EdDe Kopitiam Kok Lanas- Sebab Aku Penggemar Makanan Sedap yang Pedas! - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Tuesday, December 15, 2015

EdDe Kopitiam Kok Lanas- Sebab Aku Penggemar Makanan Sedap yang Pedas!

restoran edde, edde kopitiam, kopitiam edde kok lanas, edd kok lanas

EdDe Kopitiam Kok Lanas- Sebab Aku Penggemar Makanan Sedap yang Pedas | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Masa tu, aku tengah merajuk dengan my husband. Kesnya kecil sangat sampai malu nak tulis kat sini. Untuk lepas geram, aku dengan my partners in crime, keluar cari pasal di EdDe Kopitiam Kok Lanas. Siapa tak pernah pergi EdDe, memang rugi.

Menu Hebat di EdDe Kopitiam Kok Lanas- Sangat Menyelerakan!


Restoran EdDe adalah sebuah restoran yang menyediakan makanan western. First time aku ke EdDe di cawangan Pasir Puteh dengan Fariena. Fariena belanja semata-mata nak beritahu satu rahsia. Sorry, rahsia tak boleh bocor. Then, aku pergi lagi kat cawangan yang sama dengan Nik. Then, masa merayau dengan Huda, Zie dan Hana malam tu, ternampak pula cawangan EdDe di Kok Lanas.

Cawangan EdDe Kok Lanas berkonsepkan kopitiam. Memang cool. Hajatnya, nak order burger. Kot kot sesedap Burgerbyte. Tetiba, teringat amaran cik husband. Sebagai isteri mithali, tak jadi order. Cuma, makan juga segigit yang adik aku punya. Buat hilang kemaruk. Sapa suruh buat aku geram.

Kat bawah ni antara makanan yang kami order.

kerabu mangga, edde kopitiam, kopitiam edde, edde kok lanas, restoran edde
Kerabu mangga.

Kerabu mangga ni masam, tapi sedap. Boleh tambah pedas. Dengan syarat, memang kena makan dengan nasi. Abang tu dah warning awal-awal. Aku yang degil. Padan muka makan tak habis. Kalau yang suka pedas, aku cabar makan Nasi Goreng Gunung Berapi. Sanggup ke tak. Kih3

kopitiam edde kok lanas, restoran edde, cawangan edde kok lanas
Bubur ayam. Aku request extra pedas. Tu yang cili selambak.
Rasa bubur ayam EdDe ni sebijik macam bubur ayam McD. Tak tipu. Tak tahulah lain lidah lain rasa. Aku memang peminat bubur ayam McD tau. Tapi sejak aku memboikot McD, dah lama tak merasa. Syukur sangat jumba bubur ayam EdDe. Hilang mengidam aku.

restoran edde, kopitiam edde kok lanas, edde cawangan kok lanas
Set burger Huda. Sempat rasa satu gigitan.

edde cawangan kok lanas, restoran edde, edde kopitiam kok lanas
Burger ayam Zie
root beer float edde, restoran edde, cawangan edde kok lanas
Root beer float Huda

Suasana Dalam EdDe Kopitiam Kok Lanas


Aku bagi 4/5 bintang untuk EdDe Kopitiam Kok Lanas. Tak boleh bagi markah penuh, nanti dorang tak nak improve. Gred kebersihan B. Mungkin sebab masih baru. Insya Allah boleh dipertingkatkan lagi. Di mata kasar aku, ok je. Dah gred A dah kebersihan kat sini. Meja kerusi tersusun elok. Pelayan pun mesra. Siap terlebih mesra lagi. Kih3

restoran edde, kopitiam edde, edde cawangan kok lanas, edde kok lanas
Suasana Kopitiam EdDe Kok Lanas, kemas dan tersusun rapi.

Sebagai seorang Bumiputra, aku pun turut berbangga dengan kejayaan yang dihasilkan oleh pihak EdDe Restaurant. Yup, EdDe dah ada banyak cawangan seluruh Malaysia. Restoran EdDe pernah dianugerahkan Anugerah Kedai Harga Patut 2014. Harga memang berpatutan. Berbaloi dengan makanan yang kita pesan. Sedap hoiiih. 

anugerah kedai harga patut 2014, restoran edde, kopitiam edde kok lanas
Siap dapat Anugerah Kedai Harga Patut 2014

Restoran EdDe juga mengajak orang ramai untuk join venture dengan dorang. Untuk berkongsi rezeki. Mana tahu ini peluang korang. Kalau korang berminat dengan bisnes restoran, boleh contact dorang di Facebook Restoran EdDe

Tempat makan best di Kelantan yang lain


Korang kalau jenjalan, carilah Restoran EdDe. Sedap sampai menjilat jari hoi. Tu yang aku sanggup tulis entri tak berbayar untuk dorang ni. Semoga membantu saudara seIslam. Wassalaam.

1 comment: