Papparich- Semua Malaysian Delights Dalam Satu Restoran Gah!

5/03/2016

papparich, papparich aeon kb, aeon kota bharu, papparich kota bharu, papparich kelantan
Papparich- Makanan Kebanggaan Malaysia Dalam Satu Restoran Gah! | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Memula dengar nama Papparich, macam restoran western. Rupa-rupanya, restoran Papparich adalah restoran yang telah mengangkat nama Malaysia di persada antarabangsa. Semua makanan yang disediakan berasal dari merata tempat di Malaysia.

Kalau tak kerana food review di Papparich, tak sanggup rasanya nak redah lautan kereta di jalan tu. Dah la penat tak hilang lagi balik dari sekolah, cuaca panas yang amat. On the way, ambil Faizah yang dok tunggu tepi jalan. Sampai je sana, masya Allah. Terus rasa macam ada kat Kolumpo. Besar sungguh AEON ni. Canggih. Bila masuk, terus rasa sejuk ekon. Kat luar panas lit lit. El nino kan sekarang. Tak pelah. Demi nak rasa makan sedap, redah jugaklah.

Papparich AEON Mall Kota Bharu- Pertama di Pantai Timur, di Kelantan, di Aeon Mall


Tahun ini memang merupakan tahun bersejarah bagi negeriku yang tercinta, Kelantan, bila ada sebijik AEON Mall terpacak di Lembah Sireh, Kota Bharu. Semua orang pakat dok kalut nak join opening sampai jammed teruk kat sekitar Kota Bharu. Aku sebagai ore Kelate, rasa sangat bangga bila Papparich memilih AEON Kota Bharu sebagai AEON pertama yang mempunyai cawangan Papparich, yang juga merupakan Papparich pertama di Pantai Timur.

Papparich di AEON Kota Bharu Shopping Centre adalah cawangan Papparich yang ke-82 di seluruh Malaysia dan yang ke-120 di seluruh dunia. Perghh! Banyaknya! Nampak sangat ramai yang sukakan hidangan di Papparich. Cawangan Papparich terbaru ini menawarkan hidangan lazat seperti ayam stim, kuey tiaw, stevia white coffee dan banyak lagi.


Pelbagai Hidangan Lazat dari Malaysia di Papparich

nasi lemak kari ayam, papparich kelantan, papparich kota bharu, papparich aeon kota bharu
Nasi Lemak with Curry Chicken- RM21.90
Nasi lemak dengan Kari Ayam nilah yang aku lantak hari tu. Terus lupa diet. Jenjarang dapat peluang rasa nasi lemak lengkap macam ni. Favourite aku mestilah sambal merah dia tu. Sedap sangat! Semua ada. Ayam ada, sotong ada, ikan bilik, telur.  Puas hati aku! :D

papparich, papparich kota bharu, papparich kelantan, makanan malaysia
Wantan Mee with Steamed Chicken-
Ini pula adik aku si Faizah punya. Wantan Mee with Steamed Chicken. Husband aku mesti suka punya nih. Untuk yang kurang gemar masakan pedas, aku recommend yang ini. Ayam dia tu lembut sangat. Sedap itu yang penting.

papparich kota bharu, roti bakar dengan kaya, papparich kelantan
Baked Loaf with Butter and Kaya- RM5.90
Kalau tengah bebajet makan western, makan yang ni je. Baked loaf with butter and kaya. Tengok ketebalan dia. Memang menyenyangkan. Kilang buat roti ni memang kilang eksklusif buat roti untuk Papparich je tau. Jangan memain.

bebola bijan pandan, papparich kota bharu, papparich kelantan, papparich aeon kb
Pandan Sesame Ball- RM5.90
papparich kelantan, papparich kota bharu, papparich aeon mall kb

Aku selalunya tak suka sangat kuih ni sebab inti kacang. Tapi, yang ni memang sedap. Inti warna hijau. Sampai habis aku balun. Manis manis sedap. Aku tak reti nak describe.

papparich aeon mall kota bharu, papparich kelantan, papparich kota bharu, fried chicken wings
Fried Chicken Wings (4 pieces)- RM15.90

papparich, papparich kota bharu, papparich kelantan, papparich aeon kb
Iced Jello Lava- RM9.90
Sedapnya air dia. Nak lagi. Nak lagi. Nak lagi. T_T

papparich, papparich malaysia, papparich kota bharu, papparich kelantan
Iced Organic Chocolate- RM8.50
Yang ni pun sedap. Tapi, of course la air aku lagi sedap. Kih3


Perihal Papparich Stevia White Coffee untuk Coffee Lovers with Diabetes


stevia white coffee, kopi putih stevia, papparich malaysia, papparich kelantan

Papparich Stevia White Coffee atau Kopi Putih Stevia adalah antara produk yang paling popular di Papparich sekarang. Ramai yang memilih stevia white coffee sebab minuman ini menggunakan pemanis stevia yang sangat terkenal sebagai pengganti gula semulajadi. Memang sesuai untuk peminat kopi yang menghidap Diabetes. 

papparich malaysia, papparich kelantan, papparich kota bharu, papparich aeon kb
Yang paling kiri tu, Stevia White Coffee yang sangatlah sedap!

