Majlis Perpisahan Semester 8 TESL 2 2016 - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Tuesday, December 27, 2016

Majlis Perpisahan Semester 8 TESL 2 2016

Majlis Perpisahan Semester 8 TESL 2 2016 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Kalaulah boleh diundurkan masa, terasa juga nak kembali ke zaman aku belajar di semester 7 dan semester 8. Honestly, dalam 2 semester inilah aku rasa paling happy dan tak berseorangan sangat sepanjang berada di IPGKKB. Yes, I was a loner. Makan sorang, jogging sorang. Sadis juga hidup aku sepanjang menjadi loner di IPG. Nasib baik ada blog untuk aku bercakap.


Kalau nak cerita kenangan manis dan pahit sepanjang 5 tahun setengah di IPGKKB, memang takkan habis. Gelak, pastu nangis. Nangis, pastu gelak balik. Tup tup, dah berakhir semuanya. Kes cemburu paling meloyakan. Kes dengki jatuh tempat kedua. Malas nak detail sangat. Nanti tak pasal-pasal naik pula tekanan darah yang aku tengah nak stabilkan ini. Senang cerita, semuanya sudah menjadi sejarah. Tak kiralah baik ke buruk, sudah berada di masa lalu. Yang baik dijadikan pengajaran, yang tak baik dijadikan sempadan. Insya Allah.


Jom layan gambar semasa jamuan perpisahan kami. Kami dapat buat 2 kali jamuan perpisahan tau. Pertama, terpaksa buat sebelum exam sebab lecturers jabatan bahasa pergi kursus ke hape. Dorang semua tak de sepanjang exam. Tutor kami Madam Juwati ajak berkumpul depan perpustakaan. Dia belanja makan. Happy je. Tapi tak cukup orang jugak. Bahij, Azmeer dengan Arieff tak de. Duduk kat rumah lagi. Sambung bercuti. Ambil kesempatan sepanjang study week. Kih3





Wefie terakhir sebelum balik ke kampung halaman masing-masing

Mereka.

Yang kedua pula, kami buat bbq tepi Pantai Senok, Bachok sambil nak habiskan duit kelas yang terkumpul. Pantai yang viral tu. Harap-harap, lepas ni adalah authority yang tolong jagakan tempat ni. Lepas dah popular, dah jadi kotor. Harap sangat tempat tarikan pelancong dekat Kelantan boleh jadi macam pantai-pantai di Terenggau. Cantik, bersih membiru. Tak tahulah bila nak ada tong sampai kat Pantai Senok ni. Nasib baik ada juga pihak-pihak yang selalu ada inisiatif sendiri untuk buat aktiviti kutip sampah kat kawasan ini. Kalau tak, dah tenggelam semua pokok kat Pulau Nami Malaysia ni rasanya.

pantai senok, kelantan
TQ Mirah for this special backdrop.

Agak sedih sebab masa ni, aku ada problem dengan someone. Kalaulah dia tahu betapa sayangnya aku kat dia. She chose to be mean with her words just because of a guy who will never appreciate her. Seriously aku tok leh nok brain tino baloh ngan tino sebab jatey. Dengan tok tanyo gapo, mung buat musuh ngan saim hok actually saye gilow ko mg. Mung suko ko dengan situasi ni? Harap mung bahagio after everything you said and did. Mung bukan hilang dia je. Aku sekali. Mung sedar dok? Eh, mung mano kisoh pasal aku. Mung kisoh pasal dyo jah. Tok ingat pulok doh. Koya molek aku dok? Walaupun dia tak baca, this paragraph is enough for me. Setakat tu je, Muja. Jangan sambung. Kau pun salah jugak. Ok, stop it. I am now, fine. Yang lalu biarlah berlalu. Mungkin jodoh kami setakat itu sahaja untuk bersahabat. Aku harap dia bahagia dengan apa yang dah berlaku. :)

Aku tolong bakar ini je.

Disebabkan aku ni pemalas, aku offer diri bakar ayam sampai habis while dorang pergi tepi pantai untuk aktiviti sukaneka. Aku tak suka air laut. Masin dan melekit. Lepas tu, malas nak touch up mekap kalau berpeluh. Okay la kan. Boleh juga aku tengok-tengokkan barang. Kalau aku tak volunteer, sape lagi? Lepas tu, ada sesi bagi bertukar-tukar hadiah. Aku dapat mug. Hadiah Jiji. Tapi, dia tak tahu pun aku tahu. Kih3

Biasalah tu ambil gambar dengan action research report warna merah.

Hari tu jugak, kami dapat buku merah ni. Jangan tak tahu. Buku merah ni bagaikan petanda pengakhiran kami di IPG. Buku merah ni adalah action research report. Dah jadi macam tradisi pula bergambar dengan report ni lepas dah dibukukan. So, bergambar sakanlah kami. Yelah, dah penat tulis lepas tu buat pembentangan. Nak juga rasa bangga dengan hasilnya.



Letak sikit je gambar sebab aku malas nak edit. Letak gambar aku jelah dan jangan muntah. Wassalaam.

2 comments:

  1. Alaa muja, so cantik!! rindunya dengan mujadafewa ni <3

    ReplyDelete
  2. Teringat zaman belajar baca entri ni, rindu kawan2 masa dekat U... 10 tahun dah tinggal era student huhu...

    ReplyDelete