Wednesday, March 16, 2016

Mee Celup Golok, Ketereh, Kelantan Sedap Tersangat!

Edit Posted by with 4 comments
Mee Celup Golok, Ketereh, Kelantan Sedap Tersangat | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Lama dah. Ye. Dah lama dah aku dengan my family pergi makan kat Mee Celup Golok di Ketereh ni. Masa tu baru lepas kahwin few months. Kebetulah Nik balik dari Johor. Baru nak update la nih.

Sejak si Huda dah reti bawa kereta ni, merata riti dia jalan. Tak macam kakak dia. Selagi boleh duduk rumah, kat situlah dia. Hudalah yang semangat sangat nak pergi makan kat Mee Celup Golok, Ketereh. Nasib baiklah abah aku sudi nak payung. Jimat fulus. Padahal sebab nak bawa pelajar kesayangan dia je. Jelez betul aku.

menu mee celup golok, tempat makan best kelantan, jalan jalan cari makan

Kedai Mee Celup Golok ni dibuka petang sampai malam. Kitorang pergi malam. Best sikit feeling dia sebab tak panas. Bila makan sup panas dalam sejuk gitu baru syok. Aku gerak dengan Nik (tak nak masuk gambar), the others gerak dengan abah. Masa kitorang sampai, memang penuh orang. Sampaikan kena tunggu turn untuk dapat tempat duduk. Sadis juga tu. 

mee celup golok, tempat makan best kelantan, jalan jalan cari makan ketereh

Inilah rupa Mee Celup Golok. Walaupun namanya mee, kita still boleh pilih sama ada kita nak kuey tiaw, bihun, maggi, mee kuning atau maggi. Sangat terpulang pada selera masing-masing. Pastu kita boleh pilih pula lauk yang kita nak. Kalau nak tambah lauk pun boleh. Rasanya kena tambah RM1 untuk setiap tambahan. Tak pun 50 sen. Seriously lupa. My bad. Sorry. :P

teh beng madu, mee celup golok, tempat makan best ketereh, tempat makan terbaik kelantan

Ingat tak aku pergi share masa pergi makan di Warung Pak Mat? Aku ingatkan kat sana je ada air teh beng madu. Jauh benar pergi sampai Pulau Pisang dekat PCB semata-mata nak cuba. Padahal, kat Mee Celup Golok di Ketereh pun ada air legend ni. Bukan setakat teh je, bandung, teh hijau, pun dia buat versi berbuih-buih ni tau. Guna skill tarik jer. Best kan??? :D

mee celup golok ketereh, mee celup golok ku yie, tempat makan best kelantan
Nik duduk sebelah aku. Tak nak masuk gambar. 

mee celup golok ketereh kelantan, tempat makan best kelantan, jalan jalan cari makan kelantan

Hubungi Mee Celup Golok, Ketereh, Kelantan

cara cari mee celup golok, mee celup golok ketereh kelantan, tempat makan best kelantan

Alamat: Lot 679B, Kampung Tok Akil, Ketereh, Kelantan 
(Kalau dari KB, lepas je bandar Ketereh, belok kanan kat jalan yang betul-betul berhadapan dengan kedai cat diri sebelah kiri jalan)

No hp: 017 721 3440

Kalau ada peluang bercuti ke Kelantan, silalah singgah di sini. Dengar cerita siap ada tomyam ketam. Boleh lawan dengan tomyam bukit marak lepas ni. Tu je aku nak bebel untuk kali ini. Till next entry. XOXO.

Wassalaam.

4 comments:

  1. Muji, aduyaiiii terliur yer tgk mee celup ketereh tu...dah rasa macam sampai dekat tekak dah ni hehehe

    ReplyDelete
  2. Ya Allah melilih mommy tengok! ni yang rasa nak balik kampung! Ohooo ambo ore kelate!

    ReplyDelete
  3. uiyoo berbuih2.. hehe teringin nak makan mee ceup sebab orang ckap sedapp

    ReplyDelete
  4. wah sangat enak dan menawan sekali makanannya ^_^ saya jadi ingin buat , salam dari blogger indonesia ^_^

    ReplyDelete