Lirik Lagu Hey Kau! by Sandra- Tujukan Pada Stalker Yang Asyik Tengok Dari Jauh - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, December 26, 2015

Lirik Lagu Hey Kau! by Sandra- Tujukan Pada Stalker Yang Asyik Tengok Dari Jauh

Lirik Lagu Hey Kau! by Sandra- Tujukan Pada Stalker Yang Asyik Tengok Dari Jauh |Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Dulu, ada seorang stalker. Nama dia Nik Nashram. Dia jumpa profile Nurmujahidah di Facebook. Dia stalk dan stalk. Perempuan ni ada blog rupanya. Duduk Kelantan. Eh samalah. Pasir Puteh? Laa, dekat je. Pastu, dia tegur. Sekarang, perempuan tu dah jadi isteri beliau. Happy Ending. Seronokkan? Ekekekekekee

Tak rugi ambil risiko mulakan langkah pertama. Kalau kena reject kali pertama, cuba kali kedua dan seterusnya. Nombor ni bersifat infinity. Tu pun tak tahu. Cuba baca entri muja reject nik. Kalau Nik tak mulakan langkah pertama itu, bujang lagilah kitorang sekarang. Langkah pertama itu penting. Nah, lagu Hey Kau! nyanyian Sandra untuk mereka yang asyik pandang, renung, tenung dari jauh. 

Korang ingat perempuan tu nak datang dekat ke kalau korang setakat tengok je? Ko ingat semua perempuan macam aku? Aku ok je kalau aku yang start dulu. Kah3

Hey Kau! nyanyian oleh Sandra




Dari pandangan
Dan sudut mata
Kau seakan mahu menyatakan sesuatu

Bukan tak mahu
Beri cintaku
Tapi adakah benar diriku yang kau mahu
Jangan buat aku keliru

Hey kau

Selalu memandangku
Selalu mengejarku
Apa sebenarnya
Yang kau mahu

Hey kau

Cuba jujur padaku
Cuba kata padaku
Di dalam hatimu
Ada diriku

Aku pasti hidup akan jadi indah
Andai kau nyatakan apa yang kau rasa
Aku juga punya rasa sama sepertimu
Andai benar kau mahu cinta itu

Hey kau

Selalu memandangku
Selalu mengejarku
Apa sebenarnya
Yang kau mahu


Hey kau

Cuba jujur padaku
Cuba kata padaku
Di dalam hatimu
ohlirik.com
Ada diriku
Ada diriku

Jujurlah kepadaku
Katakanlah kepada
Benar kau suka aku
Hapuskan rasa sangsi

Jujurlah kepadaku
Katakanlah kepada
Benar kau suka aku
Jangan buat aku keliru

Hey kau

Selalu memandangku
Selalu mengejarku
Apa sebenarnya
Yang kau mahu

Hey kau

Cuba jujur padaku
Cuba kata padaku
Di dalam hatimu
Ada diriku

Hey kau

Cuba jujur padaku
Cuba kata padaku
Di dalam hatimu
Ada diriku

lirik hey kau, hey kau oleh sandra, sandra hey kau,
Hey kau! Cakap jela kalau dah suka.. Ko tunggu apa???
Aku tujukan lagu ni khas untuk para wanita yang tahu diri tu ada peminat, tapi peminat yang kecut. Kenapa kecut? Terlalu kecut untuk mengakui perasaan dorang. Berapa lama dah korang perasan dorang dok ushar tapi takut sangat nak mintak no hp korang? Jangan tunggu.  Korang tujukan lagu ni pada lelaki tu. Kalau korang masih tegar nak tunggu, sila abaikan lagu Hey Kau ni ye.

Secara personalnya pula, aku sendiri nak tujukan lagu Hey Kau untuk para lelaki yang ada perempuan dalam hati, tapi takut macam tikus nak luahkan. Korang tak jemu ke asyik tengok je? Tak rasa ke nak bercakap ngan perempuan idaman hati? Malu memang sebahagian daripada iman bro. Tapi, malu biar bertempat.  Kang nanti kempunan. Masuk angin keluar asap. Jangan menyesal.

Ni entri tip berani lafazkan cinta. Tu pun kalau nak trylah. Yelah, korang pun bukan kisah kalau korang hilang perempuan tu kan? Kalau korang dijemput pergi majlis kahwin dorang, tengok dorang duduk atas pelamin dengan lelaki lain pun, korang no hal kan?

1 comment: