Belajar Membuat Bento Ringkas Menggunakan Produk Ayam Brand - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Wednesday, April 27, 2016

Belajar Membuat Bento Ringkas Menggunakan Produk Ayam Brand

ayam brand
Belajar Membuat Bento Ringkas Menggunakan Produk Ayam Brand | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Ingat lagi tahun lepas, aku, Hazanis dengan adik dia pergi event Kids Can Cook with Ayam Brand. Rindu pula rasa dengan dorang. Dulu, nama restoran ni, Joe and Pepper. Sekarang dah ubah nama jadi One Miracle Cafe. Tempat sama je lagi. Branding bertukar.

Tahun ni, tak de blogger Kelantan yang aku kenal available. Hazanis tengah sarat. Tunggu masa je aku nak dapat anak saudara. Yuyu Atiqa pulak study kat USM Penang. Suami aku jauh. Huda kat KPTM ada kelas. Tinggal aku je. So, aku hajak Fariena untuk teman. Nasib baik mak cik ni jenis tak banyak cekadak. Dia lagi suka boleh jenjalan, rasa makanan tempat baru. Hehe.

Nak Buat Bento Pun Senang dengan Ayam Brand!



Bento Kids Could Do! Tema aktiviti untuk Ayam Brand Community Care 2016. Ayam Brand Community Care adalah sebuah annual event yang dijalankan Ayam Brand dari satu negeri ke satu negeri. Tahun lepas dah buat, tahun ini buat lagi. Habis je waktu sekolah, terus bergegas ke One Miracle Cafe. Nasib baik ingat lagi tempat dia. Kalau tak, mesti sesat sekali lagi macam tahun lepas. 


Semua produk Ayam Brand dijamin halal dan selamat. Ia tidak mengandungi MSG atau sebarang bahan pengawet. Macam-macam hidangan mudah boleh disediakan menggunakan produk Ayam Brand. Kanak-kanak pun boleh buat. Lepas ni, ibu bapa kena ada produk Ayam Brand je banyak-banyak buat stok kat rumah. Senang hidup. Kalau anak-anak lapar, dorang dah boleh buat sendiri makanan. Berkhasiat dan sedap. Benda senang. Tak payah risau-risau lagi dah. 


Mereka panggil anak-anak dari rumah anak yatim untuk menjalankan aktiviti menggunakan produk Ayam Brand. Siap panggil celebrity chef lagi untuk ajar bebudak tu cara buat bento guna produk Ayam Brand. Bukan main excited lagi bebudak tu. Yelah, dapat buat hands on activity macam ni. Membuat sendiri sajian mudah menggunakan produk berkualiti daripada Ayam Brand. 


Honestly, aku tak dapat bayangkan hidup aku di tempat diorang. Mesti sedih sampai tahap rasa tak tertanggung. Kehilangan ibu bapa tersayang, hilang tempat bergantung. Kena tinggal di asrama dengan orang baru. Jarang-jarang dapat merasa orang ambil berat tentang dorang kan. So, dorang memang menghargai bila dapat rasa pengalaman macam ni. Terus rasa dihargai. Masih ada yang menyayangi. Terima kasih sangat Ayam Brand!


Masa aku post gambar pergi event ni, ramai pulak yang mintak resepi. Nah

Resepi Bento Ayam Brand Mudah

Tuna Onigiri + Salad Campuran Buah + Kacang Panggang + Sandwich

120g beras sushi
2 sudu tuna dalam minyak zaiton
2 keping rumpai laut
6 biji jagung manis
2 biji tomato ceri dipotong 6 setiap satu
5 keping buah peach Ayam Brand
6 pecahan buah nanas Ayam Brand
3 sudu kacang panggang
1 keping roti putih
1 sudu sardin hancur
Timun batang
Daun salad

Cara Membuat Bento Mudah:
  1. Bahagian pulut sushi kepada 4 bahagian
  2. Letakkan satu bahagian pulut dalam bekas onigiri
  3. Letakkan satu sudu tuna di atas pulut
  4. Tutup tuna dengan satu bahagian pulut
  5. Tutup pulut dengan penutup bekas onigiri dan tekan dengan kuat
  6. Tanggalkan pulut daripaa bekas onigiri dan balut dengan rumpai laut
  7. Letakkan 3 jagung di atas onigiri
  8. Ulang untuk satu onigiri lagi.
  9. Potong buah peach kepada 6 bahagian
  10. Susun buah ini ke dalam satu bahagian dalam bekas bento
  11. Masukkan kacang panggang dalam satu bahagian dalam bekas bento
  12. Gunakan pemotong bentuk hati untuk memotong bentuk hari pada roti putih
  13. Ratakan sardin hancur pada satu bahagian roti dan letakkan satu lagi bahagian di atasny
  14. Letakkan sandwich dalam satu bahagian bekas bento
  15. Letakkan timun Jepun dan tomato ceri kecil di atas sandwich sebagai hiasan
  16. Susun daun salad secara menegakkan untuk mencantikkan lagi bento
  17. Siap!


Door gift daripada Ayam Brand untuk semua yang hadir.
Aku yakin, setiap rumah di Malaysia mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu produk daripada Ayam Brand di rumah. Begitulah berpengaruhnya Ayam Brand. Biasanya yang terkenal, santan segeri dengan ikan sardin. Just nak tanya, korang guna produk apa yang berjenama Ayam Brand? Boleh kongsi resepi korang tak kat bahagian komen?

Bahagia dapat siapkan bento ringkas dengan Ayam Brand!
Terima kasih sangat pada pihak Ayam Brand yang sudi menjemput aku ke majlis amal ni. Tahun depan jangan lupa invite k. Manalah tahu ada kesempatan lagi nak join. Just nak tanya, korang guna produk apa yang berjenama Ayam Brand? Boleh kongsi resepi korang tak kat bahagian komen?

#ayambrand #ayambrandcsr #ayambrandmy

Wassalaam.

4 comments:

  1. terima kasih untuk resepi tu, bookmark dulu nanti try

    ReplyDelete
  2. Boleh nak cuba juga.Nampak mudah cara nak buat dia.

    ReplyDelete
  3. Sedap nampak. Terima kasih kongsi resepi ni. Boleh nak cuba juga.

    ReplyDelete