ShopCoupons Untuk Pembeli Online Yang Bijak Berjimat - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Tuesday, October 25, 2016

ShopCoupons Untuk Pembeli Online Yang Bijak Berjimat

ShopCoupons Untuk Pembeli Online Yang Bijak Berjimat | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Zaman sekarang, semua di hujung jari. Cliche? Still, it is the truth. Kalau bab shopping, online shopping menjadi pilihan aku. No traffic jam, no parking fees, no stress. Klik klik klik je. Bila senang sangat, tanpa sedar, duit mengalir macam tu je. Jadi, hari ni aku nak perkenalkan kepada semua sebuah laman web di mana kita boleh beronline shopping sambil berjimat.

Aku ada satu tip untuk jimat duit bila nak online shopping. Shoppinglah time promosi! Shoppinglah bila dapat diskaun! Kalau dengan membeli belah pada harga promosi dan diskaun kita dapat jimat beratus ringgit so why not? Jadi, macam mana kita nak tahu promosi yang sedang berjalan di beratus-ratus laman web setiap hari? Letih juga nak check setiap laman setiap hari. Ada caranya. Layarilah ShopCoupons. Anda pasti berjumpa dengan promosi dan diskaun terhebat sepanjang tahun!

ShopCoupons, Apa Itu?


ShopCoupons adalah sebuah platform bagi penggemar online shopping untuk berbelanja secara lebih bijak. ShopCoupons membolehkan para pembeli online mencari dan meneroka promosi-promosi terbaik, kupon dan lain-lain daripada beratus-ratus laman membeli-belah di seluruh Asia Tenggara termasuklah voucher Lazada, Zalora, dan Reebonz.

Di bawah ini adalah cara-cara menggunakan baucer dari ShopCoupons untuk pembelian di laman web.

1. Ini adalah ShopCoupons Homepage. Di sinilah gambar segala jenis banner kupon, deal, promosi dan sebagainya dipaparkan. Bila scroll bawah sikit, akan ada ruangan Popular Online Stores.

shopcoupons, kupon membeli belah online, promosi hebat

2. Katakanlah anda sedang mencari kod diskaun untuk digunakan di Lazada. Pilih dan klik LAZADA pada ruangan Popular Online Stores.

promosi online, diskaun hebat online, cara bijak membeli online

3. Anda akan lihat ruangan LAZADA yang dipenuhi dengan senarai tawaran dan diskaun hebat. Pilih kod pilihan anda dan klik Get Code. Jangan lupa tengok syarat dan tarikh kod yang dipilih.

kupon diskaun untuk membeli secara online

4. Sebuah pop-up akan muncul dengan kod rahsia. Klik 'Copy' dan gunakan sahaja di laman web Lazada. Pilih barang yang ingin dibeli di Lazada dan tampah pada troli. Isikan semua maklumat yang diperlukan dan masukkan kod yang telah diberikan. Klik 'Apply' dan nikmatilah pembeli dengan diskaun hebat!



Jangan berlengah lagi. Kalau terlepas harga promosi, kan rugi. Layari ShopCoupons dan dapatkan voucher Lazada hari ini juga. Anda pasti bershopping sambil senyum nampak gigi. :D

Wassalam.

3 comments:

  1. alahaii ketagih dah shoping online ni

    ReplyDelete
  2. alamak best ni bab2 shopping online.. akak follow muja yer.. heheheh

    ReplyDelete
  3. This is so nice! Lagi banyak diskaun lah lepas ni :p

    ReplyDelete