5 Kebaikan Penggunaan Buku Dwibahasa Untuk Menguasai Bahasa Inggeris

3/28/2017

5 Kelebihan Penggunaan Buku Dwibahasa Untuk Menguasai Bahasa Inggeris | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Guru dan ibu bapa pada zaman sekarang sangat mementingkan pendidikan anak-anak mereka. Aku juga akan berada dalam kalangan ibu bapa dan guru itu tidak lama lagi. Pendidikan sangat penting sebab ia boleh dikatakan faktor penentu masa depan anak-anak apabila mereka menjadi dewasa. Sekarang juga, kebolehan bertutur lebih daripada satu bahasa turut ditekankan dalam sistem pendidikan di Malaysia. 

Kelebihan ini memberikan nilai tambah kepada seseorang pelajar apabila berada dalam kelompok pelajar yang mencapai tahap yang hampir sama dalam ujian formal. Contohnya, apabila semua pelajar mendapat 10A, kelebihan bertutur dengan lancar dalam bahasa lain selain bahasa ibunda akan menjadi satu kelebihan yang besar bagi seseorang pelajar. Kelebihan ini akan membantu pelajar tersebut untuk menyediakan resume yang lebih baik. Kelebihan seperti ini juga memberikan peluang yang lebih cerah dalam permohonan biasiswa dan kursus yang baik di peringkat pengajian tinggi.

Penggunaan Buku Dwibahasa Cara Terbaik Untuk Menguasai Bahasa Kedua


Salah satu cara yang paling efektif untuk membantu anak-anak pelajar menguasai kebolehan multi-lingual adalah dengan menggunakan buku dwibahasa. Buku dwibahasa adalah buku yang mengandungi dua bahasa pengantar; bahasa ibunda dan bahasa kedua yang biasanya menggunakan simbol, L2. L2 setiap negara di dunia adalah berlainan dan seperti yang kita tahu, bahasa Inggeris adalah merupakan bahasa kedua negara kita, Malaysia. 

5 Kebaikan Penggunaan Buku Dwibahasa Untuk Menguasai Bahasa Inggeris
Buku 'Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris' oleh Aida Dahlia Ahmad dan Asnili Marniwati Ahmad,
antara buku dwibahasa yang popular di Malaysia

Buku dwibahasa sangat berlainan daripada buku lain kerana ia memberikan maksud bagi setiap penerangan yang diberikan. Buku jenis ini sudah digunakan secara meluas dalam bidang pendidikan. Hal ini disebabkan oleh kesedaran guru bahasa tentang betapa bergunanya buku dwibahasa dalam pengajaran subjek bahasa kedua kepada para pelajar. 

Kelebihan Menggunakan Buku Dwibahasa Berbanding Teknik Lain

belajar bahasa inggeris dengan mudah dan cepat
Setiap penerangan dalam buku dwibahasa diberikan dalam dua bahasa supaya mudah difahami.

1. Memberikan Lebih Keyakinan Kepada Para Pelajar


Buku dwibahasa memberikan lebih keyakinan untuk para pembaca untuk meneruskan pembacaan kerana mereka berasa lebih bermotivasi untuk menguasai bahasa kedua apabila proses pembelajaran menjadi lebih senang. Ya, lebih senang untuk mereka memahami dan mengingati maksud setiap perkataan asing tersebut dalam bahasa ibunda mereka. 

2. Menggunakan Lebih Banyak Deria Untuk Memaksimumkan Perolehan Ilmu


Buku dwibahasa membolehkan para pelajar menggunakan lebih banyak deria termasuklah pendengaran, penglihatan dan sentuhan. Mereka melihat setiap perkataan dengan mata, mereka mendengar dengan menyebut sendiri setiap perkataan, dan mereka menyentuh dengan menunjukkan jari pada perkataan sepanjang proses pembacaan. Lebih banyak deria yang digunakan, lebih mudah penerimaan ilmu dalam diri para pelajar.

3. Menjimatkan Masa dan Tenaga Semasa Belajar 


Selain daripada memotivasikan para pelajar, penggunaan buku dwibahasa juga sebuah teknik pembelajaran bahasa kedua yang menjimatkan masa dan tenaga. Dengannya, pelajar tidak perlu lagi meluangkan terlalu banyak masa untuk merujuk maksud setiap perkataan di dalam kamus. Tenaga dan masa yang dijimatkan boleh dimanfaatkan untuk perkara lain termasuklah untuk melakukan aktiviti yang lebih aktif atau paling tidak, membaca lebih banyak bahan bacaan.

4. Memberikan Ilmu Bahasa Yang Lebih Tepat Berbanding Teknik Pertuturan


Penggunaan buku dwibahasa juga sangat efektif untuk pembelajaran L2 kerana ia lebih berdasarkan pendidikan berbanding dengan teknik pertuturan. Bahasa yang digunakan dalam buku menggunakan tatabahasa dan cara penggunaan kata yang betul. Ia tidak dipengaruhi oleh dialek atau bahasa pasar yang selalu digunakan dalam kehidupan seharian. Biasanya, maksud bahasa harian ini tidak mempunyai maksud yang jelas dan berbeza mengikut tempat. 

