7 Perkara Wajib Tahu Sebelum Melancong ke Korea - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Sunday, March 13, 2016

7 Perkara Wajib Tahu Sebelum Melancong ke Korea

Perkara Wajib Tahu Sebelum Melancong ke Korea | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Kalau cakap pasal melancong ke Korea, tacing juga aku sebab dah lama sangat nak jejak kaki kat sana, tapi sampai sekarang tak ada rezeki. Bukan apa, jelez juga tengok girlfriends yang galak share gambar pakai kot labuh, ada mafla, siap kasut boot. Pastu, memacam produk kecantikan bawa balik. Siap agih kat kawan yang menunggu. 

Aku nak pakai baju kot segala kat Malaysia ni. Ko rasa camne? Memang tak boleh nak kata Korea tak sesuai untuk melancong sebab Korea ranks number 2 di carta hati aku. Kalau boleh, nak pernah Mekah sekali lagi dulu. Korea memang terbaik untuk percutian keluarga, ataupun bulan madu untuk pasangan seperti pasangan Nik dan Muja, yang sampai sekarang tak berkesempatan lagi nih. Kalau ada rezeki dengan pakej Korea 2016, alangkah indahnya. Insya Allah. Insya Allah. Amiin.

pakej murah korea, pakej percutian korea, trip bajet korea, pakej korea 2016

Pape pun, aku sudi kongsi perkara yang semua orang kena tahu tentang percutian ke Korea. Kenapa kena tahu? Sebab kita nak bercuti untuk buat hati tenang, bukan buat hati makin tertekan. Got it? 4 musim di Korea antara sebab utama Korea memang jadi kaya dengan bidang pelancongan dorang je. Yelah, kat sana ada musim bunga, luruh, sejuk dan panas. Jadi, kita boleh pilih memana musim yang kita suka. Macam aku, aku harap sangat boleh pergi sana masa musim luruh. Romantik sikit. Kih3

1. Makanan Halal di Korea

Susah atau senang untuk dapat makanan halal di Korea bergantung pada tempat penginapan yang kita pilih. Sebab tu ada yang cakap susah, ada yang cakap senang. Sebab aku tahu tak de pelancong yang nak benda tu jadi susah, sila pilih kawasan Itaewon, sebuah daerah yang terkenal sebab banyak makanan halal. Kalau rajin ulang alik, sila pilih daerah lain. :)

pakej murah korea, pakej korea 2016, pakej bajet korea, bercuti di korea

Sebenarnya, makanan Korea banyak yang guna sayur dan ikan yang memang boleh orang Islam makan, tapi sebab kurang pandai bahasa Korea, boleh jadi syubhah. Manalah tahu dalam perencah ke hape. Risau juga jenis tukang masak yang suka masukkan wain. Cara paling selamat dan old school, sila bawa makanan segera dengan seronding banyak-banyak. Jimat dan dijamin halal! Aman dunia. 

2. Kaki Kena Kuat Untuk Naik Tangga

Perasan tak orang Korea ni kurus-kurus? Hah, sebab mereka ni banyak sangat jalan kaki dan naik tangga. Lelah juga nak jadi rakyat negara Korea yang satu nih.Nasib baik aku suka naik basikal di gym. Mohon contohi. Orang yang balik dari Korea memang mengakui betapa banyaknya tangga yang wujud di Korea. Tulah sebab pakej yang travel dengan bas atau van sangat digalakkan kalau bawa ibu bapa atau warga tua. Kesian juga.

3. Matawang Korea Darab 3 Dengan Ringgit Malaysia

Pesan yang paling utama, simpan duit banyak-banyak! Yup, kalau di Malaysia, nasi goreng biasa RM3, di Korea akan jadi RM9 atau lebih. Bersedia awal. Korea bukan Indonesia. Jangan sampai stress sebab tak cukup fulus nak shopping. Kalau korang jenis berjimat cermat dan sedar diri macam aku, tak de masalah. Masalah akan timbul kalau korang bukan macam aku.

