Kafe Jiran- Restoran Western Food Untuk Makan Malam Romantis - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Friday, May 06, 2016

Kafe Jiran- Restoran Western Food Untuk Makan Malam Romantis

Kafe Jiran- Restoran Western Food Untuk Makan Malam Romantis | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Nak dijadikan cerita, baru-baru ni, i just got few new friends yang very the nice and warm and best giler. So, kitorang yang dalam proses menghabiskan ganti puasa mesti cari tempat-tempat best untuk berbuka. We are so lucky to be in Pengkalan Chepa sebab banyak sangat tempat makan best kat kawasan kitorang. One of them ni lah, Kafe Jiran. Siap pernah masuk Jalan-jalan Cari Makan chuoollsss... Kerlas!

Jiran Cafe- Pizza, Western Food and Pasta


Jiran Cafe ini sebuah restoran yang lebih berfokuskan makanan barat, pizza dengan pasta. Aku naik je kat bahagian atas restoran, agak terpana juga dengan suasana romantis atas tu. Aku lupa la ada muzik ke tak. Kalau ada haruman manis lagi best rasanya. Baru bertambah-tambah romantiknya tu. Haissyyy, nak kena belanja umi dengan abah makan kat sini kot nanti. :P

Walaupun lebih kepada western food, untuk yang tekak selera kampung macam aku nih, jangan risau. Hidangan Melayu pun ada. Tapi, specialty dorang memang dengan western food. Waiters dia pun kemahen lagi. Cakap KI IL dengan aku yang Kelantan totok nih. Bunyi slang Mat Salleh pun ada. Pengaruh makanan western la tu.

kafe jiran, jiran cafe, western food kelantan, jiran western food

Kitorang pergi awal, lepas setel solat Maghrib, terus gerak. Dah nama pun puasa. Jadi, tak ramai lagilah orang masa tu. Duduk tak lama, aku turun nak amik air kosong kat bawah, penuh orang. Kalut ribut pelayan dok entertain customer. Tu yang sampai tak ingat aku air kosong tu. Husnudzon. :D


Sebelum pergi, kitorang dah book dulu. Nak duduk tingkat atas. Tak mainla campur sesak-sesak kat bawah ni. Kemahen lagi. Kat atas tu ada dua jela meja yang berpenghuni. Zaman sekarang, macam dah jadi trend restoran buat siap-siap tempat untuk pengunjung ambil gambar. Ada je benda-benda rare dorang letak kat celah memana dalam restoran. 


Tengoklah tu. Aku yang excited bila ada basikal tua dalam restoran. Basikal tua je pun. Kalau dok tepi jalan, non hado aku nak bergambar. Ni satu lagi, couch ni dia letak kat tengah-tengah. Dengan bantal comel gitu, mana boleh lepas peluang bergambar acah-acah model IKEA. Once in a lifetime chance tuuu..

Makanan Barat Lazat di Cafe Jiran


Sorry sebab aku tak hafal pula nama dengan rege makanan di Jiran Cafe nih. Korang nanti pergi, pepandailah. Aku doakan korang pilih makanan yang sama sedap dengan makanan kitorang hari tu. Semoga korang bernasib baik macam kami jugak. Amiin.






Nama je restoran western, nasi goreng kampung pun ada jugak.

makanan barat di kafe jiran, jiran cafe western food, western food kelantan
Korang cari papan tanda ni kat kawasan Demit tu, jumpa la tu.

Oh ye, sorry sebab gambar tak berapa cantik. Fon kamera cabuk je. Nazak kalau low lighting macam kat sana. Kata nak romantik. Mana boleh terang sangat. Kena ala-ala nampak tak nampak gitu.

Jiran Cafe Kota Bharu
Alamat:
Lot 485, Kg Telok Baru
Jalan Demit, 15200 Kota Bharu,
Kelantan
GPS:
6.109638, 102.281485
No. Telefon:
012 955 6477
Waktu Operasi:
Setiap hari dari 5 petang hingga 12 pagi

Wassalaam.

2 comments:

  1. eh, ingtkan kat Wangsa Maju KL ni

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap dari gambar-gambar tu.. Kalau pergi KB bolehlah singgah..

    ReplyDelete