Video Pertama di Youtube.Com - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, June 30, 2016

Video Pertama di Youtube.Com

Video Pertama di Youtube.Com | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku memang antara peminat Youtube sebab senang nak download video kat sini guna software yang Mukmin bagi dulu. Kat tempat lain, aku tak reti sangat.

Tak macam husband aku yang pantang nampak ada cerita baru, mesti cari, mesti download. Dah download, sayang nak delete. Lepas tu, bila storage dah merah, kalut pulak cari hard disk la, pen drive la.

Balik kepada perihal Youtube. Bila dah lama buat benda sama bertahun-tahun, rasa bosan pula. You get tired easily when you keep doing the same thing over and over again. Bila nak berkembang? Sampai bila nak duduk dalam comfort zone? Hal ini termasuklah juga dengan blogging.

Haippp! Taklah. Aku bosan bukan jenis bosan yang nak tinggalkan terus. Cuma, nak buat benda lain juga so that banyak benda berbeza boleh dibuat. Variety of stuff to do, variety of experiences. Kalau rasa nak buat yang ni, boleh buat yang ni. Jadi, aku ada options to choose. Tak delah menghadap benda sama je hari-hari. Dapat tak yang aku nak sampaikan ni?

Gambar sekadar hiasan.

Jadi, lepas consider diri sendiri sebagai social media influencer yang tengah developing (soon to be developed. pray hard.), aku dah buka my own Youtube channel so that aku boleh lebih exposure lagi tentang dunia maya nih. Yelah, tak semua orang suka blog. Tak semua orang suka youtube. Jadi, aku nak approach kedua-duanya. Tamakkan? Kih3

However, aku nak minta maaf awal-awal kepada those yang sudi tengok video aku kat sana sebab memang tak pandai sangat dengan video recording or editing. Memang horrible. Suara aku pula kuat dan memang serak yang memang boleh buat cair taik telinga so i am sorry.

Thank you juga sebab sudi view. Bila dah view nanti, jangan lupa subscribe dan thumb up k (newly learned terms). Nak tengok video pertama yang aku dah upload kat sana? Nak tahu video tu pasal apa? Klik SINI.

Jangan tengok je! Subcribe dan thumbs up sekali tau. Kalau rajin, tinggalkan komen and sharekanlah. Kih3.

Wassalaam.



4 comments:

  1. Dah tgok dah video..kabur skit dan nervous detected haha..nice try dan boleh improve lagi hehe...salam pkenalan! selamat hari raya...

    ReplyDelete
  2. singgah syawal

    http://belogs.blogspot.my/

    follower 2364

    ReplyDelete