Diari Hamil Muja- Ujian Prenatal dan Antenatal Pertama Dalam Hidup Aku - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Sunday, March 26, 2017

Diari Hamil Muja- Ujian Prenatal dan Antenatal Pertama Dalam Hidup Aku

Diari Hamil Muja- Prenatal Check Up Pertama Dalam Hidup | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sudah 4 bulan usia kandungan dalam perut aku. Ini baru nak bercerita pengalaman prenatal check up yang aku buat selang 2 hari lepas aku tahu yang aku sedang pregnant. Ada sebab aku lambat update tentang kehamilan aku.

First sekali, orang tua-tua pesan, jangan excited sangat di awal kehamilan. Takut benda tak baik berlaku sebab kandungan masih tak kuat. Bila terlebih excited, takut terlebih sedih pula kalau berlaku benda-benda yang tidak diingini. Nauzubillahi min zaalik. Secondly, sebab aku kecewa dengan tahap kesihatan aku pada masa tu. Yes, aku mendapat khabar yang agak kurang menyenangkan dengan my first antenatal check up.

Jadi, bila rasa macam nak sangat share ngan orang, aku private message kawan-kawan rapat aku. Kalau korang dapat private message tu, ketahuilah yang korang sangat bermakna dalam hidup aku. You know who you are.

Pertama Kali Menjalani Ujian Prenatal, Antenatal dan MGTT (Modified Glucose Tolerance Test)


Sepanjang kehamilan, terdapat 2 jenis ujian yang dijalankan iaitu prenatal dan antenatal. Prenatal check up lebih kepada doktor memberikan nasihat kepada ibu bapa yang bakal mendapat zuriat, sama ada isteri belum hamil atau baru tahu sedang hamil. Ia termasuklah apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang proses kehamilan. Bagi ibu bapa yang mengalami kesukaran untuk mendapat zuriat pula, mereka akan diberikan saranan apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkannya.

Antenal check up pula merupakan beberapa ujian yang dilakukan untuk memastikan keadaan ibu dan kandungan sepanjang proses kehamilan dalam keadaan baik. Semasa antenatal check up, ibu biasanya akan diperiksa tekanan darah, kandungan albumen dan haemoglobin (hb) dalam darah, keadaan payudara, berat dan degupan jantung foetus dan kandungan gula dalam darah. Kandungan gula dalam darah tidak dilakukan setiap kali antenatal check up. Hanya sekali untuk setiap trimester.

20 Disember 2016- Sebelum pergi ke Klinik Dr Alwani merangkap ibu kandung dan doktor peribadi aku, umi sudah pesan untuk aku berpuasa sekurang-kurangnya 8 jam untuk membuat ujian gula atau MGTT. Aku tahu umi risau sebab aku berpotensi mendapat diabetes secara keturunan.

diari hamil muja, antenal check up, ujian antenatal, proses mengandung
Buku merah pertama dari Klinik Dr Alwani. Tapi, sekarang sudah berganti dengan buku dari klinik kesihatan.

Tapi, malam tu, dan dan pula aku pergi ke Tanah Merah, makan tak hengat dunia di Makette yang jual steamboat. Bangun dari tidur, tidak boleh makan apa-apa kecuali minum air kosong sahaja. Aku ajak Nik yang sedang ngantuk. Merajuk juga sikit sebab Nik susah nak bangun sebab tidur lewat malam dan penat drive jauh. Dalam kepala aku yang tengah excited ni, macam-macam dah benda negatif menyerang. Ampun ye Encik Suami.

Bila dah sampai klinik, bermulalah antenal check up pertama dalam hidup aku. Mula-mula, timbang berat badan dulu.

Berat badan: 67kg.
Umi terkejut sebab aku mempunyai berat badan berlebihan. Umi menasihatkan aku untuk mula menjaga diet harian.

Glucose Test


Lepas tu, umi guna glucose test kit untuk mengetahui kandungan gula dalam darah. Bacaan gula dalam darah yang normal adalah kurang atau sama banyak dengan 7.8 mmol/L.

ujian prenatal, diari hamil muja, ujian gula semasa hamil, mgtt
Lebih kurang macam ni la alat dia.


Gula dalam darah dalam keadaan puasa: 4.7 mmol/L (Normal).
Masa ni, mood masih tak terganggu lagi.

Then, umi bagi minum air gula. Nasib baik umi guna glucose yang ada perasa oren, kalau yang biasa memang tak terminum rasanya. Bayangkanlah. 75mg glucose dalam 200ml gula. Mana tak manis. Air gula untuk glucose test sengaja dibancuh pekat untuk mencabar sistem dalam badan sebab nak tengok berapa bacaan gula tertinggi yang boleh dicapai dalam darah atau dipanggil tengok glucose tolerance.

ujian glukos, glucolin glucose, diari hamil muja, ujian antenatal
Glucolin adalah brand yang umi aku guna. Tapi, yang aku minum hari tu perisa oren.


