Je'taime Cafe, Kafe Sweet Romantis Ala Paris di Kelantan - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Friday, April 15, 2016

Je'taime Cafe, Kafe Sweet Romantis Ala Paris di Kelantan

review jetaime cafe, kafe ala paris kota bharu, jetaime cafe kota bharu

Je'taime, Kafe Sweet Romantis Ala Paris di Kelantan | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Perkataan 'Je'taime' ni aku dah dengar dari masa aku kat sekolah menengah lagi. Dengar daripada bebudak satu sekolah yang amik bahasa Perancis untuk mata pelajaran bahasa Perancis. Tapi sampai sekarang aku tak pastu sangat cara sebut dia yang betul. Korang tahu?

Nak dijadikan cerita, baru-baru ni virallah kafe Je'taime di Facebook yang katanya menyediakan chocolate crepe yang lagi sedap daripada yang ada dekat Dip n Dip yang famous amos tu. Betul ke? Jadi, few weeks ago, aku gerak lepas sekolah nak pergi sini. Tapi tak bukak lagi. Salah aku juga nak check dulu dia bukak pukul berapa. Ekekeke.

Sebab tak suka percaya je apa orang kata, aku tetap nak pergi juga. Kebetulan aku ada aktiviti kokurikulum Rabu lepas. Aku ajak my room mate. Sepatutnya dia ambil aku dalam pukul 4 petang. Tup tup dia tertidur. Aku faham je feeling dia lepas balik sekolah ni. So, aku tak salahkan beliau pun. Tapi, setengah jam juga aku tunggu sebab call tak angkat. Setia kawan juga aku ni bila fikir balik. Ekeke.

Aku pergi terjah sendiri juga hari tu. Sorang-sorang pun jadilah. Kata orang, perempuan yang boleh makan sengsorang di restoran ni perempuan berdikari. Akulah tu. Kih3

review jetaime cafe, kafe ala paris, kafe ala dip n dip kota bharu
One thing to say, mungkin boleh upgrade sikit banner kat luar ni. Sebab susah nak nampak.
Senang je sebenarnya nak cari Jetaime Cafe ni. Letaknya di Chicha, Kubang Kerian. Kalau drive dari Pasir Puteh ke Kota Bharu, dia ada di sebelah kiri, betul-betul berhadapan dengan Petronas. Cuma cafe dia kecil sikit. Dan banner dia agak tenggelam. So, kena tengok betul-betul. Ada je dia tu. Tepi jalan besar tu je. Tak payah masuk jalan lain dah.

Sampai je aku di situ. Aku disambut dengan wajah mesra adik kepada owner Jetaime Cafe. Cantik juga orangnya. Manis dan mesra. Honestly, layanan pekerja sebenarnya sangat penting tau. Mungkin lagi penting daripada rasa makanan itu sendiri. Kalau pekerja dia bagus, makanan tak berapa best pun boleh jadi sedap. Terus rasa nak datang sekali lagi, dan sekali lagi. Hehehe

review jetaime cafe, kafe ala paris, kafe ala dip n dip kota bharu
The famous Choc Crepe

First makanan yang aku cari mestilah choc crepe yang ramai orang cakap lagi sedap daripada Din n Dip tu. Perghhh! Terpaksalah aku mengakui. Kalau di Dip n Dip, chocolate dia manis giler. Di Jetaime Cafe, chocolate dia punya manis tu memang sedang-sedang sahaja. Suits my taste so much. Tak delah risau sangat hilang kaki time mengidam sweet stuff ni. Hehehe

review jetaime cafe, kafe ala paris, kafe romantis kota bharu
Spagetti. Tak ingat sangat namanya.
Spagetti ni pun sedap. Ada kepingan ayam dengan cheese kat atas spagetti tu. Aku buat special request pun dorang layan je. Aku minta tambah pedas sikit sebab selalunya kuah spagetti ni tak pedas sangat. Cuma, kalau tambah lagi sos dengan cheese tu kasi melimpah, lagi tinggi aku bagi ranking dia. Nak mintak tambah, malulah pulak. Keh3

review jetaime cafe, kafe jetaime, restoran ala paris kota bharu

Pemandangan dan suasan dalam Jetaime Cafe ni memang nice. Simple, yet elegant. Sesuai dengan temanya Paris, siap ada gambar Eiffel Tower kat situ. Boleh aku fefeeling romantic dinner dengan husband aku. Walaupun dia jauh. T_T  Kedai dia comel and clean je, tapi tak rasa stuffy pun. Rasa nyaman je, sebab ada air conditioner. Jadi, musim panas pun tak jadi masalah.

Antara menu menarik yang disediakan di Jet'aime Cafe:
Spagetti Aglio Olio
Chicken Boxing
Fruity Crepe
Oreo Churros
Choc Crepe
Meatballs

Kalau korang rasa macam nak tengok gambar gambar yang menggugat keimanan, boleh jenguk dan ushar Instagram @jetaimecafe_kb

Waktu operasi Jet'aime Cafe:
Ahad hingga Khamis
4.00 p.m. hingga 11 p.m.
012 9224345
Alamat: 1233-B Sek 57 KM 8 Chicha Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan

Aku doakam, Jetaime Cafe sentiasa maju dan makin maju. Amiin

PS- kalau puasa, jangan pergi k. puasa dah ganti semua ke belum?

Wassalaam.

3 comments:

  1. tengok coklat banyakya.. meleleh pun ada tengok.

    ReplyDelete
  2. wah kat sana dah ada dah..takyah p kl dip n dip tu..hehe

    ReplyDelete