Tip Pembentangan Kajian Tindakan Semester 8 di IPG - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Thursday, December 08, 2016

Tip Pembentangan Kajian Tindakan Semester 8 di IPG

Tip Pembentangan Kajian Tindakan Semester 8 di IPG | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Wah wah blogger sorang ni. Relax memanjang lepas habis semester 8 beliau di IPGKKB. Blogger mana yang malas tu? Blogger Mujahidah la. Nak buat comeback dengan memberi tip penting semasa melakukan pembentangan kajian tindakan semester 8 di IPGKKB.

Bangga giler boleh bergambar dengan Action Research Report Book ni. Alhamdulillah.

Dengan adanya entri ini, maka berakhirnya tempoh 5 tahun setengah di IPGKKB. Alhamdulillah. Banyak bittersweet memories sepanjang 8 semester pembelajaran aku dengan para sahabat dalam perjuangan menjadi guru. Exam pun dah tamat semua. Result tak keluar lagi. Insya Allah ok kot. Asalkan tak gagal sudah. Jangan tiru aksi ini di rumah! Hahaha.

kajian tindakan semester 8
Ton Twee Book. Inilah material untuk my action research; Use of tongue twisters untuk baiki pronunciation of English words

Untuk majlis pembentangan, kami telah menginap di Pantai Cahaya Bulan Resort selama 3 hari. Seronok. Sambil risaukan pembentangan, sambil berehat menikmati keindahan pantai dan laut di sana bersama-sama. Yelah, tak lama selepas itu, kami akan berpisah mengikut haluan masing-masing dah. Masa macam inilah yang kami akan kenang sambil tersenyum beberapa tahun lagi.

tip melakukan pembentangan kajian tindakan
Semangat masa membentangkan hasil kajian. Comelkan? Hahaha

Disebabkan aku dah tamat semuanya di IPGKKB, rasa macam dah layak untuk aku bagi tip pembentangan kajian tindakan semasa di semester 8. Aplikasikan, insya Allah. Gold awardlah korang walaupun aku tak dapat award pape pun. Tu pun kalau Allah dah tetapkan memang rezeki kaulah.

tip pembentangan kajian tindakan di ipg
Pembentangan yang sama sesi dengan aku; Bahij, aku, Ju, Ain.

Tip 1- JUJUR.

Pastikan kajian tindakan tersebut betul-betul dilakukan sendiri mengikut perancangan dan penerangan yang diberikan di dalam action research proposal. Ini supaya kita betul-betul faham tentang kajian tersebut. Ini akan memastikan kemampuan kita untuk menjawab soalan penilai dengan baik. Menipu tak pernah menghasilkan sesuatu yang baik. Percayalah.

pantai cahaya bulan, matahari terbit
Matahari terbit di Pantai Cahaya Bulan

Tip 2- RUJUK PENSYARAH. Pensyarah yang aku maksudkan adalah pensyarah pembimbing dan pensyarah penilai. Setiap perkembangan perlulah dirujuk dengan pembimbing sepanjang proses kajian. Apabila laporan sudah dihantar, cari tahu siapa bakal penilai untuk mengetahui apa yang perlu dimasukkan dalam slaid PowerPoint dan cara pembentangan yang disukainya. Kemudian, ikutlah.

Subhanallah.

Tip 3- SLAID POWERPOINT.
Hasilkan slaid PowerPoint yang baik. Slaid yang baik adalah yang mampu memandu kita untuk membentangkan dengan baik. Slaid perlu ringkas dan padat tetapi menarik. Kita boleh pelbagaikannya dengan memasukkan graf dan gambar. Ia juga disusun mengikut keselesaian kita sebagai penyampai. Minimumkan perkataan dan banyakkan penerangan secara oral.

Mencuba.

Tip 4- LATIHAN.
Lakukan latihan penyampaian untuk membiasakan diri dengan situasi. Seeloknya, elakkan teknik menghafal kecuali bahagian pengenalan diri untuk mengelakkan panik andai kata terlupa di mana-mana bahagian. Jangan risau. Kita ada slaid untuk membantu. Kita boleh berlatih di hadapan cermin atau kawan. Perhatikan cara berdiri, bahasa tubuh dan cara senyum yang menunjukkan keyakinan.

My backbones.

Tip4- RAMAL SOALAN.
Semasa melakukakan latihan, cuba ramalkan soalan yang mungkin ditanya oleh penilai. Andaikan diri sendiri sebagai penilai dan fikirkan , bahagian mana yang paling sesuai untuk dipersoalkan? Apakah soalan yang relevan dengan kajian tindakan yang dilakukan. Kemudian, sediakan jawapan untuk soalan tersebut. Manalah tahu kena dengan soalan sebenar, senang nak jawab.

Dengan pensyarah kesayangan. Papa pelajar TESL IPGKKB.

Warga TESL 2.

TESLIAN FAMILY JUN 2013.
Buat semua rakan dan sahabat sekalian. Terima kasih untuk semua kenangan kita sepanjang 5 tahun setengah di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Tak kiralah manis atau pahit, kamulah yang telah menjadikan aku yang hari ini. Harap maafkan dan ampunkanlah salah silap sepanjang perkenalan kita. Aku pun telah maafkan semuanya insya Allah. Bawalah yang indah bersama-sama dalam hidup kita. Tinggalkanlah yang pahit di masa lalu kita. Insya Allah. Kalau ada jodoh kita akan berjumpa lagi masa berkursus di mana-mana.

Yang pasti, aku pasti akan merindui kalian semua. I love you all. I miss you all. Wassalaam.

No comments:

Post a Comment