Tuesday, December 27, 2016

DCode Konsert Lagenda Amy Search dan Rakan-rakan Gempak Habis!

Edit Posted by with 1 comment


DCode Konsert Lagenda Amy Search dan Rakan-rakan Gempak Habis | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Seumur hidup aku, tak pernah merasa pergi konsert. Kalau di Jom Heboh dengan Vfest gitu, macam pernah. Kengkadang, teringin juga jiwa muda ini merasa sendiripengalaman konsert sebenar. Aku berkesempatan untuk pergi ke Konsert Lagenda Search pada 24 Disember 2016 yang lepas. Masuk percuma, siapa yang tak nak. Bukan selalu. Ye dak?

Nasir, Amy, Din dan Kid.



DCode Konsert Lagenda Search adalah konsert yang menggabungkan 4 orang ahli kumpulan Search iaitu Nasir, Amy, Din dan Kid. Ada juga beberapa artis lain. Konsert ini boleh dianggap sebagai sebuah comeback oleh kumpulan Search untuk menghargai semua peminatnya yang sentiasa setia walaupun selepas bertahun-tahun. Ia dianjurkan oleh Artist's Colony di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan. 



Apabila sampai, pengunjung dikehendaki mendaftar di meja pendaftaran. Selepas itu, kami diberikan gelang DCode. Kena ada gelang itu, baru boleh masuk.

Makan dulul, baru masuk dewan.

Konsert Lagenda ini sepatutnya bermula pada pukul 7 malam di Grand Ballroom, Hotel Renaissance. Tapi, untuk menghormati waktu Maghrib, ia dilambatkan sedikit. Musalla terletak berhadapan sahaja dengan dewan. Senang pengunjung yang datang nak solat. Sementara menunggu konsert bermula, aku dengan adik aku, Huda pergi makan di restoran kat tepi Renaissance Hotel selepas selesai solat Maghrib. Barulah bertenaga sikit nak masuk konsert.


Monoloque pun ada jugak malam tu.


Memang havoclah tingkat 6 Hotel Renaissance malam itu. Ruang legar dipenuhi dengan peminat kumpulan Search yang menggilai muzik rock. Ada yang datang siap dengan pakaian ala-ala rock 90-an. Sangat menarik. Lelaki dengan perempuan perlu melalui pintu masuk berbeza. Alhamdulillah. Aku sangat excited nak menghadiri Konsert Lagenda dan jumpa Amy Search face to face. Kalaulah berpeluang, nak juga tanya macam mana dia awet muda. Kih3





Search memang best. Banyak juga lagi yang dimainkan pada malam itu. Semua best! Tak hairanlah peminat tetap tertunggu-tunggu kemunculan mereka di atas pentas. Nampak seronok sangat mereka menyanyi bersama-sama dengan artis kesayangan mereka. Sambil menyanyi, tak henti-henti mengambil gambar dan video sebagai kenang-kenangan. Nampak sangat peminat masih tidak melupakan kumpulan Search yang cukup popular dalam industri muzik zaman 90-an. 



Mesti para peminat sangat gembira dengan kemunculan semula mereka dalam industri.  Tak kisahlah berapa ramai pun artis baru yang muncul, mereka tidak akan sama dengan band yang sentiasa evergreen seperti kumpulan Search. Walaupun dah lama, mereka tidak pernah dilupakan oleh para peminat. Peminat sejati akan sentiasa setia dengan minat mereka dengan band kesayangan mereka. Betullah kata orang. Kalau tiada yang lama, tiadalah yang baru.



Tak lama lagi, DCODE Konsert Lagenda ini akan diadakan di Alor Setar, Kedah pula. Sabar ye orang Kedah. Dah tak lama lagi dah. Setakat ini sahajalah cerita aku hari ini. Nanti aku update lagi. Insya Allah dengan blogpost yang menggembirakan semua. Amiin. :)

Wassalaam.

1 comment:

  1. peh..Muja pun layan konsert rock..walaweh..gerek seh

    ReplyDelete