Sambut Birthday ke 24 di Gino Pizza, Kota Bharu, Kelantan - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Monday, April 04, 2016

Sambut Birthday ke 24 di Gino Pizza, Kota Bharu, Kelantan

Sambut Birthday ke-24 di Gino Pizz, Kota Bharu, Kelantan | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tak lah. Birthday aku bukan bulan 4 yakni April. Aku tergolong dalam bebudak comel cun dan cantik lahir bulan 2 bersamaan dengan 16 Februari. Yang tu betul. Aku dah cecah 24 tahun, tapi masih tak jadi ibu lagi. Tahun depan insya Allah. Kih3

review gino pizza kota bharu, gino pizza kota bharu, pizza sedap besar
Besar gedabak pizza di Gino Pizza ni hoi!!!

Entri basi ni aku dedikasikan khas untuk dua sahabat aku yang dicintai, Farah dan Fariena yang dah sudi bawa aku menikmati pizza sedap saiz S yang besar macam saiz XL di Gino Pizza. Pizza Itali hoi dia serve kat sini. Seddap, lazzat. Padan muka korang yang duduk luar Kelantan tak boleh rasa. Aku dah rasa dah setelah sekian lama menanggung keterliuran semata-mata. Kih3

review gino pizza, pizza sedap kelantan, pizza besar kota bharu
Dua sahabat yang mewarnai hari-hari final year aku di IPG

Dari kecil lagi, aku jarang celebrate birthday. Kalau dulu, abah beli kek, sambut kat rumah. Bila masuk sekolah, aku ingat, ada r orang nak datang buat surprise bawak tepung baling-baling kat asrama. Haremmm tak de orang rajin nak surprisekan aku. Mujur jugalah ada crush yang wish jauh-jauh. Dekat, tapi jauh. Di IPG, dalam final year, barulah ada yang sudi nak sambut birthday aku macam ni. Terharu tahu. T_T

review gino pizza, pizza murah kelantan, pizza sedap kelantan
Jadi santapan tambahan aku.

gino pizza, pizza sedap, pizza murah, pizza saiz besar kota bharu
Lepas korang kahwin pun, aku boleh ajak lepak makan eskrem kat KB Mall kan? Mmm

gino pizza, pizza sedap kelantan, pizza murah kota bharu, makan western
Suasana dalam Gino Pizza + tunang orang tengah termenung jauh.


gino pizza, pizza sedap kelantan, pizza murah kelantan
Wajiblah gambar berseorangan tanda kenang-kenangan

red velvet, kek birthday
Thank you Umi for this surprised red velvet birthday cake! Love you!
Nasib baik bagitahu bebudah kelas aku the day before, jimat duit beli pen bulan ni. Kih3

In case korang cari tempah nak makan makanan acah-acah western, bolehlah korang merangkak atau terbang ke Gino Pizza ni. Memang berbaloi. Makanan sedap, harga murah, suasana aman damai. Insya Allah. Balik dengan perut kekenyangan, bibir tersenyum kepuasan. Aku bagi lima bintang!! :D

Wassalaam.


1 comment: