6 Bahan Masakan Yang Baik Untuk Kesihatan- Jus Halia Sauda Anugerah, Hadiah Teristimewa - Nurmujahidah

Latest

Lifestyle / Personal / Review / Beauty / Cosmetics

Sunday, April 16, 2017

6 Bahan Masakan Yang Baik Untuk Kesihatan- Jus Halia Sauda Anugerah, Hadiah Teristimewa


Bahan Masakan Yang Baik Untuk Kesihatan- Jus Halia Anugerah, Hadiah Teristimewa | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Memiliki badan yang baik dan kecergasan yang berpanjangan merupakan anugerah yang tidak ternilai. Semua orang berharap akan memiliki nikmat kesihatan dan kecergasan yang berkekalan sehingga tua. Apabila kita sihat dan kuat, semua pekerjaan menjadi mudah dan semua aktiviti menjadi senang. Segala jenis hobi pun boleh kita lakukan tanpa risaukan sakit lutut atau lenguh badan. Betul tak?

Namun begitu, apabila kita meningkat dewasa dan umur semakin bertambah, kita akan mula merasakan perbezaan daripada segi stamina dan kekuatan tubuh berbanding semasa muda. Inilah sebenarnya yang dikatakan dengan proses penuaan yang biasanya sinonim dengan kecantikan. Hello, bukan hanya kecantikan sahaja terjejas apabila kita semakin tua. Kekuatan tubuh juga berkurang dengan CEPAT! Sebab itulah kita lihat ibu bapa kita cepat letih dan semput apabila melakukan aktiviti harian. Kita pun mulalah rasa kesian. Tapi apa pula yang kita lakukan untuk membantu?

Menjadi tua adalah lumrah kejadian kita sebagai makhluk biasa. Namun, terpulang kepada kita untuk menerima lumrah ini dengan lebih persediaan atau sekadar membiarkan sahaja diri dimamah usia. Kita sebenarnya boleh menjalani kedewasaan ini dengan lebih baik dengan mengamalkan cara kehidupan yang baik termasuklah melalui amalan harian untuk penjagaan kesihatan. Dengan amalan harian yang betul, kita mampu melambatkan proses penuaan supaya sentiasa bertenaga dan cergas setiap hari.

Semuanya bermula daripada penjagaaan dalaman badan. Penjagaan dalaman sangat berkait rapat dengan apa yang kita makan dan bekalkan untuk badan kita setiap hari; apa yang kita makan dan apa yang kita minum. Cukupkah karbohidrat, vitamin, mineral, zat besi dan sebagainya? Kita kena sedar yang semua nutrien ini penting untuk membolehkan setiap sistem dalam tubuh badan kita boleh berfungsi dengan baik. Contohnya, sistem percernaan, penghadaman, dan ketahanan. Seharusnya, kita  perlu jadi lebih cerewet dan berhati-hati dengan makanan yang kita amalkan supaya tidak menyesal di kemudian hari. 

Bahan Masakan Berkhasiat Yang Ada Di Dapur Rumah Kita


Tanpa kita sedar, tidak susah untuk kita menjumpai bahan makanan yang berkhasiat kerana bahan ini sebenarnya ada di dapur rumah kita sendiri seperti bawang putih, halia dan kunyit. Kebanyakan bahan ini tidak asing lagi sebagai bahan utama dalam setiap masakan. Cuma, makanan yang dihasilkan menjadi berbahaya dan kurang berkhasiat apabila sesetengah bahan dimasukkan secara berlebihan seperti minyak, gula, garam dan serbuk MSG. Pandai-pandailah kita mengawalnya pula.


Jom kita lihat khasiat bahan masakan yang sangat baik dan berkhasiat untuk badan kita.

1. Bawang Putih

Bawang putih sangat membantu dalam mengekalkan kecantikan secara semulajadi. Bawang putih boleh dijadikan ubat jerawat untuk kulit dan mengandungi allicin yang mampu menurunkan berat badan. Ia juga bersifat anti radang, anti bakteria, anti oksidan dan anti kanser.

2. Halia

Halia sangat terkenal dengan kebolehannya untuk membuang angin dan toksin dalam badan. Ia sangat membantu dalam proses detoksifikasi yang membolehkan kita mengurangkan berat badan secara semulajadi. Halia juga mampu menghilangkan bau badan dan mengurangkan tekanan.

3. Limau Nipis

Limau nipis merupakan antara ramuan tradisional yang sinonim dengan penjagaan badan termasuklah kulit kepala dan wajah. Ia boleh dijadikan agen pengelupasan untuk membuang sel kulit mati dan mengecilkan pori. Unsur pectin di dalam limau nipis pula mampu membuang toksin dalam badan. 

4. Madu

Madu lebah memberikan tenaga segera dan boleh dijadikan pengganti gula. Ia disebut di dalam Al-Quran dan menjadi amalan Rasulullah SAW. Biasanya, madu dijadikan sebagai penawar batuk. Madu sangat membantu juga dalam proses penghadaman untuk melawaskan pembuangan air besar.