4. Susah Jumpa Surau Untuk Solat

Aku bukan nak kutuk Korea atau nak jatuhkan maruah beliau, tapi inilah kenyataanya. Susah kita nak solat sebab susah nak jumpa surau. Masjid seketul dua yang ada pula jauh. Antara tempat solat yang hipstur di Korea mestilah fitting room, parking lot, laluan tangga dan tempat-tempat tersembunyi yang lain. Kena spare tikar solat awal. Perempuan boleh pakai baju labuh dan stoking. Awkward juga nak pakai telekung tengah orang ramai. 

Orang kat sana dah biasa. Dorang tak kacau kita nak buat apa selalu tak ganggu lalu lintas. Cuma, dorang tengok pelik la sikit. Bolayan aja. Dorang pun tahu erti ingin tahu. Kalau kita bijak mengatur jadual, mesti lagi mudah sebab kita boleh jamak dan qasar. Rukhsah yang ada Allah bagi, sila gunakan dengan bijak. :D

5. Wifi Ada Di Semua Tempat

Benda paling best di Korea mestilah  wifinya. Di kedai kopi, dalam kereta api, mungkin juga toilet, sentiasa ada wifi. Tinggal minta password saja. So, tak perlulah risau tak boleh whatsapp dengan makwe nak cakap tengah main salji atau nak gebang di Facebook gambar comel buat duck face dekat kedai Hello Kitty. Sentiasa boleh. Tak payh beli simkad yang mahal nak arwah beserta dengan kelecehan register dengan passport. Cerewet sungguh. Wifi dah ada. Simkad nak buat apa?

6. Paip Air Tak Dijumpai dalam Tandas

pakej murah korea, pakej korea 2016, pakej bercuti korea, trip bajet korea

Ini kes yang agak menganiaya di Korea. Parah juga memikirkan tandas tanpa paip air. Kalau ada pun, jenis pancut dari mangkuk tandas. Susah juga hidup di Korea. Tu pun dekat high class mall macam Hyundai Shopping Mall je. Wangi dan macam hotel. Selesa nak membuang. Kalau tak tepi jalan, memang ada lubang jamban jelah. Jadi, botol air khas untuk kegunaan toilet WAJIB disediakan awal-awal. Tak sanggup nak jalan merata kalau setakat sapu dengan tisu. Kih3

7. MuslimTravelBug.Com Kalau Korang Degil Juga Nak Jenguk Korea

pakej murah korea, pakej korea 2016, paker bercuti di korea, trip bajet korea

Kalau nak ke Korea, aku benarkan korang mengushar pakej Korea oleh team student di Korea iaitu MuslimTravelBug.Com yang dah banyak sangat pengalaman bawa pelancong jenjalan kat Korea. Macam-macam pakej kita boleh pilih. Jenis backpackers yang tak kisah naik subway dan bas awam, jenis private yang nak naik van atau bas sewa atau jenis pemalas nak fikir tapi nak murah, boleh ambil pakej fullboard. Flight pun dorang settlekan. Nasib baik tak tolong suapkan makan je.

Berminat dengan pakej murah ke Korea? Klik link di bawah
Whatsapp +6013 2868997 untuk fast response.

Selamat bercuti semuanya. Semoga percutian korang menjadi kenangan indah yang tidak akan korang lupakan. Doakan turn aku pun tiba juga one day ok? Wassalaam. :)

3 comments:

  1. Assalammualaikum... cikgu mujadewa,

    seronok dapat bercuti ... kena sesuai dengan keadaan kan....

    mselim3

    ReplyDelete
  2. hehe! thanx 4 da tips. memang teringin nak pi korea jugak ^_^

    http://www.eliyanaramly.com/2016/03/giveaway-hayathijabsp-cantik-sihat-ceria_3.html

    ReplyDelete
  3. Wahhh bagus tipsnya, sebelum ke korea ..

    Jasa event organizer

    ReplyDelete