitam pekat manis panas berasap. Perghhh!! Nikmat dunia sungguh. Memang sedaplah. Kopi oldschool. Tambah gula je. Tak tambah susu. Memang best! Tak de lagi yang boleh lawan sedapnya kopi mok aku buat sampai sekarang. Al fatihah. T_T 

Siapa nak? Datang Pasir Puteh! :D

Sekarang, kopi dah banyak variasi. Bila orang makin kreatif, kopi pun dah macam-macam cara dorang sediakan. Mula dengan gula digantikan dengan susu pekat manis. Pastu, kopi dalam uncang. Yang latest, kopi dengan pelbagai perisa macam Billah Coffee. Nama pun dah menarik minat aku untuk mencuba minuman berperisa ni. Banner pun cute. Billah, Dengan Allah. Maksud gempak. :D

Posing sementara Huda buar order. Heee

Bagi aku, Billah Coffee sedap sebab diorang tak kedekut ramuan. Perisa banyak, susu banyak, air pun banyak. Cukup sedap, manis, berlemak. Pembuat air pun manis berkopiah. Senyum je. Tak teragak-agak nak beli. Tambah sedap pulak kopinya.

Model tak berbayar Billah Coffee


Antara Perisa Minuman Sedap Billah Coffee



  1. Milk Tradisional Coffee 
  2. Milk Tea 
  3. Green Tea Cocoa 
  4. Lemon Tea 
  5. Red Lemon Soda 
  6. Fresh Milk Caramel 
  7. Red Milk 
  8. Chocolate 
  9. Cocoa, Milo, Ovaltin 
  10. Yogurt 
  11. Cappucino 

Favourite aku mestilah Fresh Milk Caramel. Sedap sangat!!! Terutama peminat susu macam aku nih. Lemak berkrim weh. Billah Coffee menyediakan minumannya dalam plastik. Dalam plastik tu, ada kertas keras supaya senang nak letak minuman. Tak payah sandar kat mana-mana. Tak payah cari gelas. Letak je. Tak jatuh. Tak de la air tertumpah ke hape. Senang kerja. :D

Dorang nilah yang nak sangat.

Landmark Billah Coffee, Pasir Puteh

Billah Coffee bukan tempat minum macam Setabak ye. Tak de tempat duduk untuk melepak. Boleh take away je. Gerai Billah Coffee terletak betul-betul depan Pasir Puteh Plaza. Tepi jalan je. Senang sangat nak jumpa. Seberang jalan Pasir Puteh Plaza pula, ada Zaleha Textiles. Waze je. Confirm jumpa. Kalau korang ada kat Pasir Puteh, Kelantan, aku suggest sangat korang try Billah Coffee. 


Entri untuk Billah Coffee ni bukan entri berbayar. Saja nak share dengan korang pasal minuman best macam ni. Lagi satu, aku kagum dengan orang yang ada idea untuk buat gerai macam ni. Senang, jimat, tapi menguntungkan. Aku harap entri ini akan membantu pemilik Billah Coffee yang sudah berjaya mengukir senyuman untuk aku dan famili dengan kesedapan kopinya. 

Tq Billah Coffee! :D

No comments:

Post a Comment