5. Habbatus Sauda

Habbatus sauda mengandungi pelbagai khasiat sehingga dikatakan sebagai penawar segala penyakit kecuali mati. Ia mengandungi kalsium, fiber, zat besi, protein, karbohidrat dan lemak baik. Habbatus sauda juga bersifat anti radang, anti kulat, anti bakteria, anti ulser dan anti oksidan.

6. Cuka Epal

Cuka epal membantu melancarkan pencernaan untuk mengelakkan masalah penghadaman. Ia mampu mengurangkan kadar kolesterol dan mengurangkan berat badan. Asid amino di dalam cuka epal mampu membekalkan tenaga. Ia biasa digunakan untuk melegakan sakit tekak dan hidung tersumbat.

Hebatkan khasiat dalam bahan-bahan ini? Semuanya merupakan bahan yang biasa didapati di dapur di rumah kita. Tapi, susah juga kalau kita nak makan setiap satunya setiap hari. Bukannya setiap makanan yang dimasak mengandungi keenam-enam bahan ini. Jadi, macam mana?

Itu tak perlu risau sebab sekarang terdapat sejenis jus yang diformulasikan khas daripada 6 bahan istimewa sebagai bahan utama supaya senang kita mengamalkannya setiap hari. Nak tahu jus apa? 

Jus Halia Sauda Anugerah la.

Jus Halia Anugerah, Minuman Kesihatan Terbaik Untuk Ibu Bapa Kita


Jus Halia Sauda Anugerah, satu lagi produk minuman kesihatan berkualiti keluaran Anu​gerah International Sdn Bhd, yang merupakan pilihan yang paling tepat bagi mereka masih tercari-cari penyelesaian untuk masalah kesihatan tubuh badan supaya kekal cantik dan cergas setiap hari tanpa mengira usia. Sebab itulah, jus ini merupakan hadiah teristimewa untuk ibu bapa yang tercinta agar mereka dapat menjalani hari-hari mereka dengan lebih cergas dan bertenaga.


Jus Halia Sauda Anugerah diformulasikan khusus daripada 6 bahan utama iaitu bawang putih, halia, limau nipis, madu, habbatus sauda dan cuka epal. Semua bahan ini memang terkenal sebagai bahan yang mampu mengekalkan kecergasan badan, khususnya dalam kalangan masyarakat Arab sejak zaman dahulu lagi. Di Malaysia dan India juga, bahan ini selalu dimasukkan dalam masakan dan menjadi bahan untuk merawat pelbagai jenis penyakit secara semulajadi.

Jus Halia Sauda Anugerah membantu mengembalikan kekuatan badan, khususnya untuk warga tua. Apabila umur meningkat, tahap kecergasan juga akan berkurangan mengikut jam biologi. Pengambilan Jus Halia Sauda Anugerah setiap hari membantu kita merasa lebih segar dan bertenaga sepanjang hari. Apabila badan segar, secara automatik akan terpancar kecantikan di muka kita. Siapalah yang tak nak nampak muda selalu dan berseri-seri setiap hari. Semua nak, ye dak?

Kelebihan Dan Manfaat Jus Halia Sauda Anugerah



Begitu banyak manfaat herba tradisional yang terdapat di dalam Jus Halia Sauda Anugerah. Ia dihasilkan khas daripada teknologi sains yang membolehkan bahan-bahan ini dihasilkan secara komersil bagi mereka yang memerlukannya terutamanya warga yang sudah berusia dan tua. Dengan usaha ini, semua bahan istimewa terbaik ini menjadi lebih mudah untuk diamalkan. 

Antara manfaat yang kita akan perolehi apabila mengamalkan Jus Halia Sauda anugerah adalah:
  • melambatkan proses penuaan secara semulajadi
  • kecergasan dan kekuatan badan meningkat
  • sistem imunisasi badan menjadi lebih kebal
  • susah diserang sakit seperti sakit tekak dan selesema
  • proses pencernaan dan penghadaman badan lebih baik
  • kecantikan dan seri wajah lebih terserlah
Sebenarnya, banyak lagi khasiat yang boleh diperolehi dengan amalan meminum Jus Halia Sauda Anugerah kerana setiap bahan di dalamnya mempunyai pelbagai nutrien penting yang mempunyai kelebihan masing-masing yang tersendiri. Gabungan kesemuanya akan memberikan kesihatan dan kekuatan tubuh badan berkekalan yang kita idam-idamkan.

Dapatkan Jus Halia Sauda Anugerah Sekarang juga!


Jangan tunggu lagi! Jangan bazirkan masa! .Lagi cepat kita bertindak, lagi bagus. Dapatkan segera Jus Halia Sauda Anugerah hari ini juga. Anda boleh membuat tempahan untuk pelbagai jenis produk berkualiti Anugerah termasuklah Minyak Bebe Anugerah dengan melayari:


Anda juga boleh menghubungi Anugerah Wellness di talian +60 222 7006 atau email ke info@anugerahwellness.com untuk sebarang pertanyaan.

----

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah SWT dan yang buruk itu datang daripada kelemahan diri kita sendiri sebagai hambaNYA. Semoga dengan usaha mengamalkan Jus Halia Sauda Anugerah ini, kita akan dapat melihat hasil yang diimpikan. Insya Allah. Wassalaam.

No comments:

Post a Comment