Benang Hijau 'Membership Card' Tawarkan Pelbagai Keistimewaan

4/03/2017

Benang Hijau 'Membership Card' Tawarkan Pelbagai Keistimewaan | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Korang ada pergi tak Benang Hijau Warehouse Sale? Kalau pergi, mesti korang peminat tegar koleksi pakaian Muslimah Benang Hijau. Siapalah yang tak suka kalau dapat beli tudung, blouse dan dress yang cantik dan anggun macam di butik mereka. 

Sebagai peminat tegar Benang Hijau, korang mesti selalu pergi jenguk butik mereka untuk melihat koleksi terbaru. Orang Kelantan mesti selalu ada di Benang Hijau Cawangan Wakaf Che Yeh. Macam mana kalau aku bagitahu korang yang korang sebenarnya layak untuk mendapatkan potongan sehingga 10% untuk setiap item Benang Hijau yang korang beli? Mesti korang excitedkan?

Ya! Korang boleh. Disebabkan korang tidak henti-henti memberikan sokongan kepada produk Benang Hijau, BH telah mewujudkan sebuah program untuk memberikan keistimewaan tertentu kepada semua peminatnya. Program ini dinamakan 'Benang Hijau Membership Programme'.

Daftarlah Sebagai Ahli Benang Hijau Untuk Mendapat Pelbagai Keistimewaan


membership card benang hijau, kad keahlian benang hijau, kad ahli benang hijau, kad member benang hijau

Jom dapatkan Benang Hijau Membership Card! Untuk mendaftar sebagai ahli Benang Hijau, anda perlulah mendapatkan 'Membership Card' Benang Hijau terlebih dahulu. Kad Ahli Benang Hijau ini boleh dipohon di laman web rasmi Benang Hijau, www.benanghijau.com atau dengan mendaftar di mana-mana butik Benang Hijau berdekatan anda.

Bayaran Yang Dikenakan Untuk Keahlian Benang Hijau:
Yuran pendaftarn: RM20
Yuran tahunan: RM10

Kelebihan Sebagai Ahli Benang Hijau 


Program Keahlian Benang Hijau membolehkan anda mendapat pelbagai keistimewaan dan kelebihan setiap kali anda ke butik Benang Hijau. Sebagai member Benang Hijau, anda layak untuk,

1. Mendapat diskaun 10% untuk semua produk Benang Hijau
Bolehlah anda shopping di butik Benang Hijau dengan harga yang lebih murah dan berbaloi.

2. Menjadi EJEN DROPSHIP Benang Hijau secara automatik.
Bolehlah anda mempromosikan produk Benang Hijau dan menjana pendapatan tanpa modal.

3. Mendapat diskaun 20% pada hari kelahiran setiap tahun. 
Dapat hadiah diskaun untuk tudung dan dress yang cantik pun best jugak.

4. Mendapatkan info dan preview produk baru paling awal.
Jadi, anda akan sentiasa mendapat info terbaru sebelum orang lain.

5. Promosi khas untuk ahli Benang Hijau yang diadakan dari semasa ke semasa.
Orang lain tak dapat, anda dapat. Istimewa betul.

kad keahlian benang hijau, kad ahli benang hijau, membership card benang hijau
Member's Special yang diberikan kepada ahli Benang Hijau sahaja pada bulan Mac 2017 yang lepas.

Pada bulan Mac 2017 yang lepas, ada Benang Hijau Member's Special untuk ahli Benang Hijau. Ahli yang mengunjungi butik Benang Hijau sepanjang Mac lepas telah mendapat,
  • shawl percuma untuk yang lahir pada bulan Mac.
  • shawl percuma dan diskaun 20% untuk semua item.
Orang lain tak dapat tau. Hanya ahli yang dapat. Bestnya!

Sistem Dropship Automatik Sebagai Pemegang Benang Hijau 'Member Card'


Dalam banyak-banyak keistimewaan yang diberikan oleh Benang Hijau kepada semua ahlinya, aku paling tertarik dengan peluang menjana pendapatan dari rumah dengan sistem dropship. Sesungguhnya, menjana pendapatan melalui sistem dropship adalah paling best. Tanpa modal, tanpa risiko, tanpa simpan stok, dan tanpa risau barang tak laku sebab takkan rugi apa-apa.

Dari masa aku belajar di IPG, aku sudah memulakan perniagaan secara dropship. Macam-macam aku jual. Dapat sikit-sikit, aku buat beli barang yang aku suka seperti mekap dan skincare. Aku hanya perlu promosikan produk untuk mencari pelanggan. Apabila pelanggan sudah membuat pembayaran, aku bayar pula kepada syarikat dan syarikat yang akan melakukan segala proses penghantaran. Promosi pula hanya di blog dan Facebook. Senang sangat-sangat.

Jadi, korang yang nak rasa pengalaman macam aku, korang bolehlah mulakan dengan menjadi dropshipper Benang Hijau. Apabila kita minat dengan barang yang kita jual, lagi mudah kita nak yakinkan orang ramai untuk membeli. Benang Hijau mempunyai pelbagai jenis produk pakaian Muslimah yang menarik seperti tudung, blouse, seluar, dan jubah. Plain ada, bercorak ada, instant ada. Shawl ada, bawal ada, jenis sarung pun ada. Semua produk ini mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Jom kita tengok antara koleksi hot item yang pasti mampu menarik minat pelanggan untuk membeli. Kebanyakan gambar adalah dari koleksi Benang Hijau Warehouse Sale Pahang Edition dan KL Fashion Tour. Ada juga yang bukan. Yang penting, ini antara koleksi favourite aku. Banyak lagi koleksi lain yang korang boleh promosikan untuk meyakinkan pelanggan untuk membeli.

Koleksi 'Printed Shawl' Benang Hijau






Koleksi Benang Hijau Plain Shawl




Koleksi Benang Hijau Bawal Ruffle




Koleksi Tudung Sarung Benang Hijau




 Koleksi Jubah/Dress Benang Hijau






Jadilah Member Benang Hijau, Hanya Untung, Tiada Rugi


dropship benang hijau, benang hijau dropship, dropshipper benang hijau
Benang Hijau, inspirasi wanita anggun.

Amacam? Aku tahu, korang sendiri pun terliur melihat koleksi Benang Hijau yang awesome ni kan? Kalau korang suka, join sahaja sebagai ahli. Bolehlah korang dapatkan jubah atau tudung dengan harga diskaun. Kan untung tu?

Aku harap sangat semua peminat tegar Benang Hijau akan rebut peluang ini untuk jana pendapatan dengan Benang Hijau. Benang Hijau sudah cukup baik hati ingin berkongsi rezeki. Jangan sesekali lepaskan peluang untuk tingkatkan standard kehidupan tambah-tambah zaman sekarang ini. Semua pakai duit. 

Tu jelah yang ingin aku bebelkan untuk hari ini. Jangan lupa lawati,

Instagram rasmi instagram.com/benanghijau 

untuk melihat apa yang sedang berlaku di Benang Hijau. Nombor Whatsapp dorang pun save siap-siap, +60167718940. Wassalaam.

You Might Also Like

0 click here, you comment, you are awesome

FOLLOWERS

SUKA BELI SINI

PENAFIAN

Segala maklumat yang disampaikan di blog ini adalah daripada pandangan peribadi penulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang kesalahan oleh orang lain yang menggunakan maklumat daripada blog ini. Sekian.