Dr. Irma Skincare & Cosmetics Untuk Wanita Yang Nak Cantik Cara Malas - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Wednesday, May 25, 2016

Dr. Irma Skincare & Cosmetics Untuk Wanita Yang Nak Cantik Cara Malas

dr irma skincare and cosmetics, whitening bb serum foundation, radiant white vitamin c serum
Dr. Irma Skincare & Cosmetics Untuk Nak Cantik Cara Malas | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku rajin sangat kalau bab menepek segala macam produk sebelum aku pergi kelas dan aku tahu, tak ramai perempuan kat luar, rajin macam aku. Aku kena start at least 30 minit before gerak ke kelas. Kena bangun awal pagi.  Ada masanya, aku pun malas jugak! :'(

Yes! Ini kisah benar. Budak kelas aku tu, berapa kerat je yang sanggup nak apply 10 barang kat muka macam aku sebelum keluar dari bilik. Tu yang ramai give up nak cantik. Paling rajin, bedak compact dengan lip balm yang 6 bulan pakai tak habis-habis. Bila ditanya nak cantik ke tak, semua kata nak! Pening dahku. Yes, masalah paling besar wanita, nak cantik, tapi malaaaaaaaasss....

Cantik Sambil Merawat dengan Dr. Irma Skincare & Cosmetics


Selama ni bagi aku, kalau nak cantik, paling kurang kena amalkan 5 produk. Toner, pelembap, krim, serum, sunblock, foundation. Eh, 6. Banyaknya! Patut pun malas. Senang cerita, kalau jumpa lagi si pemalas tapi nak cantik, aku terus recommend Dr. Irma Skincare & Cosmetics. Dengan dua produk je dah boleh dapat wajah cantik jelita sebelum keluar rumah. Terbaik! :D


Dr. Irma Skincare & Cosmetics menghasilkan 2 produk signature dengan formula berasaskan moto 'cantik sambil merawat'. Honestly, nampak cantik dan flawless je tak cukup. Kita akan dapat rasa yang kita menipu diri sendiri. Bagi aku, kulit wajib kena sihat dan segar. Barulah innershine tu menyerlah di luar. Barulah orang nampak kita berseri-seri. Tak kusam. Get it?


Produk Dr. Irma Skincare & Cosmetics merupakan produk buatan Malaysia yang dihasilkan di kilang yang diiktiraf oleh GMP. Kedua-dua produk ini juga sudah diluluskan oleh Kementerian Kesihan Malaysia KKM. Memang selamat sebab produk Dr. Irma tidak mengandungi merkuri dan hidroquinon. Jadi, memang dijamin selamat dan halal.

Dr. Irma Skincare & Cosmetics adalah produk terbaik untuk mereka yang mengalami masalah
  • jerawat
  • jeragat
  • parut
  • kulit berminyak
  • tona kulit tidak sekata
  • masalah kulit yang lain

Dr. Irma Radiant White Vitamin C Serum (NOT160501839K)


Radiant White Vitamin C Serum merupakan produk Dr. Irma yang sangat disukai oleh ramai penggunanya. Kita semua tahu kehebatan Vitamin C dalam memberikan kulit sihat, cantik dan cerah seperti yang diidamkan oleh semua wanita. Bukan tu je, penggunaan Vitamin C juga akan membuatkan kulit lebih sihat dan 'kebal' daripada sebarang masalah kulit.

radiant white vitamin c serum, dr irma skincare

Serum Vitamin C Dr. Irma ini didatangkan dengan dropper untuk tujuan kebersihan. Sedut dan terus apply pada muka. Lepas tu baru ratakan dengan tangan untuk maximum absorption. Tak delah jari kita ni memindahkan bakteria ke dalam bekas Vitamin C tu. Baunya agak kuat, ala-ala herba gitu, tetapi jenis yang boleh diterima. Mungkin, ada yang akan suka dan addicted dengan baunya. :D


Kelebihan dan Manfaat Dr. Irma Radiant White Vitamin C Serum

  • kulit menjadi lebih cerah, anjal, tegang
  • kulit menjadi awet muda
  • memudarkan jeragat
  • merawat masalah jerawat
Harga: RM98
Isipadu: 15ml

Dr. Irma Whitening BB Serum Foundation (NOT160200012K)


BB Serum Foundation Dr. Irma memang unik. One of a kind! Warnanya menggunakan Dr. Irma's signature colour. Ala-ala nude pinkish sikit. Memang sesuai untuk semua tona, semua jenis kulit. Terutamanya kulit orang Asia. Macam kita nilah. 

whitening bb serum foundation, dr irma skincare

Bila aku buka, ada spatula. Mesti untuk tujuan hygiene juga. Tak nak kita colek bb cream tu pakai tangan. Bau wangi. Pastu, dia jenis water based. Siap boleh mengalir dalam bekas tu. Bukan jenis yang compact, so memang senang nak apply. Dab dab sikit, ratakan dengan span. Tak sampai seminit, dah sekata dengan kulit. Kenapa senang sangat ni?

