Variasi Pilihan Makeup Organiser Cantik Comel di Gracias Online Store - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Monday, June 20, 2016

Variasi Pilihan Makeup Organiser Cantik Comel di Gracias Online Store

Variasi Pilihan Makeup Organiser Cantik Comel di Gracias Online Store | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Baru-baru ni kan, kat KB ni ada bukak shopping mall baru. AEON Mall. Berpusu-pusu orang datang. Bukan setakat orang Kelantan, orang Terengganu pun spotted kat sana. Nak dijadikan cerita, jalan raya sesak, tempat parking penuh, barang cantik cepat je habis. Last last nganga je. Balik tangan kosong. Sebab tulah aku suka sangat shopping online. Hehehe.

Baru-baru ni, aku terjumpa Gracias Online Store. Macam best sebab aku suka header dia. Macam girlish gitu. Aku suka imej shopaholic. Mesti banyak barang wanita. Antara barang yang ada kat online store ni adalah barang kecantikan dan penjagaan diri, bekas mekap, bekas barang perhiasan dan pakaian. Sebut je keperluan wanita, semua ada kat Gracias Online Store.

beli makeup organiser online, barangan wanita online, gracias store


Barang yang aku paling berminat di Gracias Online Store semestinya makeup organiser dia. Banyak sangat pilihan. Nak dijadikan cerita, suami aku memang pantang nampak barang tak kemas. Aku ni bukan pengemas sangat. Malu juga aku bila Nik selalu susun barang mekap aku kat atas meja. Lepas aku guna, berterabur balik. Jadi, aku memang nak kena ada makeup organiser seketul kat rumah. Sampai bila Nik nak tolong kemaskan untuk aku? Kan?

Aku dah lama dok intai makeup organizer yang sesuai. Kalau boleh nak banyak sebab nak letak kat bilik air, meja mekap dengan meja kerja. Sebagai beauty blogger, aku banyak terima produk untuk review. Alat tulis pun banyak. Aku kan nak jadi cikgu dah tak lama lagi. Makin lama, makin banyak barang. Tak tahu dah macam mana nak simpan bagi nampak kemas. Kalau ada almari kecil macam makeup organiser, senang sikit aku nak simpan alat tulis dengan alat mekap aku tu. Yang paling masalah, mestilah lipstick aku tuh. Nak kena jaga leklok. Nanti patah, nangis pula.

Pelbagai Pilihan Makeup Organiser Cantik Buat Wanita Rambang Mata


Banyak sangat pilihan makeup organiser di Gracias Online Store. Rambang mata hoiii. Macam macam saiz, macam-macam warna. Semua cantik, nampak classy, siap boleh buat jadi perhiasan rumah sekali. Yang paling penting, ia mampu jalankan tugas dia untuk simpan barang-barang mekap kita supaya tak nampak berterabur atas meja. Suami pun sakit mata tahu. Kat bawah ni antara makeup organiser yang dah menawan hatiku. Suami, mohon alert.

1. 360 Degree Rotating Makeup Organiser - untuk meja mekap.

makeup organiser berputar, beli makeup organiser online, gracias online store
Aku suka sangat dengan makeup organiser Lori Greiner yang cantik sangat ni. Kalau dapat, memang aku letak atas meja mekap. Makeup organiser ni unik sebab boleh berputar 360 darjah. Senang nak letak kat ruang sempit macam tepi dinding. Bila nak ambil barang yang terhalang, putar je dah boleh capai. Senang nak ambil, senang nak simpan balik. 

Banyak benda boleh sumbat dalam makeup organiser ni. Boleh muat sampai 100 alat mekap. Dengan adanya compartment berbeza, bolehlah kita asingkan barang mekap kita tu. Kat depan letak skin care, kiri letak semua foundation, bedak dengan blusher, kanan letak alat mekap mata, belakang letak yang bahagian bibir. Senang sikit nak cari.

Details :
  • 360-degree Rotating Display Stand 
  • ABS Plastic, bahan yang kukuh
  • Ukuran anggaran 10-1/2" tinggi x 11"L x 9-1/2" le
  • Warna : White and Pink
  • Hadiah percuma

2. White Wooden Storage Box and Makeup Organiser - untuk meja kerja


makeup organiser murah, beli makeup organiser online, gracias store

Alahai comelnya wooden makeup organiser nih. English style lagi! Perempuan manalah mampu tahan kalau tengok benda cute sangat macam ni. Warna putih bersih. Kalau letak kat mana-mana pun, boleh jadi perhiasan rumah sebab cantik sangat. Kat bahagian atas boleh letak pen, nota, klip kertas, losen dan tisu. Sesuai sangat letak kat atas meja kerja atau meja belajar. Mesti nampak elegan.

