Klinik Veterinar Pasir Puteh- Cucuk Kucing Nama Baby - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, December 12, 2015

Klinik Veterinar Pasir Puteh- Cucuk Kucing Nama Baby

Klinik Veterinar Pasir Puteh- Cucuk Kucing Nama Baby | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Kucing adalah haiwan kegemaran Rasulullah. Siapa yang buat baik dengan kucing, insya Allah, ganjaran pahala yang besar untuk mereka. Nak dijadikan cerita, datanglah seekor kucing putih comel kat rumah kitorang. Telinga dia berkudis. Kesian benar tengok.



Huda, memang pantang tengok kucing, terus automatically attached. Automatically juga, kucing tu jadi dia punya. Dia pernah menangis bila tengok kucing dia macam sakit. Memang tak lena tidur dia kalau kucing dia tak mengiau ke, tak lalu makan ke.


Jadi, dah kucing tu berkudis merata, akulah kena drive bawak kucing tu jumpa doktor veterinar. Sebelum pergi ke Klinik Veterinar tu, kitorang pergi beli sangkar kucing dulu. Harga dalam RM40. Bergantung pada saiz. Aku beli yang besar sikit sebab nak kasi kucing ni senang sikit bergerak. 


Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pasir Puteh ni senang je nak cari. Tepi jalan besar Kota Bharu-Pasir Puteh je. Kalau dari Kota Bharu, sebelum sampai bandar Pasir Puteh, belah kiri. Jumpalah Klinik Veterinar Pasir Puteh.


Rupa-rupanya, setiap kali nak buat pemeriksaan haiwan, kita kena tulis nama dengan kad. Masa tu, kucing putih ni tak de nama lagi. On the spot, aku suruh Huda kasi nama Baby sebab Huda asyik dok panggil dia Baby je sejak dia datang. Huda pun bagitahulah masalah kucing tu. 


Lepas tu, doktor veterinar akan timbang berat kucing. Kot kot aneroksia ke, overweight ke. Manalah tahukan. Tak memasal, kucing kena diet. Masak. Kah2


Doktor cucuk Baby sejarum. Mengiau macam hape dah dia. Dan dan kucing comel bertukar jadi rimau. Takut juga aku bila cara mengiau lain macam. Seram jugak. Tapi, kejap je. Lepas tu, jadi kucing balik. Kih3


Suntikan tu sekali gus untuk masalah yang selalu dihadapi oleh kucing seperti kudis, cacing, demam. Jadi, tak perlu risau. Kejap je dah setel. Adik aku mintak pula belikan ubat kutu untuk kucing yang sekor lagi. Doktor kata, ubat tu letak kat kulit kucing keliling leher.

Total habis dalam RM30 kot. Murah je. Sekali sekala berbakti pada makhluk kesayangan Rasulullah SAW. Tak de salahnya. Wassalaam.

5 comments:

  1. Kucing tu nanti bela ke??? wah2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. tapi kalau tak berperangai baik, tak bela la kot. huhuu

      Delete
  2. Rasulullah S.A.W , My inspiration, My successful, My strategy

    ReplyDelete
  3. Murah rezeki bela kucing.. tapi sangkar tu harga 40 hengget murahnya..

    ReplyDelete