Cinta Monyet Pelbagai Zaman Sebelum Kahwin - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Monday, December 21, 2015

Cinta Monyet Pelbagai Zaman Sebelum Kahwin

Lelaki dan Cinta | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Macam korang semua, sebelum aku kahwin pun, aku ada melalui beberapa kisah cinta monyet dan beruk. Ada yang orang start dulu. Ada yang aku start dulu. Ada yang tepuk berbunyi, tak berbunyi. Ada yang tepuk dua belah tapi bunyi slow. Ada yang bila tepuk je, bunyi nyaring. Ada yang terluah, ada yang tak terluah.


Ceh, bebajet playgirl lak aku. Menyesal pun ada sebenarnya. Rasa macam curang sebelum kahwin. Yelah, ramai orang berhajat untuk jadikan suami dia cinta pertama. Sorry husband. So, aku nak share dengan korang antara kisah puppy love yang aku ingat. Yang aku ingat ni kira special la. To all my exes, kalau rasa korang masuk dalam list, sila bangga. Kah3!

Zaman sekolah rendah

Masa tu aku budak baru. Macam hot tak hot jugak la sebab baru darjah 1. Selalu gaduh dengan sorang budak ni. Pastu, tah cemana, dia terberitahu adik aku, dia suka kat aku. Siap bagi surat, frame gambar bentuk love. Mak ayah dia selalu datang klinik umi. Lololoo. My sweet childhood. Kah3

Zaman sekolah menengah

Yang paling obses, so aku mestilah tulis panjang sikitkan? Obsesi aku kat dia memang tahap mengerikan. Banyak persamaan kami,rumah sukan, persatuan, pengawas, kelab sukan. Daripada budak lembek, sanggup aku usaha jadi pemain bola keranjang sebab nak selalu datang padang nak tengok dia training. Aku juga perlukan latihan fizikal sebab nak jadi atlet sebab dia atlet. Sampai pecah rekod. Keluar je dari asrama, berjalan pergi kelas, mata aku cari dia. Dari tingkatan 1 sampai tingkatan 4, macam tulah aku. Then dia tamat sekolah, aku still sama sampailah aku kahwin.



Walaupun aku susah nak lupakan dia, aku berhenti berharap apabila aku tahu dia dah ada girlfriend lepas keluar sekolah. Girlfriend dia, kawan anak sepupu aku. Gf dia memang benci gilerlah kat aku. Duk kutuk aku depan bf dia, tapi ditakdirkan bf dia tu dok bekap aku. Tu yang lagi tacim budak tu. Suatu malam, the boy call aku then cakap tak nak ada apa apa connection. Dalam blog ke frenster ke, facebook ke. Aku tacim gilos! Sebab serasa aku tak de pun aku dok menggedik kat social media.

Aku juga ada connected dengan gf dia yang bangsa Cina. Rasanya sampai sekarang dia tak tahu aku menyamar jadi lelaki sebab nak contact dengan dia. Giler tak gilernya aku. Lepas dia keluar sekolah, The boy ada datang UM nak jumpa aku. Tapi aku tak turun dari asrama. Yelah, lepas dah warning kita macam-macam, boleh pulak nak jumpa?? Biarlah. Tak perlu dah. Then, lepas beberapa kisah, still tak boleh nak move on. Rupanya Allah nak bagi yang terbaik untuk aku. :)

Zaman Universiti

Melalui SMS

Masa pinjam hp mak saudara aku, kenal dia. Adik aku tak suka. Selalu kutuk dia depan umi. Siap bagi cincin sebelum aku pergi UM. Tapi bila dia dah masuk USM, dan kenal yang namanya perempuan, mula nak mencurang.  Putus banyak kali, lastly, aku mintak lagi. Dia setuju. The end.

Melalui Yahoo Messenger

Biasalah zaman memuda, baru kenal teknologi. Pastu, ada bf online. Ada sorang tu, aku jumpa kat Mid Valley. Siap bawa escort 4 orang kawan. Baru jumpa first time dah nak mencuit. Tengok pelik kat kawan aku. So, balik tu aku tak mesej dah. Dia marah. Aku cuba gak pujuk-pujuk ayam. The end.

Zaman Institut Pendidikan Guru

Melalui program wataniah

Yang paling shitty. Aku kengkonon suka dengan Si A. Annoyed dengan Si B. Habis program, Si A hilang. Si B masuk line. Cinta matilah konon. Tetiba, tak contact. Mintak putus tak nak. Sampailah perampas call baru tahu je perkara sebenar. Lepas aku tunang, dia ada contact balik. Siap cakap baru tunang, tak kawin lagi. Giler tak giler. Slumber dia cakap macam tu! Then, aku kahwin.The end.

Melalui blogging

Sebelum dengan my husband, ada juga history dengan few. Bukan cintan cintun pun. Suka dari jauh. Ada yang macam nak semua perempuan. Ada yang main tarik tali. Ada juga yang slow. Sampailah Nik jumpa aku dekat Facebook sebagai blogger.



Jumpa sekali dekat kfc. Aku pakai baju warna kuning dari Form 2. Dia pakai baju biru. Dia tak makan kulit ayam. Esoknya, dia datang rumah jumpa umi abah. Lepas tu keluar beberapa kali. Merisik, bertunang, berakhir sebagai suami. Insya Allah sampai Jannah.

Sekarang, aku ngan Nik masih mencipta kenangan sesama. Yelah, tak kenal lama terus kahwin kan. Ada manis, ada pahit, manis. Payau pun ada. Tapi variety tulah yang menarik kan? Yang penting dia paling ikhlas, paling berusaha, paling nakkan aku. Sekarang, aku pula yang terlebih-lebih nak kat dia. Kah3 :)

----

Perempuan, dia takkan lupa setiap yang pernah singgah di hati. Cuma, ada seorang yang akan singgah, dan kekal di situ. Yang dia akan hargai dan rela buat apa sahaja untuk cintanya yang satu itu. Setiap percubaan tu, tak de niat untuk bermain k. Semuanya aku letakkan niat nak berakhir dengan elok. Dengan baik. Tapi, tak semua yang kita nak, kita akan dapat. At last, Allah akan satukan kita dengan yang terbaik macam yang selalu kita doakan. Wassalaam.

ps- jangan mainkan wanita.

5 comments:

  1. awhhh...
    banyak pengalaman ni kakakku..
    i miss you kakak.. :')

    ReplyDelete
  2. hiks. Lissa pun ramai yang cintacinta gitu ja. haha cuma yang sekarang ni jek dah sampai 3 tahun lebih.. tapi belum ada rezeki nak advance kan relationship :'D

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga partner lissa cepat cepat berusaha advancekan your relationship korang. amiin.

      Delete
    2. Memarik cerita wawa.. Ada gak yg sampai ke jinjang pelamin dan ada juga stop di tengah2 jalan.. semua tu warna warni kehidupan di dunia..inn sha allah rezeki itu ada.

      Delete