Maggi Tomyam Belut, Bukit Marak- Beruntungnya Jadi Anak Kelantan

12/01/2015

Maggi Tomyam Belut, Bukit Marak- Beruntungnya Jadi Anak Kelantan | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku rasa beruntung sungguhlah jadi anak Kelantan sebab kat sini memang boleh dikatakan syurga makanan sedap. Kalau banyak makanan tapi tak sedap, tak syurga jugakkan. Yup, orang Kelantan memang spesies pandai masak, tak termasuk akulah opkos. Kali ni, nak cerita aku pergi mencekik Tomyam Belut Bukit Marak, Bachok.

Sedapnya Maggi Tomyam Belut Bukit Marak, Bachok!


Nak dijadikan cerita, adik-adik aku asyik dok mintak nak nak makan Maggi Belut Bukit Marak yang memang famous kat Kelantan. Bila Google, nama kedai tu Kedai Maggi Belut Brehim. Aku ni malas nak berjalan-jalan, tap tak tahan kalau adik asyik mintak. Lastly, mesti aku pulak yang bersungguh. Aku memang kalah sikit bab family. Mulut macam singa, tapi kalah manjang.

maggi belut bukit marak, maggi tomyam belut bukit marak, maggi belut kelantan
Aku pilih kuey tiaw belut tomyam

Caution!
Tomyam di kedai Maggi Belut ni pedas tahap gunung berapi! Bukan yang tak aktif ye. Ni tahap lava tengah mengalir punya pedas. Jadi, pastikan lidah anda dalam keadaan bersedia. Letak beberapa helai tisu di atas meja. Jangan lupa air untuk diminum bila kepedasan mencapai tahap tidak mampu dibendung. Korang akan sangat memerlukannya. Percayalah... 

maggi belut bukit marak, maggi tomyam belut bukit marak, maggi belut
Fariena pilih maggi tomyam campur

Aku syak, tukang masak maggi tomyam belut ni Orang Siam. Dorang memang terkenal dengan kepedasan tahap melampau-lampau. Guna rempah apa entah. Suami aku memang tak boleh makan ni. Keturunan anti pedas. Kuah tomyamnya pekat pedas weh. Lauk pulak selambak. Sampai habis kuah aku hirup. Still ada lagi belut terapung apung dalam mangkuk. Buat ratah. 

maggi belut bukit marak, maggi tomyam belut bukit marak, tomyam belut kelantan, tempat makan best di kelantan
Yang kat sana tu maggi tomyam belut Zie. Maggi Amir lambat sampai. Tak masuk gambar. Kih3

Memang ohsem la kedai maggi belut Bukit Marak ni. Tak kedekut macam kebanyakan kedai. Servis pun cepat. Cumanya, kalau boleh ubah konsep restoran tu, lagi molek. Biar nampak gah sikit. Misalnya, kerusi meja kena seragam. Baju pelayan pun seragam. Guna lampu-lampu. Ada banner besar-besar. Baru kena dengan servis yang dorang sediakan. Baru bertambah-tambah terbaik! :D

Wajib Cuba Maggi Tomyam Belut, Bukit Marak Kalau Datang Kelantan


maggi belut bukit marak, tempat makan best kelantan, maggi tomyam belut
Fariena dengan aku. Tq for always being there when I need a company. :)

Aku yang memang sah sah orang Kelantan ni baru merasa makan tomyam belut kat sini. Rasa rugi sangat sebab kedai maggi tomyam belut ni dekat sangat dengan rumah. Tak sampai setengah jam pun kalau tak jem rasanya. Aku pergi dalam pukul 5.30 petang. Siap dengan sesat kejap. Masa azan Maghrib, aku gerak nak balik. Sempat sampai rumah dalam pukul 7.30 malam. Memang dekat jelah. 

Cara Nak Pergi Maggi Tomyam Belut, Bukit Marak


maggi belut bukit marak, maggi tomyam belut, tempat makan best kelantan
Amir dengan Zie. Adik beradik je. Romantik kemahen. -_-

Alamat
Kedai Maggi Belut, Cabang 3 Haji Musa, Bukit Marak, 16030 Kota Bharu, Kelantan. 

Nombor telefon
0134088212 

Waku Operasi:
2 petang hingga 2 pagi (rasanyalah. kih3)

Harga Semangkuk:
RM6 (murahnya untuk tomyam sesedap ini!)

Senang je nak jumpa kedai maggi belut ni. Kalau dari Kota Bharu, korang pergi Peringat. Sampai kat lampu trafik cabang tiga Peringat, belok kiri. Jalan terus sampailah ke cabang tiga satu lagi. Tak de traffic light dah. Korang belok kiri. ke arah Pauh Lima. Terus je perlahan. Perhatikan belah kanan jalan. Kedai dia warna pink dengan kereta motor banyak. Memang sahih kat situlah.

maggi belut bukit marak kelantan, maggi tomyam belut, tempat makan best kelantan
Selamat menjamu mata. Kalau nak menjamu selera, singgahlah ye. Kih2

Dengan besar hatinya, aku mark kedai maggi tomyam belut ni sebagai must-visit place kalau datang ke Kelantan. Kalau kawan dari luar datang melawat aku kat Kelantan ni, aku akan bawak ke sini. Jadi, kawan aku yang terbaca entri ni, mohon datang sini. Aku nak belanja korang nih. Kih3

Tempat Makan Best Lain di Kelantan



Wassalaam.

You Might Also Like

2 click here, you comment, you are awesome

FOLLOWERS

SUKA BELI SINI

PENAFIAN

Segala maklumat yang disampaikan di blog ini adalah daripada pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang kesalahan oleh orang lain yang menggunakan maklumat daripada blog ini. Sekian.