Hantar Anak Belajar Bahasa Inggeris di United Kingdom

8/08/2016

Hantar Anak Belajar Bahasa Inggeris di United Kingdom | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Suatu hari nanti, aku nak pergi London, United Kingdom. Ada 2 sebab. Pertama, sebab aku nak rasa guna bahasa Inggeris di tempat yang memang bahasa itu digunakan sebagai bahasa utama. Kedua, umi aku pernah bagitahu, dia pernah bercita-cita nak pergi England. Terbercerita angan-anganlah pulak. Kih3

Belajar Sambil Melancong di United Kingdom, UK


Berbalik kepada perihal belajar bahasa Inggeris di United Kingdom. Mula-mula sekali, kita kena tahu di mana letaknya United Kingdom. United Kingdom ini terdiri daripada 4 buah negara iaitu England, Scotland, Wales dan Ireland. Jadi, elakkan menggunakan England bila bercakap pasal United Kingdom. Kecil hati pula 3 negara lagi tu.

Bila cakap pasal UK, aku terus terbayangkan kota London di England. Terus terbayang-bayang jambatan London yang gah selalu keluar dalam tv. Mesti seronok kalau dapat peluang selfie kat situ. Boleh jumpa orang ramai yang tak sama warna kulit, tak sama bahasa, tak sama budaya. Lepas tu, kita akan merasa pengalaman menyesuaikan diri di sana.

kursus musim panas bahasa inggeris di uk
Jambatan London yang sangat cantik menarik tertarik!

Kalau berpeluang, aku teringin pergi ke United Kingdom untuk sambung belajar dalam bidang TESOL. Kalau kat Malaysia, TESL; Teaching English as a Second Language. Kalau kat sana, TESOL; Teaching English to Speakers of Other Languages. Sama je bagi aku. Lepas tu, ambil IELTS untuk membuktikan kemampuan aku aku sebagai cikgu bahasa Inggeris. Kalau tengah stress, boleh jenjalan kat jambatan cantik tu. Mesti tenang je rasa.

Antara universiti di United Kingdom yang ada kursus bahasa Inggeris adalah:


kursus bahasa inggeris musim panas di manchester uk
University of London

belajar bahasa inggeris semasa cuti musim panas di uk
University of Manchester

belajar bahasa inggeris di uk, belajar inggeris di united kingdom
University of Birmingham

belajar inggeris di united kingdom, belajar bahasa inggeris di uk
University of Cambridge

belajar bahasa inggeris di united kingdom, belajar inggeris di uk
University of Oxford

Kursus Bahasa Inggeris Untuk Family dan Anak-anak di United Kingdom


Teringin tak kalau kita boleh belajar bahasa Inggeris sambil melancong di United Kingdom? Pastu, boleh bawa anak-anak sekali. Tak payah menetap kat sana lama-lama pun. Pergi kejap, pastu balik Malaysia semula. Lepas balik Malaysia, bahasa Inggeris kita insya Allah bertambah baik, bertambah hebat. Nak tak?

Kini boleh! Di Manchester, terdapat kursus berkumpulan yang diadakan semasa musim panas. Kursus ini berjalan dari pertengahan bulan Jun sehingga pertengahan bulan September. Kursus ini akan memfokuskan kepada situasi harian sebenar yang memerlukan penggunaan bahasa Inggeris. Sebagai contoh, situasi membeli cenderamata dan hadiah, meminta tunjuk arah, berkongsi tentang hobi dan merancang sebuah percutian.

Selepas penilaian secara online dan lisan dilakukan, peserta akan diletakkan di dalam beberapa kumpulan, sesuai dengan tahap bahasa Inggeris masing-masing. Peserta akan diajar menggunakan pendekatan komunikatif oleh guru yang berpengalaman. 

Tempat untuk kursus ini adalah sangat terhad. Buat mereka yang berminat, bolehlah menempah tempat secepat mungkin di pautan di bawah

Email- office[at]communicateschool.uk
Telefon- + 44 (0) 161 235 8480

Sekarang bulan Ogos. Sempat lagi kalau nak join. Kalau ada rezeki lebih, apa salahnya melabur untuk ilmu dan pengalaman. Anak-anak pun suka. Mesti dorang senyum je sampai telinga. Tak de salahnya. Selamat maju jaya!

Wassalaam.

You Might Also Like

2 click here, you comment, you are awesome

  1. teringin jugak nak melancong jauh2 ni.. hehe

    ReplyDelete
  2. Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. REZEKI dan KEJAYAAN

    ReplyDelete

FOLLOWERS

SUKA BELI SINI

PENAFIAN

Segala maklumat yang disampaikan di blog ini adalah daripada pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang kesalahan oleh orang lain yang menggunakan maklumat daripada blog ini. Sekian.