Villa Harley Cafe Kota Bharu- Review Tempat Makan Western Sedap dan Murah di Kelantan - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Tuesday, December 13, 2016

Villa Harley Cafe Kota Bharu- Review Tempat Makan Western Sedap dan Murah di Kelantan

Villa Harley Cafe Kota Bharu- Review Tempat Makan Western Sedap dan Murah di Kelantan | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Apabila kita pergi bercuti, antara perkara paling penting adalah memilih tempat makan. Betul tak? Kalau betul, kita serupa. Kalau salah, sila pentingkan selepas ini sebab tempat makan menarik yang sedap dan murah sudah menjadi salah sebuah elemen tarikan pelancong. Tempat makan antara tempat di mana kita dapat meluangkan masa terluang dengan yang tersayang sambil mencipta memori indah untuk dibawa pulang.

villa harley cafe, tempat makana wester, makanan barat, restoran makanan western
Insyirah, Mujahidah, Izzatul, Laila, Syafiqah.

Ada tak yang ingin berjalan-jalan di Kelantan? Apabila bercuti di Kelantan, tempat makan adalah benda paling tak perlu dirisaukan sebab terlalu banyak tempat makan seperti Mee Celup Golok di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Bila perut lapar je, perhatikan tepi jalan. Mesti nampak berderet-deret tempat makan. Jadi, lagi baik sediakan senarai tempat makan yang ingin dikunjungi kalau tak knak menyesal. Jangan sesekali terlupa pula untuk menyenaraikan Villa Harley Cafe, Kota Bharu.

review villa harley cafe, villa harley cafe, tempat makan best, restoran makanan barat

Villa Harley Cafe, Tempat Makan Makanan Western Murah dan Sedap


Nak dijadikan cerita, beberapa hari sebelum menamatkan pengajian di IPG, aku memang berusaha meluangkan masa sebanyak-banyaknya dengan kawan-kawan. Di Villa Harley Cafe atau kependekannya VH Cafe, aku meluangkan masa dengan kawan-kawan daripada kelas TESL 1. Antara yang bertuah dapat makan dengan aku adalah Izzatul, Insyirah, Laila dan Syafiqah. Terima kasih sangat sudi ajak aku makan walaupun aku je satu-satunya yang tak sekelas dengan korang.
Terharu T_T


Villa Harley Cafe adalah sebuah restoran yang menyediakan masakan panas dan makanan barat yang sangat menarik dengan harga yang sangat berpatutan, sesuai dengan slogannya 'Good Food Good Mood'. Harga makanan boleh dikatakan sangat murah dibandingkan dengan tempat-tempat makan yang lain. Yang penting, VH Cafe menyediakan tempat makan yang sangat cantik dan menarik untuk bergambar selain  daripada makanannya yang sedap dan murah.

Makanan Pilihan Kami di Villa Harley Cafe


Tempat makan disediakan di bahagian luar villa, iaitu di bahagian hadapan villa. Hiasan tempat sangat kemas dan cantik. Minimal tapi menarik. Memang memberikan suasana yang sesuai untuk makan bersama-sama dengan keluarga dan rakan-rakan. Pilihan makanan pun banyak. Insya Allah akan menepati citarasa semua orang.

review villa harley cafe

review villa harley cafe kota bharu

villa harley cafe kota bharu 
villa harley cafe kota bharu tempat makan best kelantan

Tempat Menarik Untuk Mengadakan Acara Private


Yang menariknya lagi di Villa Harley Cafe, kita boleh menempah tempat untuk mengadakan acara-acara private seperti sambutan hari jadi dan apa-apa majlis perjumpaan. Ruang yang luas disediakan di bahagian dalam villa yang boleh memuatkan sehingga 50 orang. Hiasan dalamannya sangat cantik. menarik dan glamour. Kalau ada yang nak buat apa-apa event, ruang dalam villa ini sangat sesuai untuk majlis yang happening!





Setakat ini sahajalah untuk hari ini. Yang pasti, Villa Harley Cafe memang tempat makan yang best sebab tempat cantik, makanan murah dan sedap. Dekat sangat dengan Cafe Jiran yang aku pernah review dulu. Dengar cerita, siap ada shell out sekarang. Apa lagi korang mahu daripada sebuah tempat makan? Ye dak? Bagi yang rasa nak rasa apa yang aku rasa, boleh rujuk kat bawah ini.

Alamat:
Villa Harley Cafe,
890, Taman Harian Jalan Guchil Bayam,
15200 Kota Bharu, Kelantan

Instagram:
https://www.instagram.com/vh_cafe/

Waktu Operasi:
6 p.m. - 12 a.m.

Hubungi:
016 258 0982

Tak pun, boleh cuba pengalaman bersarapan di Kopitiam Kita.

ps- nak senang, Google Map kan ada.


Wassalaam.

2 comments:

  1. dah 30 tahun hidup di alam fana ini.. baru sekali menjejakkan kaki ke kelantan.. tu pun masa darjah 4 huhu.. hope direzekikan untuk berjalan2 ke sana

    ReplyDelete