Fungsi Dr. Irma BB Serum Foundation

  • penyegar kulit
  • pelembap kulit
  • pelindung sinar Matahari UVA/UVB SPF35 (sunblock)
  • bedak asas penyamar noda dan parut
  • highlighter yang menyerlahkan kecantikan wajah

Masa aku main colek-colek je kat tangan. Aku memang seorang yang comot!. T_T

Kelebihan dan Manfaat BB Serum Foundation

  • mencerahkan dan melembapkan kulit
  • merawat masalah jerawat dan jeragat
  • menganjal dan menegangkan kulit
  • melindungi kulit daripada sinar UVA/UVB dengan kandungan SPF35
  • menaikkan seri wajah
  • sesuai untuk semua jenis dan tona kulit
  • tahan lama sehingga 8 jam
Bila aku dah ratakan pada kulit. Nampak tak ada bersinar-sinar tu? Tu yang buat muka kita nampak glowing! Suka! :D

Bahan Istimewa Dr. Irma Whitening BB Serum Foundation

  • stem sel epal
  • ekstrak mawar alps
  • vitamin C dan E
  • kolagen ikan salmon dari Perancis
Nampkkan beza warna pada jari dengan tangan? Coooolzzz...

Hasilnya bila dah apply leklok cantik je kat muka. Terus ceria uols! :D

Harga: RM98
Isipadu: 20 ml

Review Radiant White Vitamin C Serum dan Whitening BB Serum Foundation oleh Mujadafewa


For me, vitamin c serum dengan bb serum foundation by Dr. Irma are great products. Both are a success! Suka sangat dengan Vitamin C tu sebab dia senang je absorb, tak sticky, tak oily. Memang just nice. Lepas apply pun, memang tak de keluar ruam ke hape. Jerawat pun tak naik. Safe for the skin. Kulit pun rasa lembut je. Nak sentuh selalulah macam ni. Mmm

whitening bb serum foundation, radiant white vitamin c serum, dr irma skincare
Foundation, mascara, lip balm. Lepas dah siap apply, dalam rumah, sejuk.
BB serum foundation lagilah aku suka. Biasanya, aku guna sebagai make up base, tapi kalau pakai dia saja pun dah ok untuk light application. Suka sangat bila foundation buat aku nampak cantik sambil rawat kulit muka pada masa yang sama. Senang apply. Ratakan sikit, dah sebati dengan kulit. Makin lama makin cantik pulak tu. Tahan lama. Not oily pun sebab water based.

Lepas beberapa jam pakai. Direct dengan cahaya Matahari, panas dan berpeluh.
Ada efek glowing pula tu. Macam glittery, sparkly. Tapi tak nampak pelik. Nampak naturally glowing. Sesuai sangat sebagai highlighter pakai dekat tulang pipi tau. Tahan lama pulak tu. Lepas dah berpeluh sakan pun, foundation still melekat elok kat muka. Still ahkak menten gorgeous vavavum! The best feeling I could ever feel.

Bagi gambar sisi pulak.

Bila rasa cantik, mestilah nak selfie bebanyak. Kena faham.

Cer compare. Cantik je kan dedua? :D

Jana Pendapatan dengan Dr. Irma Skincare & Cosmetics

Jika anda berminat untuk menjadi agen Dr. Irma Skincare & Cosmetics, jangan buang masa. Whatsapp 0102884980

-------

Dr. Irma Skincare & Cosmetics sememangnya jenama yang sangat berkualiti untuk semua wanita cantik jelita kat luar sana. Jangan ragu-ragu untuk memilih produk Dr. Irma jika ada yang kat luar tu yang masih mencari-cari foundation merangkap skincare yang sesuai untuk kegunaan harian. Pastinya, semua akan berpuas hati dan tak akan kecewa. Insya Allah. :D

'Keyakinan Anda, Kebanggaan Dr. Irma'

Wassalaam.

3 comments:

  1. makin flawless la cik muja lps nie .... :3

    http://www.kaissi.my/2016/05/sesi-latihan-jdt-bersama-valencia-cf.html

    ReplyDelete
  2. jeles la semua orang, kena dapatkan satu

    ReplyDelete