Stevia sangat baik untuk kesihatan kerana indeks glisemiknya rendah dan mengandungi 0 kalori. Sekarang, pesakit diabetesdan peminat kopi berpeluang menikmati kesedapan kopi asli kegemaran mereka tanpa rasa bimbang, tanpa ragu. Paras gula dalam badan tak naik pun. :D

suasana papparich aeon kota bharu, papparich di kelantan, papparich kota bharu

Kat depan restoran Papparich sekarang tengah ada kiosk promosi Stevia White Coffee. Stevia white coffee diberi secara percuma. Aku dah try. Mana boleh lepas barang free. Sedap hoih kopi dengan stevia! Ingatkan kuranglah manis bila tak guna gula. Lagi sedap dan sihat adalah. Good job! :D

Suasana Tenang di dalam Papparich AEON Kota Bharu


papparich malaysia, papparich kelantan, papparich kota bharu
Aku dengan Miss Wendy yang sangat baik. :')
You know what, this is macam my first time pergi untuk food review. Aku risau juga kalau aku terawkward, tersememeh, tertumpah sana sini sana sini. Tapi, layanan daripada Miss Wendy buat aku rasa selesa. Orang Papparich memang sweet macam ni ek? Roti iols tu, dia yang sapukan butter dengan kaya. Pastu, susunkan makanan untuk aku amik gambar. Aduss. I am falling in love. Thank you Miss Wendy for your warm hospitality. :D

papparich malaysia, papparich kelantan, papparich kota bharu, papparich aeon kb

Hari pertama pun dah ramai yang makan kat Papparich ni. Mungkin dorang ni peminat Papparich yang dah lama rindu nak makan kat sini, tapi baru dapat sebab Papparich baru ada kat KB. Andaian aku jelah. #justwondering

papparich malaysia, papparich kelantan, papparich kota bharu, papparich aeon kb

Lupa pula nak ambil gambar kiosk Stevia White Coffee tu. Nampak kakak baju hijau belah kiri tu? Akak baju hijau tu la yang dok jaga kiosk tu. Busy layan orang nak rasa kopi putih stevia la tu.. :P

papparich malaysia, papparich kelantan, papparich kota bharu, papparich aeon mall
Rekaan moden terbaru Papparich

Lama juga aku borak dengan Miss Wendy. Beliau ada cerita sejarah Papparich yang bermula dengan hanya menjual roti sampailah membuka cawangan di 11 negara termasuklah di Amerika Syarikat, Hong Kong dan Korea. Curlas kau Jah! Restoran ini sentiasa dibersihkan 3 kali sehari untuk mengekalkan tahap kebersihan terbaik. Siap bercerita proses rumit dealing with JAKIM. Serta merta keyakinan aku pada ketelusan JAKIM meningkat. Sorry sebab kurang percaya sebelum ni.  Huhuuu

Buku Baucar Papparich AEON Kota Bharu


buku baucar papparich aeon kota bharu

Sempena dengan pembukaan outlet Papparich di AEON KB, pelanggan akan diberikan buku baucar Percuma dengan setiap pembelian Kopi Putih Stevia di Papparich. Bolehlah kita guna untuk dapatkan makanan sedap kat sana dengan harga jauh lebih murah. Tawaran ni terhad hingga lepas raya je tau. Jangan tunggu lama-lama sangat. :D


papparich malaysia

Honestly speaking, aku sangat sangat recommend untuk korang rasa pengalaman makan hidangan lazat di Papparich. Suasana moden dan tenang, layanan kelas pertama, dan yang paling penting, hidangan yang sedar dan segar dari ladang. Rugi tak cuba! :D

Papparich Cawangan AEON Kota Bharu:
Alamat: S41, Tingkat 2, AEON Kota Bharu Shopping Centre
Waktu operasi: 10 a.m.-10 p.m.
Tel: 03 5633 1196 / 012 969 0656 Fax: 03 5633 5596
Laman web: www.papparich.com.my 
Instagram@papparich.my

Wassalaam.

You Might Also Like

4 click here, you comment, you are awesome

  1. Replies
    1. sila sila.. sila bergerak ke papparich sekarang.. heheheee

      Delete
  2. dapnye kak mujaaaa . tok sapa lagi kat ae ong ni , keno gi nih sekali...

    *guna sbg cik anon dulu eak. malas nak login gmail,kikiki

    -Aiman Aziz

    ReplyDelete
  3. saya memang suka paparich. sedap!

    ReplyDelete

FOLLOWERS

SUKA BELI SINI

PENAFIAN

Segala maklumat yang disampaikan di blog ini adalah daripada pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang kesalahan oleh orang lain yang menggunakan maklumat daripada blog ini. Sekian.