Naik Pangkat Level 1 di Fiverr.Com - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Wednesday, May 18, 2016

Naik Pangkat Level 1 di Fiverr.Com

Naik Pangkat Level 1 di Fiverr.Com | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Buat mereka yang belum tahu, aku memang cari duit tambahan secara online. Especially yang tak payah bayar langsung, tapi boleh buat duit. Selain dengan blogging, Fiverr.Com adalah lubuk pendapatan aku. Yelah, kalau aku nak beli barang karut marut, malu pulak nak minta dengan husband. Lagi suka cari duit sendiri. Rasa cool je gitu. Ekekeke.



I started Fiverr not very long time ago. Tak ingat bila tapi my first order was on 11 Dis 2014. Diam tak diam, dah masuk tahun ketiga aku dengan Fiverr. Alhamdulillah, ku memang puas hati dengan hasil yang aku dapat. Pendapatan dalam USD pulak tu. Bila nak transfer masuk Maybank, aku guna Paypal. Alhamdulillah. Pendapatan aku setakat aku join sudah mencapai $72. 

Dalam sehari je, aku set up semua gig yang aku boleh buat. Aku bukan kreatif sangat, bukan reti sangat about digital stuff. Kalau aku pandai design, lagi best. Aku download Fivver App kat Google Playstore. Senang sikit nak handle. Then, biar je kat situ. Bagi aku, kalau ada, adalah. Terbukti, rezeki daripada Allah tu ada. Malas malas pun dapat. Kalau rajin, tak jadi aku jadi cikgu. Kih3

Kriteria Level 1 Selller di Fiverr
  • Aktif selama 30 hari di Fiverr
  • Menyiapkan sekurang-kurangnya 10 tempahan individu
  • Kekal rating 4 bintang dan ke atas
  • Kadar pembatalan yang rendah
Kelebihan Sebagai Level 1 Seller di Fiverr
  • 15 gig aktif
  • 4 ekstra untuk gig
  • 10 gandaan gig
  • Lebih kelajuan
  • Hantar tempahan custom
  • Di mana-mana sahaja
Ada juga job offer yang datang dari Fiverr.Com tapi bersambung di email dan whatsapp. Kalau ikutkan peraturan, Fiverr.Com akan detect kalau maklumat diberi melalu inbox. Tapi pelanggan ni jumpa email aku di blog. Dapat pula income course dari situ. Jadi, selain buat duit kat situ, Fiverr.Com juga dah jadi tempat untuk aku promote blog aku. Great!

Kalau bosan tak tahu nak buat apa kat rumah, silalah join Fiverr.Com sebab free je. Kalau nak tahu servis apa yang aku offer, korang check kat Muja's Fiverr Profile ni k. Manalah tahu, korang pun rasa macam nak kolaborasi dengan aku. Jangan segan, jangan malu. Order gig aku. Murah berbanding kalau korang Whatsapp aku k. Hehehe

Wassalaam.

No comments:

Post a Comment