Pembukaan Watsons di AEON Mall, Kota Bharu Meriah! - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, June 09, 2016

Pembukaan Watsons di AEON Mall, Kota Bharu Meriah!

Pembukaan Watsons di AEON Mall, Kota Bharu | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Walaupun masa tu beberapa hari je lagi nak exam, aku memang tak lepaskan peluang untuk join pembukaan Watsons di AEON Mall. Aku pelanggan setia Watsons kot. Masa ni la nak rasa rewarded sikit. Masa tu AEON Mall baru buka. Lagilah excited. Walaupun dah banyak kali pergi sana sebelum tu. Bawa few partners in crime, perfect!


Pembukaan Watsons kali ni dimeriahkan lagi dengan kehadiran 2 orang dj dari stesen radio terkenal di Pantai Timur, Thr; Dj Nazrin dan Dj Shah. Nak kenal dorang? Inilah dorang.



Best betullah dorang dua orang ni. Suara sedap. Meriah jadinya pembukaan Watsons dengan celoteh dorang yang mesra sangat. Sesuai sangat jadi Dj radio popuplar. Tu yang Thr ramai sangat peminat. 



Hari tu, dalam 200 baucer diagihkan. Bestla semua yang dapat. Boleh beli barang dengan potongan harga. Sape la yang tak suka beli barang kecantikan murah? Tak de lelaki yang tak suka, perempuan lagilah suka. Macam aku ni lah. 


Bila bergema je suara Dj Shah dengan Dj Nazrin dalam AEON Mall tu, berderu-deru orang yang datang. Terus beratur panjang untuk dapatkan baucer. Masa nilah nak ambil peluang beli skincare ke, healthcare ke dengan harga murah. Mana boleh lepas peluang macam ni. :P


Cantik sungguh jurucakap Watsons. Ni mesti sebab selalu hidup dengan skincare dan healthcare yang lengkap dari Watsons. Memang sesuai dengan profession beliau. Personaliti pun best. Suka sangat ngan wanita cantik yang membeli inspirasi ni. :D







Siap dengan paluan kompang lagi kau. Untunglah bebudak kompang ni. Dapat bergambar secara eksklusif dengna orang-orang hebat.


See? Aku cakap korang tak percaya. Tengoklah berapa ramai yang beratur nak masuk Watsons ni. Kejap je dah habis baucer Watsons 200 keping.


Aku tak lepaskan peluang bergambar dengan Jude Benjamin yang sudah sudi menjemput aku untuk hadir ke pembukaan Watsons ni. Nampak sangat he tried very hard to ensure smooth running of the event. Thank you Jude. :D



Nilah partners in crime aku pada hari tersebut. Terima kasih sudi teman ye. Sukalah tu semua orang dapat free gifts cools dari Watsons. Jangan lupa guna. Mana tahu esok ada yang masuk meminang.


Dalam ramai-ramai tu, boleh pulak terjumpa dengan cikgu Add Maths dulu. Berjodoh. Amik gambar sekeping, terus hilang celah orang ramai. Tak sabar betul nak shopping dalam Watsons. Kih3


Nilah mukanya pelanggan setia Watsons. Jadi model Watsons pun ok gak ni kan? Tak pun promoter. Kih2

Jangan lupa lawati


untuk lebih lanjut tentang produk berkualiti yang boleh didapati di Watsons store. Selamat jadi cantik, menarik dan tertarik. :D

Wassalaam.

2 comments:

  1. Wah bestnya ... memang suka beli alat2 kecantikan kat watson ni :)

    ReplyDelete
  2. kita pun suka giler masuk watson

    ReplyDelete