Selesai Sudah Sesi Praktikum Terakhir Aku- Entri Apresiasi - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, June 02, 2016

Selesai Sudah Sesi Praktikum Terakhir Aku- Entri Apresiasi

Selesai Sudah Sesi Praktikum Terakhir Aku | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Akhirnya, bertukar sekali lagi daripada Celcom kepada Digi. Barulah dapat akses internet dengan line H+ di kawasan kampung aku ni. Dapatlah juga aku update blog sesuam kuku nih. Lama dah edit gambar, tak juga update. Akhirnya, menulis juga aku kat sini. :)


By the way, dah lebih dua bulan aku tinggalkan Sekolah Kebangsaan Panji, Kota Bharu. Selesai sudah sesi praktikum fasa ketiga, praktikum fasa terakhir. Sekarang tengah cuti, lepas ni masuk fasa internship, then graduate. How fast time flies. Sedar tak sedar, kurang 6 bulan lagi aku dah nak graduate. Hopefully, everything will run well as planned. Korang pun patut doakan aku. Kan aku akan jadi english teacher. Mana tahu anak korang bertuah boleh jadi pelajar aku. Ekekeke.



Aku akui, praktikum fasa ketiga paling mencabar. Cabaran pertama mestilah penerimaan diri sendiri dengan persekitaran sekolah yang baru, cikgu baru, pelajar baru. Aku terlalu selesa kat sana kat SK Melor. So, it took quite a long time untuk aku adjust dengan suasana yang baru di SK Panji. Alhamdulillah, at the end of the session, aku dah boleh tinggalkan sekolah tu dengan hati yang terbuka. Tak de pape masalah yang aku tinggalkan tanpa selesaikan. At least, I thought so.



Antara cabaran yang terbesar juga, praktikumate yang baru. Aku really tried hard to accept, to show acceptance, hoping to get close, feel close. Tolong itu ini, ajak borak. Tapi, still hambar. Towards the end pun, macam tak boleh juga nak adjust. So, we just went through the process till the end macam tu jelah. Alhamdulillah juga, tak de benda yang teruk juga. Yang lepas biarlah lepas. Dah orang tak boleh nak click ngan kita. Kita tak boleh nak buat apa. Kita kena terima. Teringat pula kata-kata dalam filem Insurgent, 'Kita tolerate bila boleh, kita jangan tolerate bila tak boleh.'



Here, I just want to thank everybody yang dah contribute to my practicum success. Firstly, my supervisor Puan Faridah Jaafar yang dah banyak bagi nasihat. Macam mana nak engage with pupils, macam mana appropriate appearance sebelum masuk kelas, macam mana nak jalan untuk nampak macam cikgu berwibawa, macam mana nak grab pupils' attention. Yang dah sudi datang observe, guide untuk action research, check Lesson Plan. Semualah. Insya Allah, semua nasihat, saya akan apply bila dah jadi real English teacher nanti, :') 


To all the teachers juga, terutamanya mentor kami, Teacher Salina dan Teacher Asyikin,  terima kasih banyak-banyak sebab sudi terima kedatangan kami bertiga dan memberi segala tunjuk ajar dan pertolongan. Minta maaf banyak-banyak untuk segala kesalahan dan kesilapan yang kami lakukan sedar dan tidak sedar. Kalau ada menyusahkan, sorry. Halalkan juga makan minum kat sana ye. Best betul bila ada jamuan kat sekolah. Hehehe



Lastly, to all my pupils, thank you so very much sebab dah cooperate very well with me sepanjang praktikum. Walaupun dah kena marah, dah kena lempar buku, dah kena jalan itik, ketuk dengan pembara, still sudi buat Farewell Party for me. I don't know what I have done to receive such appreciation. Thank you so much for the effort. I really really appreciate it. Sorry for everything yang teacher dah buat salah k. Teacher berdoa agar korang berjaya di dunia dan akhirat. Amiin.




Tu jelah coretan aku kali ni. Doakan kejayaan aku untuk semester terakhir tak lama lagi ye. Doakan aku dapat adapt pula dengan fasa kehidupan aku yang terbaru nanti. Fasa menganggur menunggu jadi cikgu, fasa jadi isteri sepenuh masa buat sementara, fasa jadi cikgu, dan fasa kehidupan lain sehinggalah sampai ajal. Moga-moga kejayaan milik kita di akhirat kelak. Amiin

Wassalaam.

2 comments:

  1. Good luck! Best plak tgok pengalaman prac org len bidang๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

    ReplyDelete