5. Membekalkan Kosa Kata Bahasa Inggeris Yang Meluas


Bilangan perkataan dalam komunikasi harian biasanya sangat terhad disebabkan perkara-perkara sama yang kita lakukan setiap hari. Dengan bahasa daripada buku, kita boleh mengetahui lebih banyak perkataan seperti antonim, sinonim dan sebagainya. Dengan ini, kosa kata pelajar juga akan lebih berkembang luas sekali gus memperkaya lagi perkataan dalam memori mereka

belajar bahasa inggeris dengan mudah dan cepat dengan buku dwibahasa
Setiap halaman yang menarik dan berwarna-warni menambah minat pelajar untuk membaca buku.

Apabila penggunaan bahasa yang betul di dalam buku digunakan, pelajar boleh mendapat dua faedah sekali gus; cara berbahasa dengan tepat dan mengenali budaya penutur asal bahasa kedua yang sedang dipelajari. Banyaknya kelebihan menggunakan buku dwibahasa. Patut pun ramai cikgu memilih buku dwibahasa untuk mengajar pelajar mereka.

Buku 'Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris' Untuk Menguasai Bahasa Kedua Malaysia


Jadi hari ini, aku sebagai bakal guru Bahasa Inggeris tidak lama lagi ingin memperkenalkan buku dwibahasa BI-BM yang sudah digunakan oleh ramai guru di sekolah dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam kelas bersama-sama dengan para murid.

cara belajar bahasa inggeris cepat dan mudah, buku dwibahasa bm bi
Ulangkaji secara padat boleh dibuat dalam masa yang singkat dan pantas.

Buku 'Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris' atau lebih dikenali dengan Buku 'MBBI' adalah buku yang sangat efektif dalam membantu para pelajar menguasai bahasa kedua Malaysia iaitu Bahasa Inggeris. Sudah ramai yang berpuas hati, anda bila lagi?

Kelebihan Buku 'Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris'

Boleh dibaca bersendirian atau secara berkumpulan.
  • Pelajar boleh mempelajari English Grammar dan menambahkan English Vocabulary daripada sebuah buku yang sama.
  • Setiap penerangan dalam Bahasa Inggeris turut diterjemahkan dalam Bahasa Melayu supaya mudah difahami oleh pelajar.
  • Latihan Bahasa Inggeris diberikan bersama-sama dengan jawapan untuk memudahkan pelajar menguji kemampuan mereka

  • Setiap halaman mempunyai gambar dan illustrasi yang berwarna-warni dan cantik untuk menarik minat pelajar untuk terus membaca.
  • Sangat sesuai dan efektif untuk semua golongan yang ingin mempelajari Bahasa Inggeris; dewasa dan kanak-kanak.
  • Sangat sesuai dijadikan rujukan untuk guru-guru dan ibu bapa sebagai bahan bantu mengajar.

Harga Buku 'Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris'




Harga buku 'Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris' adalah sangat berpatutan dan sesuai dengan ilmu bahasa yang dibekalkannya. Penulis buku ini mempunyai pengalaman mengajar Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris selama 21 tahun. Lamanya. Mesti banyak pengalaman beliau. Harga buku ini adalah:
  • RM39 untuk Semenanjung Malaysia
  • RM42 untuk Sabah dan Sarawak
  • Kos penghantaran adalah RM8

Tempah Buku 'Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris' Sekarang!



Jangan tunggu lagi! Makin tunggu, makin lambatlah anak-anak dan pelajar-pelajar kita dapat menguasai bahasa antarabangsa ini. Jom kuasai bahasa Inggeris dengan Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris. Hubungi Muja sendiri di talian:

011 2694 7035 
(Whatsapp/Wechat/Telegram). 

Bila-bila masa pun boleh. Asal line internet okay, insya Allah dapat reply. :D

Semoga Pengguna Buku 'Mudahnya Bahasa Inggeris' Berjaya dengan Bergaya


Dengan setiap usaha yang dicurahkan, akan ada ganjarannya. Man Jadda Wajada. Lebih sudah usaha, kita berdoa. Lepas berdoa, kita tawakkal kepada Allah. Insya Allah, kejayaan pasti menjadi milik kita. Inilah juga doa aku untuk semua yang membaca artikel ini. 

Wassalaam.

You Might Also Like

1 click here, you comment, you are awesome

  1. Mudah je skrg kan. Dulu kemain lg selak kamus. Hehe

    ReplyDelete

FOLLOWERS

SUKA BELI SINI

PENAFIAN

Segala maklumat yang disampaikan di blog ini adalah daripada pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang kesalahan oleh orang lain yang menggunakan maklumat daripada blog ini. Sekian.