Review Asiaskin Skincare- Orang Asia Wajib Cuba - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Monday, April 25, 2016

Review Asiaskin Skincare- Orang Asia Wajib Cuba

asiaskin, asiaskin skincare, produk cantik orang asia, review asiaskin

Review Asiaskin Skincare- Orang Asia Wajib Cuba | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Panas betul sekarang. Cuaca macam ni, kompon mencederakan kulit muka aku dengan sewenang-wenangnya. Urghhh! Nak buat macam mana ni??

Rumit sungguh jadi perempuan. Nak kurus, tapi makan banyak. Nak cantik, tapi malas jaga kulit. Mana boleh gitu. Nak sesuatu, kena usaha. Kita boleh pilih usaha yang selamat, senang dan cepat, atau bahaya, leceh dan membebankan.

Asiaskin Skincare, Untuk Wanita Moden Asia Masa Kini


review asiaskin skincare, testimoni asiaskin, produk kecantikan orang asia

Untuk wanita yang bijak yang pilih usaha yang selamat, senang dan cepat, aku nak perkenalkan set produk kecantikan terbaru Asiaskin Skincare, produk yang dah menyebarkan virus cantik jelita dalam kalangan wanita hari ini. Walaupun panas lit lit, muka still nampak cantik berseri. Hehehehe

Asiaskin diperbuat daripada bahan-bahan organik terbaik dari Perancis yang sesuai untuk lelaki dan perempuan. Produk ini dijamin halal dan selamat digunakan. Ini telah dibuktikan apabila telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Asiaskin terdiri daripada stemcell cleanser, stemcell serum, spf stemcell day cream, dan stemcell whitening night cream. Dengan hanya 4 langkah, muka semua akan jadi segar, cantik dan berseri.

Kelebihan Set Produk Kecantikan Asiaskin Skincare




review asiaskin, testimoni asiaskin, produk kecantikan orang asia

Walaupun baru, dah banyak testimoni positif yang diberikan oleh pelanggan yang menggunakan Asiaskin Skincare. Terbukti, Asiaskin Skincare mampu:
  • menyegar dan melembutkan kulit wajah
  • meningkat keserian pada wajah
  • memberikan tona kulit yang sekata
  • mengurangkan garis halus dan kedutan degil
  • melembapkan kulit wajah
  • menghapuskan bakteria pada wajah
  • mengurangkan hitam bawah mata
  • melindungi kulit daripada sinaran UV matahari
  • mengurangkan jeragat dan jerawat
  • mencegah pengelupasan kulit akibat cuaca panas

Aturan Penggunakan Asiaskin Skincare Untuk Penjagaan Kulit Wajah Harian


review asiaskin, testimoni asiaskin, produk kecantikan wanita asia
Set lengkap 4 dalam 1 produk Asiaskin Skincare

1. Asiaskin Stemcell Cleanser


review asiaskin, pencuci muka asiaskin, asiaskin cleanser

Cuci muka dengan stemcell cleanser.

Ia akan menghilangkan minyak dan kotoran. Cleanser ini mampu mencuci secara mendalam tanpa meninggalkan kerengsaan. Terus muka rasa bersih dan lembut. Lama-lama, boleh nampak kulit makin cantik.

Pencuci muka Asiaskin adalah my favourite.  Lepas cuci, memang rasa bersih, lembut dan segar. Tak macam sesetengah pencuci. Kulit muka rasa ketat, kering, pastu muka payah nak senyum lepas guna. Benci aku.

2. Asiaskin Stemcell Serum


review asiaskin skincare, asiaskin stemcell serum, produk cantik asia

Lepas mencuci muka, tepuk stemcell serum pada wajah.

Serum ini akan menyegarkan wajah dan mengelakkan pori tersumbat apabila kita memakai mekap.  Elakkan menyapu. Tepuk lembut sahaja pada wajah. Satu kelebihan serum, ia tidak menyebabkan kulit berminyak seperti krim biasa. :D

3. Asiaskin SPF Stemcell Day Cream


review asiaskin skincare, produk kecantikan asia, asiaskin testimoni

Sapu sedikit spf stemcell day cream sebelum memakai bedak. 

Untuk penggemar foundation, krim siang ini boleh menggantikannya. Jangan banyak sangat, takut bercapuk tengah panas bila bercampur dengan bedak. Ia mampu melindungi kulit wajah kerana mengandungi SPF. Selamatkan kulit kita daripada sinaran UV.

4. Asiaskin Stemcell Whitening Night Cream


review asiaskin, asiaskin testimoni, produk kecantikan asia, rahsia kecantikan orang asia

Sebelum tidur, gantikan krim siang kepada krim malam. 

Waktu malam adalah waktu sel badan akan memperbaiki sel yang rosak. Masa nilah kulit wajah akan mula merawat kerosakan pada kulit. Krim malam akan membantu menpercepat pemulihan kulit daripada sebarang damage.

Testimoni Mujahidah Menggunakan Asiaskin Skincare


review asiaskin, produk kecantikan orang asia, testimoni asiaskin

Gambar nombor 1: Baru bangun tidur. Mata pun tak boleh nak celik sangat lagi.
Gambar nombor 2: Baru lepas mencuci muka dengan cleanser.
Gambar nombor 3: Baru siap tepek serum dengan krim siang.

Jangan risau. Aku dah cuba. Memang berhasil. Lepas aku cuba, room mate aku pun aku bagi guna cleanser. Nak buat pengukuhanlah sikit. Kot kot muka aku memang azali dah cantik ker. Koh3! Dia setuju dengan aku. Siap tanya lagi nak beli dekat mana. Mana tak suka, memang kulit jadi bersih dan lembut. Terus nampak dan rasa cantik lepas guna Asiaskin Skincare.

Harga Asiaskin Skincare 3 in 1: RM90
Asiaskin Stemcell Serum: RM75


Insyirah Beauty & Health
Lot No.614, Tingkat 1,
1 Borneo Hypermall,
88400 Kota Kinabalu,
Sabah

Nombor Telefon: 013 875 9999/ 016 805 6050
Instagram: Asiaskin.Official

1 comment:

  1. wah,macam-macam produk sekarang ni kan... tapi kena hati2 jugak... sebab kulit muka kita tak semua sama.. ada orang ok ja pakai, sesetengah orang sensitif..

    http://www.tashaqisha.com/

    ReplyDelete