Bacaan tertinggi akan didapati selepas 2 jam meminum air gula. Ketika ini, kita bolehlah melihat setakat mana insulin dalam badan mampu bertindak balas dengan glukos untuk menghasilkan tenaga. Kalau pankreas kurang menghasilkan insulin, bacaan glukos akan tinggi. Kalau insulin okay, bacaan glukos akan rendah. Sementara menunggu, aku naik tingkat atas tengok tv. Selepas 2 jam, aku turun balik dan periksa balik bacaan gula

Bacaan gula dalam darah selepas 2 jam pengambilan glucose: 6.9 mmol/L. Ia agak tinggi dan aku mula gabra biawak.

Macam mana orang lain yang mengandung dapat bacaan 5 sahaja, sedangkan aku yang selalu minum air kosong di asrama boleh dapat bacaan setinggi itu? Aku yang sejenis manusia mudah panik, mula panik. Panik sampai pucat lesi. Walaupun masih normal, ia tinggi! T_T

Umi ada juga memberi penerangan tentang kadar gula dalam darah orang mengandung. Kadar gula dalam darah ini tidak tetap. Ia boleh berubah bergantung kepada gaya hidup, pemakanan dan cara sistem dalam badan. Hormon orang mengandung pula berisiko untuk menghalang insulin menukarkan glukos kepada tenaga. Itulah sebabnya ramai ibu yang menunjukkan ciri-ciri pesakit Diabetes semasa mengandung. Selepas kelahiran pula, ada ibu yang akan kembali menunjukkan bacaan gula normal dan ada juga yang kekal tinggi.

Apabila ibu menghidap diabetes, foetus mungkin akan berdepan dengan keadaan 'macrosomia' atau 'badan yang besar' terutama pada bahagian bahu, dada dan abdomen. Apabila ini berlaku, ibu mungkin terpaksa menjalankan pembedahan 'cesarean' kerana bayi sukar untuk dikeluarkan kerana tersekat pada bahagian bahu. Kalau aku kena bedah, aku rela lagi. Tapi, diabetes juga boleh menyebabkan fatality bayi! Aku tak sanggup. Cepat sungguh negativity menguasai diri masa tu. Mulalah lupa Qada dan Qadar. Ampunkan aku Ya Allah. T_T

Selera aku untuk nasi mula menghilang. Aku boleh makan nasi tapi bukan nasi biasa, bukan nasi sejuk, bukan nasi bungkus. Kalau pergi ke kedai aku baham nasi lemak. Aku pun tak tahu what was happening. Nasi lemak pun nasi juga tapi lidah aku mula memilih nasi tertentu sahaja untuk melalui kerongkong aku ni. Air manis digantikan dengan air kosong tambah chia seed dan teh hijau. Kalau aku terminum air manis pun, aku minum dalam satu atau 2 teguk sahaja. Kalau biskut manis ada kat dapur, aku makan je. Tak pula takut.

diari hamil muja, nutren diabetic, similac pramilet, belvea
Bekalan umi untuk anak beliau yang sedang hamil.
Kalau aku rajin, nanti aku terangkan satu persatu tentang bekalan daripada umi aku ni. Aku juga ada amalkan set hamil Shaklee. Suplemen semasa mengandung sangat penting okay. Jangan layankan sangat rasa malas makan suplemen. Kalau korang ada bayi comel, apa kata join Peraduan Gugu Gaga oleh Minyak Bebe Anugerah ini? Untung-untung dapat RM10 000. :D

Doakan Aku dengan Baby Okay?


Agak sadis juga pengalaman antenatal check up pertama aku ini. Sedih sebab aku mungkin akan mewariskan diabetes kepada anak aku. Tertekan sebab risaukan keadaan anak aku. Tapi, aku kena selalu ingat. Ini bahagian Allah untuk aku. Inilah pengorbanan pertama aku sebagai seorang ibu. Insya Allah, aku akan berusaha mengubah gaya hidup dan gaya pemakanan aku untuk memberikan yang terbaik untuk bayi aku. Sekarang ini, aku tengah berusaha untuk kuatkan semangat dan kerajinan untuk membaca Al-Quran supaya ia boleh menjadi tabiat baik anak aku selepas dia lahir.

Dari jauh, aku pohon doa daripada kalian semua para pembaca blog aku. Semoga bacaan gula dalam darah aku kekal normal sehinggalah saat melahirkan. Semoga aku boleh deliver my first baby dengan cara normal. Semoga my baby sihat walafiat sepanjang menghuni rahimku. Amiiin.

Wassalaam.

2 comments:

  1. Semoga dipermudshkn semuanya ;) huhu MGTT tu selalu dgr org xsuka huhu... Nsibla dpt glucose yg mne huhu

    ReplyDelete
  2. tahniah ^^

    moga jadi ibu yang baik^^

    ReplyDelete