Ada laci-laci kecil. Nampak klasik pula design pemegang laci. Satu letak pin, satu letak brooch, satu lagi letak getah rambut. Semua benda nilah yang aku selalu hilangkan sebab tak tahu nak letak kat mana. Pastu terpaksa beli lain. Bila dah ada tempat simpan barang, harap kuranglah sikit kes kehilangan barang kat rumah tu. 

Details
  • Ada 3 laci untuk menyimpan barang supaya kemas dan teratur
  • Diperbuat daripada kayu mampat, cat berkualiti
  • Lebar 29cm, panjang 38cm, tinggi 16cm, senang diletakkan di atas meja
  • Warna: Putih dan pink

3. 2 Level Rotating Acrylic Makeup Organiser - untuk bilik air


makeup organiser acrylic, beli makeup organiser online, gracias online store

Bila nampak makeup organiser acrylic dua tingkat boleh berputar ni, terus aku terfikir nak letak kat bilik air. Bahan acrylic memang takkan berkarat. Kalau kotor pun, senang nak cuci. Tingkat atas aku punya. Tingkat bawah, Nik punya. Tak payah berebut. Kalau bilik air yang ada sink besar macam kaunter, boleh letak kat situ. Rekaan dia nampak simple, tapi boleh letak banyak barang.  

Aku dengan suami memang guna ada banyak produk personal care. Dari pencuci muka, skrub muka, shower cream, shampoo, conditioner, feminine hygiene. Kalau tak satu setiap jenis, ada dua or tiga. Krim itu krim ini lagi. Kalau tak de tempat nak simpan, berterabur juga jamban tu. Kalau organiser acrylic ni, kita penyelamat dunia.

Details:
  • boleh berputar 360 darjah
  • ketinggian boleh laras
  • diperbuat daripada bahan acrylic jernih dan tahan lasak
  • mudah dibawa dan dialihkan
  • senang dibersihkan dengan sabun dan air
  • tinggi 30cm dan lebar 25cm
  • warna: transparent
  • hadiah percuma


beg makeup, makeup organiser cantik dan murah, beli makeup organiser online
Sebelum kahwin, aku ada 2 rumah; rumah umi dengan asrama. Lepas kahwin, aku ada 4 rumah; asrama, rumah mertua, rumah umi, rumah kampung. Semua aku pergi menginap. Aku pula memang jenis tak boleh kalau tak bawa segala jenis mekap yang aku ada. Jadi, travel makeup organiser memang kena ada dalam hidup aku. Yang ni best sebab material nylon ringan dan senang nak cuci. Kalis air pula tu. Selamat alat mekap aku kat dalam.

Suami aku jarang balik rumah. Bila dia ada, mestilah aku nak nampak cantik sepanjang masa. Tak kiralah aku duduk rumah mana pun. Betul tak? Kat mana pun aku pergi, aku mesti usung beg mekap. Suami aku mesti rasa happy bila aku usaha untuk cantik depan dia. Aku pula akan gembira bila dia gembira. Itu yang penting.

Details:
  • tali ekstra untuk bawa di bahu selain bawa dengan tangan
  • dua saiz: S dan L
  • warna: hitam dan pink
  • kalis air
  • hadiah percuma
Cantik tak makeup organiser pilihan aku? Kalau korang tak berkenan, banyak lagi korang boleh pilih di Gracias Online Store. Bukan makeup organiser je, produk kecantikan diri, pakaian wanita, perabut, perhiasan rumah dan gajet pun ada. Macam-macam lagilah. Korang kena pandai-pandai godek sendiri. Banyak juga hadiah percuma dorang bagi dengan setiap pembelian. Aku tengok, bahagian promosi dia pun best. Ada baucer bagai. Berbaloi-baloi jadinya kalau beli barang kat sini.

Untuk lebih lanjut, lawati

Ps- program affiliate pun ada nih kalau korang nak join. Wassalaam. :D

3 comments:

  1. Berkenan dengan yang kayu tu. http://diarimommymuhaimin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. yang atas sekali lawa..sebab boleh berpusing..space ruang..

    ReplyDelete