Kenapa Kena Ada Diari Diet v2.0 Untuk Kurangkan Berat Badan? - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Saturday, September 03, 2016

Kenapa Kena Ada Diari Diet v2.0 Untuk Kurangkan Berat Badan?

Cara Paling Berkesan Kurangkan Berat Badan Dengan Diari Diet Versi 2.0 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Macam mana nak kurangkan badan dengan berkesan? Macam mana nak istiqamah dengan diet yang sihat dan senaman yang efektif untuk bakar lemak? Macam mana nak kekalkan momentum dalam usaha menguruskan badan? Semua ni selalu mengganggu fikiran aku dan korang. Yes, aku tahu itu. Jadi, hari ini, aku nak bagi satu alternatif sebagai salah satu cara untuk menjawab semua soalan tadi tu.

Kalau dulu-dulu, aku selalu baca tulisan di makmal sains sekolah. Lebih kurang macam ni. Apabila kita baca, kita tahu. Apabila kita tulis, kita faham. Jadi, sesuatu ilmu akan lebih masuk dalam otak dengan lebih efektif kalau kita tulis. Sebab tulah, aku selalu tulis balik apa yang aku baca bila dah nak exam. Sebab ini jugalah, aku setuju sangat kalau orang yang tengah berusaha untuk kurangkan berat badan untuk mempunyai diari diet masing-masing 

diari diet, cara diet, cara kurangkan berat badan

Diari Diet v2.0 Merancang Perjalananmu Untuk Mencapai Berat Badan Ideal


Diari Diet v2.0 (DD v2.0) merupakan instrumen yang menggabungkan konsep “Planner harian + Buku + Personal Coaching” – kesemuanya 3 dalam 1.


Kenapa Kena Ada Diari Diet?

Diari Diet 2.0 dan Diari Diet versi terdahulu. Cantik betul yang baru tu kan?

  • Untuk membantu kita beristiqamah. Diari Diet adalah salah satu cara untuk memastikan kita sentiasa konsisten dalam usaha mengurangkan berat badan. Dalam Islam pun diajarkan untuk kita istiqamah dalam membuat kebaikan. Lebih baik buat amalan yang sedikit tapi berterusan, daripada banyak tapi hanya sementara. Inilah yang kita hendak terapkan dalam proses berdiet.
  • Untuk membantu kita merancang keperluan diet harian. Diet bermaksud cara pemakanan, bukan cara untuk tidak makan. Ia akan membantu kita memutuskan apa yang nak makan hari Khamis, berapa kalori kena ambil hari Selasa, banyak mana nak makan nasi hari Ahad. Bila dah tulis semua dalam diari diet, tak perlu fikir banyak, tinggal ikut sahaja. 
Contoh muka surat panduan kalori makanan dan panduan senaman dalam Diari Diet V2.0

  • Untuk membantu merancang aktiviti senaman. Bila kita bersenam untuk kurangkan berat badan, kita perlu variasikan. Contohnya, hari Isnin buat kardio, Selasa fokus lengan, Khamis buat angkat berat. Setiap hari juga, kita kena decide, nak buat kardio dulu ke, weight lifting dulu. Banyak juga nak kena fikir. Kan bagus kalau orang lain dan tolong fikirkan untuk kita?
  • Untuk merekod kemajuan yang dicapai. Mencatat kemajuan sangat penting. Bila kita boleh melihat dengan jelas kemajuan yang kita telah dicapai untuk satu tempoh, kita akan berasa lebih bersemangat untuk teruskan. Tak delah nanti kita rasa nak putus asa hanya sebab kita tak nampak apa-apa perubahan. Padahal, perubahan itu ada. Kita je yang tak rasa lagi.
  • Untuk buat rujukan pada masa depan. Aku tahu ramai yang on off dalam usaha mengurangkan berat badan. Bila dah berhenti, susah nak start balik. Tak tahu nak mulakan macam mana. Manusiakan mudah lupa. Masa tu, diari diet inilah yang akan jadi tempat untuk kita buat rujukan semula. Apa yang perlu buat, perlu makan, perlu lakukan. 

Diari Diet v2.0 (DD v2.0) dihasilkan oleh 2 orang blogger berpengaruh di Malaysia iaitu Joy Kalonas sebagai penulis (sususejat.com) dan Fadhli Hamdan sebagai pelukis (contengconteng.com). Diari Diet merupakan planner diet pertama dihasilkan di Malaysia dalam bahasa Melayu, oleh anak Malaysia. Diari Diet menggunakan konsep 3 dalam 1 iaitu sebagai Planner harian (macam diari harian khas untuk diet), buku info diet (sesuai untuk newbie) dan personal coaching kerana pengguna akan rasa seperti berinteraksi dengan buku (macam buku amali). 

Macam mana nak elakkan berat badan 'rebound'? Tengoklah dalam Diari Diet V2.0


Sebuah Diari Diet v2.0 boleh digunakan untuk 6 bulan, dengan ruang rekod 1 muka surat untuk 1 hari. Kalau target nak guna setahun, boleh beli 2 buah sekaligus dengan harga istimewa.

Cara Mendapatkan Diari Diet v2.0


Senarai kalori makanan pun ada. Tahulah lepas ni mana boleh dan tak boleh makan kalau nak kurus.

Sesiapa yang berminat, boleh hantarkan butir-butir berikut ke email sususejat[at]gmail.com atau menerusi direct message di Facebook rasmi Susu Sejat untuk menempah.

Nama:
Alamat Pos:
No. Tel:
Jumlah Item:

Ready stok masih banyak.

Nota 1: Tempahan 2 unit DD v2.0 ke atas akan diberikan diskaun istimewa (mengikut bilangan item yang ditempah).

Nota 2: Stok DD v1.0 (keluaran 2013) masih ada. Pada yang berhajat untuk mendapatkan kedua-dua versi Diari Diet ini sebagai KOLEKSI akan turut diberikan diskaun istimewa.

Nota 3: Anda juga boleh mendapatkan DD v2.0 ini secara COD (Cash on Delivery) dari pengedar di kawasan anda. Sila semak senarai pengedar di sini.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar Diari Diet di tempat/komuniti/gym/kedai buku anda, boleh hubungi saya juga. Komisyen istimewa akan ditawarkan kepada pengedar yang berminat.

ps- tak sabar nak kurus dengan Diari Diet v2.0 aku nanti. hehehe
Wassalaam.

No comments:

Post a Comment